Thursday, October 22, 2009

sleep paralysis

masih lagi bz.. tapi nak share emel yg aku dpt ni ngan kengkawan.... :)

Kena tindih / Sleep paralysis

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercayaan dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye..........
Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah!!!!.....
Heheheeeee…..

Wednesday, October 21, 2009

Bz

bznya.. sejak balik kursus, aku tak mampu bersuara!... bz tiap2 detik dan ketika... nanti nanti bila dah free, mummyiris akan up-date yea... huhuhu...

sian iris...

Friday, October 16, 2009

Kursus : 16 -18 Oktober 2009

pagi ni nak bertolak ke Melaka... ada kursus utk semua PA... 3 hari menjajah Bandaraya Bersejarah... Insya Allah hari Ahad nak menyerang Kota Melaka........ tungggggggguuuuuuuuu....

Thursday, October 15, 2009

MC

huhuhu... lamanya tak mengadap blog...

mummyiris dah 3 hari MC, sakit 'bontot'... sakit mata ler tuuu... tu yg terbiar sepi je blog nie... pastu jeling jeling kat tepi blog nie, nampak2 macam kawan2 suma banyak yg dah update blog tapi lom sempat nak baca lagi.. nanti yea... tunggu mummyiris free sket, baru mummy post comment kat blog korang...

ni atas meja ni melambak2 surat nak kena sort... huhuhu...

ok, mummyiris nak kuar gi klinik jap nak hantar kakak ke klinik sebab kakak pun sakit bontot gak... tapi masih lom baik lagi, so nak jumpa doktor semula...

Friday, October 9, 2009

Iris & Trampoline




suka betul si Iris bila dapat chance melompat2 atas trampoline nie... mula2 ok, sebab kita tolong pegang tangan dia.. tapi, bila dah syok snap sana snap sini, lom sempat nak pegang semula tangan dia, si Iris dah tertumus ke lantai.. merah sikit atas mata dia.. tapi, Iris relax jer.. dia sebijik mcm abg amat dia... lasak dan aktif, satu saat pun tak reti diam hehehe...





Sambutan Hari Raya UTHM 2009

9 Oktober 2009, jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Terbuka UTHM, sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri telah diadakan...

Diabadikan di sini gambar2 kenangan...














Thursday, October 8, 2009

Sambutan Raya

Esok (Jumaat) sambutan Hari Raya UTHM...

Hari Sabtu sambutan hari raya Fakulti Pengurusan Teknologi (FPT), opis lama aku...

Ahad, ada lagi group marhaban yang nak datang umah mak...


hmmm bila aku nak wat open-house yer?.. nak ajak kawan2 opis lama dan baru datang makan2 kat umah... mesti best ramai2 orang datang umah kita kan...

kalau takde plan ke mana mana, hari ahad boleh bukak rumah kot.. itupun kalau tak kemana mana ler...

Keletah Si Ahmad

Masuk je kereta tengahari tadi, Ahmad terus bertanya "Ibu, ada seposen tak?"...

"Nak buat ape?", pantas aku bertanya..

"Duit adik tak cukup seposen nak cukupkan tiga ringgit, nak pulang kat ayah"

Si Ahmad sejak dah pandai mengira wang nie, mmg agak sukar dikawal perbelanjaannya... Pantang ada duit banyak di tangan, pandai sahaja dia membeli barang2.. kdg2 dibelinya sharpener, kdg2 beli mainan, kadang2 beli buku, kadang2 beli makanan.. Kalau makanan tu ok lagi lah, tapi bila bab bab beli bende2 yang mengarut-ngarut ni, mulalah nak kena marah nie...

Pagi tadi, Ahmad bawak duit RM5 ke sekolah... Sebabnya, dia mintak RM2 tapi ayah dan ibu takde duit kecil nak bagi.. SO, ayah beriya-iya pesan, nanti pulang balik kat ayah tiga ringgit tau!... Dalam hati berbicara, entah apa la criter si ahmad kat skolah dgn duit yg banyak tu, ntah apa la yang dibelinya...

Benar seperti jangkaan, bila ditanya Ahmad menunjukkan barang2 yang telah dibelinya di koperasi pada waktu rehat tadi.. Sebuah buku Mickey Mouse dan mainan dam ular!!... so, kos kedua2 barang tadi telah melebihi rm2.60... dah ahmad sudah tak cukup duit utk serahkan baki rm3 kepada ayahnya... nak tau apa akal si ahmad?

Ahmad ada sebatang pembaris yang ada mainan di dalamnya.. Mainan kat pembaris tu merupakan biji biji bola.. kita perlu menggoyang2kan pembaris utk memasukkan biji biji bola tersebut ke dalam lubang... "Ibu jgn marah yea..", pesan Ahmad.. So, akal si Ahmad siapa yang nak pinjam pembaris dia, dikenakan bayaran seposen.. so, setelah dikumpul2 duitnya, dapatlah dia tambahan lima posen menjadikan wangnya RM2.90 kurang seposen je nak pulangkan kat ayah.. Dalam hati aku macam nak gelak, nak marah pun ada, sedih pun ada.. hai ahmad ahmad... akalnya sentiasa berjalan... takut kena marah, macm2 bende dia boleh terfikir...

aku pun kadang2 tak sampai hati nak marah,sebab tak mau dia buat perkara2 yang tak betul... aku cakap kat Ahmad, esok pulangkan semula duit kawan2... sebenarnya memang aku dah jangka Ahmad pasti akan berbelanja lebih, tapi takde la sampai nak marah.. cuma, bila dah diwarning berkali2 oleh ayah, itu membuatkan dia takut agaknya...

sudahnya belanja sekolah agama, aku bagi dua posen jer.. malas nak bagi byk2, nanti entah apa2 lagi yg dibelinya... sentiasa nak kena pesan, jgn beli toys, beli makanan.. sehari dua ingatlah dia.. bila kita lupa nak pesan, dia pun buat buat lupa laa..

Wednesday, October 7, 2009

Update bonda

Update tentang mak...
petang semalam, kami sempat sampai ke Parit Sulong before Maghrib.. menggelabah juga pada awalnya bila didapati mak tiada di rumah kala itu.. "Ke hospitalkah mak?.. dah tak smpat nak tunggu Ngah balik ke mak nie, dah makin teruk ke?" persoalan demi persoalan bermain di fikiran..

rupa2nya mak keluar makan dengan encik (panggilan utk ayahanda)... bila mak sampai dan melihat mak mampu berjalan, dalam hati aku melafazkan syukur.. selesai solat maghrib kami bergegas ke Klinik Nur di Batu Pahat...

Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami.. Si Iris sangat2la baiknya di dalam kereta, seakan mengerti kesusahan ibu yang perlu memandu pergi dan balik, Iris langsung tidak menangis meminta nenen.. sebaliknya selepas 2,3 kali ehek ehek merengek, selepas dialunkan zikir La Ila Ha Ilallah, Iris terus terlena sepanjang perjalanan, bukan sahaja perjalanan pergi, malahan sewaktu di klinik dan juga perjalanan balik... dan hanya membukakan mata, bila melangkah masuk ke dalam rumah.. Thanks Iris for being such a great baby for mummy!!!!

Berbalik kisah bonda, di klinik tiada apa2 yg perlu dirisaukan.. dr yang memeriksa kata, tidak ada apa2 yang berlaku pada bonda.. hanya sendi2 yang lenguh akibat menahan hentakan yang kuat sahaja... mak hanya diberi ubat tahan sakit, ubat sendi dan pil vitamin... dan mak juga buat pemeriksaan tekanan darah.. Miracle!... Tekanan darah mak normal.. tidak pernah sepanjang aku menghantar mak ke klinik, tekanan darah mak normal.. biasanya pasti 160 atau 150... Syukur... Jauh di sudut hati terbetik, mungkin juga kesan ubat TF itu sudah meresap ke badan bonda... Apa2pun ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi...

Demam mak dah takde, so tak perlu ubat demam. tak perlu antibiotik. tak perlu juga ubat batuk.. musykil juga aku mengapa mak muntah muntah tengahari semalam.. mungkin juga sebab mak terlalu lemah tidak berselera utk makan, dan terlalu lemah kerana menahan sakit dan perut dah masuk angin agaknya... bila dah boleh makan petang semalam, nampak mak dah semakin cergas dan bertenaga... mudah2an mak cepat sembuh..

Selesai urusan di klinik, hantar mak pulang ke Parit Sulong, dan kemudiannya bergegas pulang ke Air Hitam semula kerana anak2 perlu bangun awal esok pagi... Sekali lagi pemanduan dipermudahkan kerana Iris langsung tidak merengek... thanks again Iris!... mudah2an sampai bila bila pun Iris macam ni ye nak...



Update tentang Nur sana nur sini..
dah abis dah aku melayari kisah nur... dalam pada menjeling jeling nur di skrin, Alhamdulillah siap sudah filing ku utk minggu ini!.. siap dgn labelling utk fail baru yang baru dibuka, siap juga dgn recording!... syabas laily!... anda berjaya membuat kerja serampang 2 mata!... hehehee...



update pasal raya...
mana nak pegi ye weekend nie?.. ada 3,4 plan dalam kepala tapi tak tau nak decide yg mana satu.. sbab kami ni jenis yg suka last minute decision.. esok nak pegi malam ni baru decide..

1. semalam cousin tepon, bgtau dia nak wat open house kat umah dia sabtu nie.. so, awal2 lagi dia dah jemput, sbb dia tau cousin dia yg sorang nie weekend mmg bz..
2. mungkin jugak nak ke kebun, sebab last week dah tak jengah, then next week pun takleh jengah sebab perlu ke N9 utk berkursus...
3. ikut rasa hati mcm nak jalan2 ke Melaka or KL beraya... tapi tak tau ler lagi, lom plan lagi..
4. ataupun nak make-up beraya ke johor bahru lantaran last week objektif tidak tercapai, sebab mak2 sedara dan pak2 sedara takde di rumah so tak dapat nak beraya..
5. kalau ikutkan kata anak2, derang nak balik parit sulong sbb nak main2 ngan cousin derang.. sebab semalam dah janji2 nak main2 sesama dan tidur sesama..

hmmmm... ataupun yg paling best dan senang ialah...
5. dok kat umah je la tunggu orang datang... itupun kalau ada orang nak datang laa... kalau tidak, tido je la kat umah...

Tuesday, October 6, 2009

Sesejuk Kasih Bonda

hari ni balik keje, nak balik parit sulong... tengahari tadi mak tepon mintak tolong hantar ke klinik... hari sabtu yg lalu hujan lebat, byk air tempias masuk dlm rumah.. oleh kerana licin, mak terjatuh dari tangga terus meluncur ke lantai dapur.. adik dah bawak mak gi klinik malam ahad tu.. tapi hari ni mak masih lom baik demam lagi... dah 3 hari berturut2 mak berurut... hari ni mak muntah muntah.. mak dah susah hati.. mak nak gi klinik dan kalau boleh nak x-ray.. malam ahad hari tu, mak tak x-ray sebab kos x-ray tengah2 malam buta sangat mahal... mencecah RM120 utk sekeping x-ray.. sekurang2nya mak memerlukan 4 kali x-ray... apa2 hal pun, petang ni bawak mak gi klinik dulu, tgk dr kata apa...

Monday, October 5, 2009

itu macam ka?

tengahari tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari kawan2 lama yang telah lama tidak ditemui... lawaan makan tengahari disambut gembira oleh kami... tempat yg agak menarik dan strategik ditemui.. bila selesai makan, masing2 diam menanti siapa yang akan keluarkan wang utk bayar... semua berdiri tegak di sisi kerusi tanpa bergerak ke kaunter... teringat pula minggu lepas, sewaktu sama2 keluar sarapan tengahari bersama kawan2 pejabat, masing2 berebut2 nak keluarkan duit untuk membayar walaupun yang sama2 makan dengan kita tu hanyalah berjawatan kerani kerani biasa sahaja... sudahnya aku yang bayar.. bukan nak berkira tapi pelik, ajak kita makan, kata nak blanja lunch tapi kita lak yg kene bayar... hai ini macam punye orang pun ada dalam dunia nie!...

Nur Kasih...

believe it or not, i never had any chance to watch tele on Friday nite?... i never had any chance to watch Light of Love (hehehe nur kasih ler) on Friday.. everybody is talking about nur.. nur sana nur sini... so, sepanjang bulan ramadhan yg lalu, i slowly downloaded all series in nur kasih drama from this link http://akudarahanakmalaysia.via.my/2009/06/light-of-love.html..
and today, i slowly watch them all hahaha what a shame!... bukan taknak tgk kat tv3.com tu... sangat ler slow dan lembabnyer... hehehehe... so, skrg ni nur kasih dah masuk dlm external hard disk... boleh dibawa kemana2.. balik kg ker, dok kat hotel ker.. leh laa cuci cuci mata... huhuhu...

Switzerland... June 2008


teringat kenangan lama sewaktu ronda2 Europe setahun yang lalu... tempat paling best sudah tentu di Top of Europe - Jungfraujoch... memang tak puas gi switz... tak puas ati smpai sekarang!!.. hehehe...

hanya gambar2 ni je la pengubat kerinduan dan penawar kedukaan ku kala ini...


Sunday, October 4, 2009

Iris @ walking trainer


Pada 11 September yang lalu, kami berkunjung ke Istana Dato' Bahar utk berbuka puasa... Sambil berborak2, terpandang ler walker ni di rumah Bahar.. pantas bibir meminta keizinan Awin utk meminjam walker ini untuk Iris melatih kakinya... Dulu masa di carboot, tak terbeli la plak... Bila dah dekat2 nak balik, cari tak jumpa la plak.. huhuhu... so, pinjam dulu ye Win..

2,3 hari jugaklah Iris berlatih dengan walker nie.. bila dah pandai, kemain eksen lagi si Iris.. dah tak mau lagi dah menolak walker nie... bukannya ditolak, malah diangkatnya walker tu hahahaa.. Iris.. Iris...

diabadikan di sini, gambar2 iris berlatih.. utk tatapan Iris bila dia dah besar nanti...






KAKNAS : i feel like I want to record everything about Iris, supaya bila2 di masa depan at the moment I miss her baby-life, I can playback all her pictures and videos... dulu-dulu teknologi tak secanggih hari ini, laily dah missed 2 moment berharga si liyana dan ahmad... tak banyak gambar juga video mereka...

ANTYCAHAYA : uish kaya tu mummyiris kalau berjaya bawak balik byk2 pokok pine utk buat dinding rumah hehehehe...

ANTYIZAN : iris enjoyed every moment dia dalam pondok dia tu!.. tak tau kenapa hahaha... tu yg sengaja dikosongkan tu, sampaikan uncle IKO pun siap tanya hari tu, nape gobok ni kosong je, gobok uncle kemain penuh lagi... tula rahsianya tuu... hehehehe...

Saturday, October 3, 2009

Marhaban @ Johor

Negeri Johor amat sinonim dgn xtvt marhaban setiap kali menjelangnya Syawal tidak kira di kampung mahupun di bandar... tapi marhaban di kampung lebih terasa kemeriahannya berbanding di bandar2.. ada sesetengah kg, marhaban sudah bermula dari hari kedua Syawal lagi.. di rumah mak di Parit Sulong, marhaban bermula di Syawal ke-6.. paling sikit ada 2 kumpulan marhaban, kumpulan lelaki dan wanita..itu belum lagi termasuk perkumpulan marhaban kampung2 bersebelahan atau pertubuhan pertubuhan tertentu seperti UMNO, Belia 4B dan macam2 lagi...

di taman perumahan tmpat kami tinggal (Taman Mekar, Air Hitam), marhaban perkumpulan wanita bermula seawal Syawal ke-11.. manakala perkumpulan lelaki 3 hari selepas itu..

gambar2 berikut merupakan kemeriahan marhaban di Jalan Mekar 5, Taman Mekar Air Hitam pada 2 Oktober 2009 (Jumaat) yang lalu... anak2 juga turut sama memeriahkan malam malam kami di Taman Mekar.. setelah dihitung, tak kurang 50 orang anak2 turut sama mengikut kaum ibu bermahaban...
















Dalam kekalutan bekerja, sempat jugalah aku menghidangkan juadah mee hailam utk tetamu yang datang.. Insya Allah di tahun hadapan, akan lebih proper lagi... (p/s itupun kalau masih duduk kat sini lagi la yea.. huhuhu.. sedihnya..)

Thursday, October 1, 2009

Iris on her 11 month old

Ni gambar Iris masa berusia 11 bulan... She got her own sweet pot to play!...



Lauk Raya

ini menu yang mak mertua masak pada hari Sabtu 19/9/2009, a day before raya... Menu utk berbuka puasa dan juga menu utk pagi raya...

ikan patin masak tempoyak... my peberet..


ayam masak merah


gulai masam..


rendang daging...


sambal kacang...


nasi impit mini segera...


lemang yang di'order'...



ada lagi...
sayur lodeh...
(ntah mana lak gambonyer.... oooo maybe kat kamera kecik... bateri kong la plak... )