Wednesday, June 29, 2011

Happy 25th Anniversary!

Hari ini, 29 Jun 2011 : my X-boss menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 25.. Kami sekeluarga doakan Prof beroleh kebahagiaan di samping isteri tersayang dan anak-anak tercinta.. Jauh lagi perjalanan kami untuk menjejaki Prof..

Dulu, akulah PA yang setia mengingatkan dia tentang tarikh-tarikh penting dalam hidupnya... Setalah bertahun2 aku meninggalkan kebiasaan itu, tahun ni, aku berjaya remind dia ttg tarikh penting ini.

Boss... moga Allah mengiringi perjalanan hidup Prof dan keluarga dengan limpah rahmat-Nya... Biar kita terpisah jauh, namun di hati kita selalu dekat.. chewah dah macam lagu sinetron Cinta Melody pulak hihihi... Ni mode rindukan kawan2 di FKA, UTM ni sebenarnya...Di tempat baru ini, aku belum jumpa lagi boss se'best' boss yg ini... Bersama prof inilah aku dapat naik pentas menerima Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2003 which is aku rasa boss kitalah yg memainkan peranan paling penting di dalam kareer kita kerana markah di tangan mereka. Kadang kala, kita rasa kita dah buat kerja sehabis baik dah, tapi tidak ramai boss yang boleh menilai dan menghargai kerja kita. But this boss really understanding, mengerti kesusahan dan kepayahan kita serta usaha gigih kita untuk memastikan boss mencapai SKT mereka. Sesungguhnya aku cemburu dengan kawan2 di fakulti lamaku yang dapat Dekan sebaik ini. Dapat kugambarkan kegembiraan dan keceriaan mereka di office dengan usik tawa dan buli membuli boss ini hahaha...

Oklah, cukuplah merapu.. the past is past.. tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...

Happy Birthday Liyana Amnani



Minggu lepas, ke sekolah agama untuk mengambil 'report card' kakak dan Ahmad.. Ustazah tu kata, Guru Besar nak naikkan kakak ke Darjah 5 berdasarkan prestasi kakak yang sangat memberangsangkan.. dah 3 kali dapat no.1 dalam kelas.

Aku tak berapa setuju sebab matapelajaran darjah 5 agak berat, takut-takut kakak tak boleh nak bawak pulak nanti.. Kalau nak lompat kelas pun, aku cadangkan masuk darjah 4 dulu.. then next year, boleh teruskan ke darjah 5 pula...

Tapi, Jumaat lepas dapat berita, confirm kakak akan lompat terus dari Darjah 3 ke Darjah 5. so, mulai minggu ini, kakak dah pindah kelas.. Masuk kelas jam 3.30 petang dan berakhir jam 6.30 petang.

Happy Birthday Kakak on June, 29!!!! We all love you so much!!..

Tuesday, June 28, 2011

Diari Jun 2011

Bila pulang ke Malaysia, semua orang sibuk dengan urusan masing-masing, tidak terkecuali aku dan Mus... Aku sibuk dengan tugasku sebagai Setiausaha dan juga dunia perniagaanku, manakala Mus pula sibuk dengan tugas hakikinya serta tugas-tugas PALAPESnya... kadang kala, kami tidak punya waktu untuk duduk bersama dan berbual-bual..

Pagi hari, ketika dia menghantar anak ke sekolah, aku masih sibuk di dapur, atau di bilik.. Bila aku keluar ke tempat kerja, dia masih lagi berjogging, atau berbasikal, atau ke gym... Petang pula, bila aku balik ke rumah, dia masih belum pulang, samada beriadah di gym ataupun di stadium. Malam hari pula,selesai mengaji, Mus akan bawa anak-anak ke biliknya di UTHM untuk sama-sama menelaah pelajaran.. Aku pula bersama Iris di rumah, menyiapkan kerja-kerja rumah atau menelaah naskhah Al-Quran... Bila mereka pulang, aku dan Iris sudah pun terlena.

Cuti sekolah yang lalu, percutian yang tidak dirancang dapat juga dilaksanakan demi merehatkan minda anak2 dan juga ibu ayah...

4 Jun 2011 : berkunjung ke rumah mak Dal di Pt. Hj. Hassan di Sri Gading... tak sangka kat situ rupanya rumah Mak Dal.. aku dan family selalu juga pekene roti canai kat depang kg Dal ni dalam perjalanan pulang ke Pt Sulong...inilah warongnya.. tak sangka situ rupanya rumah mak dal.. tujuan utama ke rumah dal adalah menyibuk2kan diri sehari sebelum majlis persandingan adik dal berlangsung, di samping nak jumpa Amni yang semakin comel! geram sungguh tgk pipi dia, malangnya aku lupa nak snap gambar Amni hari tu.. huhuhu...

5 Jun 2011 : berkunjung ke Pusat Sains Negara, Menara Berkembar Petronas dan juga KL Tower
6 Jun 2011 : melawat Zoo Negara dan juga I-City
7 Jun 2011 : bersantai bersama Kak Nas di Shah Alam

Dalam perjalanan pulang ke Parit Raja, kami singgah ke rumah Izan di Melaka. Tujuan utama, hanyalah untuk bersua dengan Izan yang telah lama tidak ditemui... Kerinduan yang menggunung dan idea spontan untuk menonton Kungfu Panda memang sangat berbaloi! Thanks Izan!!!

11 - 13 Jun 2011 : aku bersama rakan-rakan di International Office mengadakan lawatan ke Universiti Utara Malaysia dan Universiti Sains Malaysia


18 - 19 Jun 2011 : ke Johor Bahru untuk satu misi penting... mencari baju raya hehehe... Tapi, tak dapat pun kain pasangnya... haiiii, ada lagi ke tailor yg nak terima tempahan nie?... kaknorr ooo kaknor... my personal tailor, nak amik tak baju kami ni?Father's Day Celebration 2011 was held at Johnnys Restaurant Jusco Taman Universiti Johor Bahru

20 Jun 2011 : balik dari kerja terus bertolak ke Pt. Sulong utk membantu adik menguruskan dobi yang sedang melimpah ruah... Tepat jam 3 pagi baru berhenti untuk berehat, setelah semua skirting dan alas kerusi kuselesaikan... kepuasan yang tidak terhingga!

21 Jun 2011 : pagi-pagi bertolak dari Pt.Sulong ke UTHM... 45minit perjalanan, kalau hari hari begini, boleh patah pinggang dibuatnya...

22 - 27 Jun 2011 : terima kasih di atas kepercayaan yang diberi untuk melunaskan satu projek besar kepada adik-adik PALAPES peringkat Senior yang akan ditauliahkan pada 9 Julai 2011 ini...


UTHM hari ini dibanjiri kumpulan PALAPES dari seluruh IPTA di Malaysia yang akan menjadi tuan rumah kepada Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES IPTA pada 9 Julai... Sebagai tuan rumah, terlalu byk 'hick-up' yang harus ditelan... Aku hanya menjadi telinga kiri dan kanan Mr hubby meluahkan semua cerita saban hari...

Friday, June 10, 2011

May - full of birthday celebration

4 May : Ahmad Qamarul's birthday

Ahmad Qamarul dilahirkan di Hospital Temenggong Ibrahim Kulai jam 5.35 petang.. Bayi seberat 3.24kg ini dilahirkan secara normal. Nak kata susah sangat pun tidak, nak kata senang pun tidak.. Yang pasti, lebih sakit dari ketika melahirkan kakak dahulu... Pengalaman yang paling tidak boleh dilupa, ketika dijahit hidup hidup tanpa dibius... Kemanisan membesarkan Ahmad masih belum boleh dilupa hingga kini... Ahmad yang dilahirkan ketika ibunya sibuk dengan buku-buku pengajian peringkat ijazahnya.. Ahmad yang dibawa ke Kuala Lumpur ketika baru berusia 42 hari kerana ibu perlu menduduki peperiksaan pertengahan semester... Anakanda~moga kau membesar menjadi anak soleh yang menyejukkan hati bonda yer..

5 May : my sister, Lenny Suhana's birthdayInilah adikku yang no.5, Lenny Suhana.. Tulang belakang aku di sebalik pengurusan Irissa Laundry.. Perniagaan ini kubuka khas untuk membantunya. Moga kehidupan mereka bertambah senang, dan mudah2an rezeki kami sekeluarga bertambah berkat..

8 May : my lovely hubby, Mustafa Kamal's birthday.. Merupakan tulang belakang kepada kekuatanku di dalam apa jua bidang yang diceburi... Walaupun kadang kala, tak larat juga nak melayan bising mulutnya, namun he is my best hero ever.. nothing gonna change my love to him...bergambar kenangan di hadapan Irissa Laundry sebelum sliding door dan partition dipasang.. nampak macam luas, tapi bila dah pasang partition, letak kaunter, alahaaaii sesak nafas hihihi... keluasan 18' X 18' tak mencukupi rupanya... Takper, Insya Allah akan datang akan direbakkan ke sebelah kanan kedai pula...

20 May : ayahanda Samsudin's birthday : I only have a father and aku sangat sayangkan dia!!... Aku berusaha utk menjadi anak terbaik untuknya... Bukan wang ringgit yang akan kutaburkan tapi aku berjanji untuk membuatkan ayahanda berbangga mempunyai seorang anak sepertiku...

29 May : my birthday : aku punya terlalu banyak impian dan angan2... aku selalu berdoa agar semua mimpiku kan jadi nyata...

Kejutan ulang tahun kelahiran tahun ini ternyata berbeza dari tahun tahun sebelumnya... Tahun ini hari lahirku jatuh pada hari cuti hujung minggu. Sebagaimana biasa, aku lebih suka menghabiskan masa di kedai dobi... Mr hubby busy ke hulur ke hilir membeli nugget, fries, crab ball dan prawn ball utk dimakan beramai-ramai... Lebih kurang jam 10 malam, aku sudah berhenti dari bekerja dan bersantai-santai di hadapan tv bersama Iris..

Menjelang detik 12 malam 29 Mei, Mr hubby meminta aku masuk semula ke kedai kerana dia tertinggal hpnya di kedai. Dalam keadaan mamai, kugagahkan juga kaki melangkah masuk ke kedai.. Suasana dalam kedai sudah gelap gelita, bila kusorongkan sahaja pintu gelongsor, hidungku terbau bau hangit dan terlihat segaris cahaya di bahagian dapur kedai. Hati tersentak, adakah 'steam iron'ku meletup hingga memancarkan api? larian kecil kuatur pantas. sebaik sahaja aku melangkah ke dapur, sekujur tubuh hampir sahaja kulanggar dan aku menjerit kecil. Anak daraku si princess Liyana juga turut menjerit dan telah menjatuhkan 4 batang lilin besar yang dipasang di atas bekas aiskrim magnolia...

Mr hubby yang rupa2nya menyusul di belakangku menjerit kehampaan dan tanpa sedar, melepaskan Iris dari pelukan.. Aku segera menerpa Iris yang tergolek jatuh di sebelah mesin basuh. Kejam sungguh mr hubby!!!

Rupa2nya bau hangit yang kuhidu tadi datang dari helaian kertas yang digunakan utk menghidupkan lilin.. dan kertas itu terjatuh di atas alas kaki berhampiran sinki di kedai dobi.. Aiskrim magnolia itu pula rupa2nya pengganti kepada kek yg tidak dpt dicari di sekitar kawasan pekan parit sulong malam itu. Lilin besar pula digunakan sebagai pengganti lilin kek yang biasa digunakan... Si princess liyana menangis kekecewaan kerana telah merosakkan 'surprise' utk aku malam itu...

Walau tanpa kek dan surprise party, namun aku bahagia malam itu ketika kami lima beranak sama-sama makan aiskrim bersama-sama di dalam kedai dobi yang menjadi tunggak semangatku saat ini.. Mudah2an Allah terus memberikan kami rezeki yang tidak putus-putus.. Insya Allah...

Thursday, June 2, 2011

Lavender

Sajak ni aku dapat ilham masa on the way balik dari Pesta Buku Antarabangsa di PWTC pada 26/4/2011 yang lalu... Perjalanan 3 jam menaiki bas sungguh membosankan tanpa ada apa-apa yang boleh dibuat... Sudahnya, terhasillah nukilan jiwa yang satu ini.. Yang menggambarkan betapa caca marbanya perasaan aku saat itu....

Saat rindu berbisik
Ada tangis yang tak sudah
Ada hati yang tercalar
Ada dendam yang terpancar
Ada ego yang punah

Saat awan mendung mula berarak
Guruh di langit berlagu rancak
Air di tempayan usah dicurah
Garis kenangan mengulang resah
Mentari menghilang di balik awan
Jalur kebahagiaan kian kelam

Saat hati berbunga riang
Haruman mekar setaman
Mewangi kuntuman lavender
Melorek sinar bahagia
Dalam hamparan kenangan
Yang akan terus mekar mewangi
Walau musim silih berganti....


Aku rasa, sajak ni perlu satu lagi perenggan untuk kesimpulan dan penutup... Tapi, aku dah ketandusan idea, lebih-lebih lagi bas berhenti di Hentian Pagoh untuk solat Maghrib dan makan malam... Masuk semula dalam bas, suasana dah gelap gelita, nak menaip pun dah tak nampak huruf... Sampai hari ni aku belum ada idea untuk menyudahkannya... Nak letak tajuk pun, rasa 'blur' semacam... So, publish jer la dulu.. Mana tau, esok lusa ada idea pulak ke..