Friday, January 28, 2011

Tiada beban batu digalas

Inilah yang dinamakan tiada beban batu digalas, takde kerja cari kerja...

Sudah seminggu aku menyusah-nyusahkan diri buat kuih dan hantar ke Arked UTHM... Kuih-kuih yang dibuat adalah karipap, keria, kuih puteri ayu dan kadang kala kuih ketayap atau kuih gulung...

Macam-macam reaksi yang aku terima... Nak gelak pun ada, nak senyum pun ada...

Sketsa 1
Ahmad : Ibu buat kuih ni, ibu nak jual kat kedai yer bu..
Ibu : Ya...
Ahmad : Ahmad doakan ibu dapat banyak duit yer...
Ibu : Thanks... Insya Allah...

Sketsa 2
Ahmad bawa kuih karipap ke sekolah dan jual kepada kawan-kawannya... Mula-mula Ahmad nak jual 30sen sebiji, tapi kawan-kawan kata mahal! So, Ahmad bagi diskaun, 20sen sebiji.. hehehe.. Tapi, bila semua karipap Ahmad dah habis dijual, Ahmad sudah tiada bekalan lagi, so Ahmad pun belilah karipap di kantin sekolah... hahaha...

Sketsa 3
Hari-hari Ahmad bawa kuih karipap lebih ke sekolah dan jual pada kawan-kawan. Masuk hari keempat, kuih Ahmad dah tak laku lagi dah... Dah jemu agaknya... So, Ahmad pun bagi free jer kat kawan-kawan Ahmad.. hehehehe..

Sketsa 4
Officemate : Kak, kau hantar kuih kat Arked ke kak?
Aku : Ha'ah..
Officemate : aku teringat zaman kecik kecik dulu.. Orang susah jer yang jual kuih pagi pagi nie, kak.. Nak cari duit tambahan... Tak sangka aku, zaman sekarang ni, orang yang dah senang macam akak ni pun jual kuih...
Aku : habis tu, kalau semua orang nak beli kuih, so sapa yang nak buat?? Aku ler buat hehehe...

Persoalannya sekarang, kenapa aku perlu menyusahkan diri dan memenatkan badan buat semua ini? Bukankah lebih baik kalau aku masuk MLM ke, jual Tupperware ke, tulis buku ke... Ntah... Aku tiada jawapan bagi soalan ini... hehehehe...

p/s oh!ya... kalau tokey kuih ni, bekas kuih dia jer dah TUPPERWARE.. Pastu, hantar kuih tu plak, bawak kete BM... agak-agak berapa la agaknya income dia sehari yer??? hahahahahahahaa... (gelak besar aku!!!)

Friday, January 21, 2011

Andai ku tahu

Andai kutahu.....
Mengapa manusia sering memandang kebendaan
Mengatasi kasih dan sayang
Tidak terlihatkah pengorbanan
Tidak terpandangkah penat dan jerih
Tidak terasakah susah dan payah
Yang pernah dicurah...

Ada kala hati yang kecil dihambat resah
Menongkat beban yang kian sarat
Wajah-wajah duka tak mampu disorok
Di sebalik awan mendung yang hampir gelap
Sekuat manapun pasti kan lelah
Segagah manapun pasti kan rebah
Seligat mana pun pasti kan lemah

Ada kala aku alpa
Tenggelam dalam bebanan
Bukan bererti melepas tangan
Tanggungan yang digalas

Tangan-tangan yang dihulur
Tetap perlu disambut
Walau aku tak kuat
Untuk terus berpaut

Abang...
isi hatiku mudah kau faham
kata pendorong tak pernah padam
mempertahankan isterimu siang malam
memerah otak ligat berfikir
mencari jalan penentu takdir
di hujung jalan kemelut berakhir

Untuk diluah sungguh susah
Hendak dipendam berbaur dendam
Pernahkah mereka menilai
Niat ikhlas yang termetrai
Tanpa sekelumit mengharap balasan
Jika wang ringgit yang jadi taruhan...

Cubit kiri, kanan kan perit
Cubit kanan, kiri kan menjerit
Hendak diluah mati emak
Hendak ditelan mati bapak

Andai mereka tahu isi hatiku!!!!

Thursday, January 20, 2011

20-01-2011 ~ Andai Kau Tahu

Andai kau tahu
Gemersik angin yang berbisik
Membawa khabar dari jauh
Menyampaikan salam kerinduan
Dari seberang lautan
Mahukah kau usir
Agar jauh ia berlari
Meninggalkan sekeping hati
Yang rapuh dalam tangis
Yang suram dalam kabur
Yang kelam dalam samar
Atau kau biar ia menyapa
Sekelumit wajah duka
Meniti garis usia
Dalam rimbunan nestapa
Hamparan kasih cinta bersemi
Di bawah lembayung sepi

Andai kau tahu
Desiran ombak yang berlagu
Menyanyikan lagu rindu
Mengalunkan irama duka
Dalam lukisan wajah senja
Di balik awan nan merah
Menanti detik mentari menghilang
Di penghujung jalan
Mahukah kau biarkan
Ombak itu menghempas pantai
Membawa pergi butiran pasir
Meninggalkan buih di tepian
Atau kau biar ia berlalu
Menghilangkan jejak di pasiran
Dan tenggelam di dasar lautan

20 Januari 2011

Friday, January 14, 2011

Thank You Allah

Hati berbunga riang
Mentari pagi bersinar garang
muncul di sebalik rimbunan awan
2011 yang baru bermula
Bagai membawa khabar gembira
Penantian yang panjang
Akan ada pengakhiran
Naluri hati sang suami
Sering berkata benar
Memberi petunjuk dalam kelam
Hati nekad untuk pertahankan
Sebuah keputusan
Yang menjanjikan kebahagiaan
Akan adakah sinar lagi esok hari
Untuk dinikmati
Bersama hembusan bayu pagi
Bersulamkan bunga-bunga keriangan
Yang berkembang mekar di jambangan
Ya Allah Ya Rabbi
Jika itu yang terbaik buat kami
Permudahkanlah segala urusan
Luaskankanlah pintu rezeki
Lapangkanlah fikiran
Berikanlah kekuatan dan kesihatan
Tunjukkanlah jalan kebenaran
Moga yang indah-indah itu kan jadi milik kami yang abadi...
Thank You Allah...

Monday, January 10, 2011

Sisa...

Sesekali....
kenangan terusik
melewati lena tidurku
menyapa indah mimpiku
menemani malam sepiku

malam itu…
ku melihat
sebutir bintang berkerlip
bercahaya indah di langit yang hitam pekat
menarikku ku ke alam fantasi
ciptaan sendiri…

kenangan...
begitu sukar dilontar
begitu perit untuk disimpan
walau waktu berlalu pergi
namun yang tinggal itu tetap indah
dalam lipatan kenangan...

airmata...
kau gugur jua
mengusik sekeping hati
ternyata...
kasih itu pernah singgah di jiwa
rindu itu masih bersisa
kenangan itu tak pernah alpa

biarkan...
biarkan rindu itu berlalu
tatkala siang mula menyingsing
dan gelap malam kian menghilang
bersama kasih yang dibawa pergi…

21 Mei 2010

Gelandangan

gelandangan....
masa kian suntuk....
adakah penghijrahan satu pilihan terbaik...
masih perlukah terus mencari...
masih adakah batas waktu...
yang meninggalkan sisa sisa harapan...
atau terus memilih kaca di tangan...
aku letih dalam penantian...
menanti bayang yang kelam..
samar di balik tabir malam...
degup nafas berlagu laju...
resah dalam gundah...
bayang-bayang suram menari...
mengganggu sang hati...
sujud pada Yang Maha Berkuasa...
mencari tenang di hati...

27 Mei 2010

Thursday, January 6, 2011

Permata Hati

Dalam membuat keputusan
seringkali hati diburu kebimbangan
wajarkah tindakanku ini?
baguskah keputusanku?
atau perlukah aku melakukannya?
siapa aku yang bisa menyelam ke dasar lautan
atau menjangkau kepulan awan
apatah lagi memetik bintang di langit...

ada ketika hati berdebar
kesal bersarang dengan keputusan sendiri
wajarkah anak sekecil 2 tahun 2 bulan
diberi bebanan seberat itu?

tatkala malam melabuhkan tirai
kelam malam resah bersambut
hati resah melihat ragamnya
di saat fajar mula menyingsing
hati sebak melihat sekujur tubuh yang lesu
tersentuh hati melihat raut wajahmu
tidak berkuit sedikitpun tatkala dicuit
maafkan ibu sayang...
tiada niat di hati untuk menganggu lena tidurmu
tiada dendam di dada untuk mengusir indah mimpimu
tidak sampai di hati hendak menggerakkanmu

namun ibu tahu sayang
saat menyambut kepulanganmu
seraut wajahmu menceritakan segalanya
terpancar sinar kegembiraan kerana diberi kebebasan
terpancar sinar kepuasan kerana diberi peluang
petah mulutmu mengabarkan berita
riuh mulutmu berkongsi cerita
dalam bahasa yang hanya kau sendiri yang mengerti

percayalah sayang
niat ibu tulus di hati
ingin memberikan sesuatu yang berhak kau miliki
andai kata tidak serasi kelak
ibu izinkan kau untuk berhenti
dan berehat dengan senang hati...
kerana ibu terlalu menyayangi semua anak-anak ibu...
hanya kamu bertiga yang bertakhta di hati...
muaaaaaaaaaaaaaaah for all of you!!!....

Wednesday, January 5, 2011

Mandi Wajib

baru-baru ini aku ada terbaca satu artikel mengenai mandi wajib. Tapi tak pasti dari mana sumber ini diperolehi, aku benar-benar dah terlupa. Aku letakkan di blog agar aku boleh sering membacanya setiap kali aku ter'alpa'... Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosaku,d dan merahmati setiap amalanku...

Mandi wajib yg betul…..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat
Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Tuesday, January 4, 2011

Naik Minyak

Mungkin ramai yang akan naik minyak bila membaca entri ini... Ini berikutan isu minyak yang sedang hangat diperkatakan semenjak 2-3 hari kebelakangan ini...

Petang Ahad (2/1), sewaktu berbelanja di sebuah kedai runcit, terdengar perbualan di antara penjual dan pembeli :-
Pembeli : Dik, minyak takde yer dik?
Penjual : Takde la kak, dah seminggu bekalan takder...


Pagi Isnin (3/1), menonton berita pagi di televisyen dan terdengar isu minyak juga sedang diperkatakan...

Petang Isnin (3/1), berbelanja barang-barang keperluan di Wellward (satu-satunya pasaraya terbesar yang ada di Pt.Raja) dan mendapati bekalan minyak masih banyak di rak. Namun, ramai pembeli sudah mula membuat 'pembelian panik'. Setiap pelanggan keluar dengan membawa 2 botol besar minyak. Manakala minyak yang dibungkus di dalam plastik dihadkan kepada 10 beg sahaja setiap pelanggan. Tetapi sekiranya pelanggan membeli 2 botol besar minyak, mereka hanya dibenarkan membeli 5 beg minyak sahaja. Menurut perkiraan, sekiranya fenomena ini berterusan (setiap orang keluar dengan 2 botol), dijangkakan menjelang malam esok, akan kosong semua rak minyak di Wellward!!!.
Tengahari Selasa (4/1), sekali lagi ke Wellward untuk mencari sedikit keperluan harian. Kali ini didapati, setiap pelanggan telah dihadkan untuk membeli sebotol sahaja minyak setiap seorang.

Aku malas nak ulas apa-apa... Lu pikirlah sendiri!!! huhuhu....

(never loose hope,Laily!!!)

Monday, January 3, 2011

Never loose hope

Lagu pembuka semangat untuk tahun 2011...

Lirik Insha Allah – Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Show me the way
Show me the way
Show me the way

Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
We’ll find our way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Saturday, January 1, 2011

Coretan 1111

Angka 1.1.11 ~ angka yang indah untuk diabadikan...

Hari ini merupakan hari pertama di tahun baru 2011 atau bersamaan dengan 26 Muharram 1432 Hijrah...

Sejarah dan kenangan 2010 telah ditinggalkan dan kini saya melangkah dengan lebih yakin di tahun 2011. Saya menyulam mimpi baru di tahun baru dengan memuhasabah diri terhadap kekhilafan lampau. Niat dipateri di dalam hati untuk menjadi ibu, isteri dan anak yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya.

Bila berbicara tentang tahun baru, pasti persoalan azam baru akan diutarakan. Persoalannya bila membuat azam baru, bagaimana pula dengan azam yang lama? Atau bagaimana pula jika azam lama masih tidak tercapai, adakah perlu membuat azam baru dan meminggirkan azam yang lama?

Pendapat peribadi saya, tidak ada istilah azam baru atau azam lama. Yang perlu ada adalah matlamat hidup yang kita ingin capai. Kita perlu ada matlamat jangka panjang dan juga matlamat jangka pendek. Jika kita berjaya mencapai matlamat yang kita tetapkan sendiri itu, itulah kejayaan kita yang sebenarnya!... Ya, mungkin kita boleh meletakkan azam kita "Saya berazam ingin mencapai matlamat saya". Maka azam kita saban tahun tetap sama, yang berubah hanyalah matlamat kita.

Untuk tahun 2011, saya mempunyai beberapa perancangan atau matlamat yang ingin saya capai. Antara yang besar adalah menyelesaikan 3 sasaran tahun 2010 saya yang tidak tercapai. Bagaimana caranya, tidak akan dituliskan di sini kerana saya sendiri masih berfikir dan terus berfikir. Mungkin dari semasa ke semasa perkembangannya akan saya kongsikan di blog ini.

Selain itu, saya juga berhasrat untuk menerbitkan sebuah buku. Kedengaran seperti begitu besar angan-angan itu, namun saya perlu memulakannya! Jika tiada permulaan bagaimana mahu dicari akhiran, bukan? Terima kasih kepada Dr. K yang tidak jemu jemu memberikan kata-kata perangsang dan penguat semangat. Takut sebenarnya hendak berjanji, tapi saya perlu berubah! Tidak akan ada orang lain yang boleh mengubah saya, melainkan diri saya sendiri!..

Saya juga meletakkan sasaran untuk menyambung pengajian di peringkat Masters tahun ini. Saya sangat suka belajar, walaupun saya bukanlah seorang pelajar yang pintar, yang sering cemerlang di dalam peperiksaan. Saya hanyalah seorang insan yang dahagakan ilmu. Saya suka berada di dalam dunia yang bergelumang dengan buku-buku. Saya pernah kecewa dengan pencapaian saya yang tidak cemerlang di dalam pengajian di peringkat Ijazah dahulu dek tuntutan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak dan pekerja dalam satu masa. Saya yakin bahawa saya sebenarnya mampu melakukan lebih baik dari itu jika saya berpeluang melakukannya. Untuk itu, saya ingin menebus kekecewaan itu tahun ini.

Untuk diri sendiri, saya meletakkan sasaran untuk menurunkan berat badan kepada dua angka yang lebih baik. Setiap hari, inilah yang bersarang di fikiran, yang menyusutkan fikiran. Telinga saya sudah muak mendengar dialog yang sama setiap kali berdepan dengan saudara-mara mahupun rakan-rakan yang telah lama tidak ditemui. Suami juga saban hari menuturkan dialog yang sama. Boleh stress hidup jika begini selamanya...

Oh!ya, ada 2 projek besar yang akan kami laksanakan tahun ini. Semoga 2 projek ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan kami di masa hadapan. Buat masa ini projek ini masih dalam stutus X (rahsia hehehe)... Insya Allah akan dikongsikan bersama bila ianya dilancarkan kelak!...

Cukup dahulu buat kali ini. Terlalu banyak pendedahan pun tidak bagus untuk saya. Jika tidak tercapai, diri sendiri juga yang menanggung malu. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan saya...Insya Allah...