Wednesday, January 6, 2016

Tips Umrah

Setahun telah berlalu.. Namun kenangan pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidilharam & Masjid Nabawi terlalu sukar untuk luput dari ingatan.
Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips yang perlu dipertimbangkan ketika anda ingin mencari agen untuk mengerjakan umrah, terutamanya sekiranya ini merupakan umrah pertama kali anda!

Tips 1 : Memilih Travel Agent
Pilihlah Travel Agent yang sudah establish dan boleh dipercayai.. Yang ini anda memang kena buat homework yang lebih. Anda perlu google dari satu website ke satu website untuk untuk mendapatkan maklumat travel agent. Dan juga mengembara dari satu blog ke satu blog untuk membaca pengalaman-pengalaman jemaah lain.

Sebagai makluman, 15 Disember 2014 yang lalu, saya dan keluarga mengerjakan umrah menggunakan pakej MUMTAZ TRAVELNak dikatakan bagus sangat pun tidak, nak dikatakan very bad pun tidak. Pada pendapat peribadi saya, MUMTAZ ni sebuah syarikat yang bagus di dalam pengurusan jemaahnya, cuma ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki lagi. 

Alhamdulillah, urusan visa pun mudah. Staf yang menguruskan kami di lapangan terbang Changi juga bagus. Cuma ada juga kekurangan-kekurangan kecil pengurusan di tanah suci yang boleh diperbaiki lagi di masa masa akan datang. 

Sebagai makluman juga, saya juga rajin melayari website Andalusia, Tabung Haji, Utas Travel, Tiram Travel dan pelbagai lagi untuk membuat perbandingan. 

Tips 2 : Membuat perbandingan harga
Berdasarkan carian yang ditemui, anda perlu membuat perbandingan harga. Perlu berhati-hati dengan tawaran harga yang murah kerana kemungkinan banyak bayaran lain yang perlu anda bayar ketika sampai di sana nanti. Mungkin juga lokasi hotelnya jauh dari Masjidilharam. Lihat juga apa yang ditawarkan oleh travel agent dengan harga yang diberi. Sebagai makluman, beg troli, beg tarik, beg sandang, itu semua sudah termasuk di dalam harga pakej sepatutnya. 

Tips 3 : Penerbangan
Antara perkara penting yang perlu anda lihat dan pertimbangkan ialah 
1. Syarikat penerbangan mana yang travel agent gunakan? Adakah Air Asia? Malaysian Airlines? Etihad? Qatar? Emirates?
Changi Airport, Singapura
Saya dan keluarga menggunakan penerbangan Lankan Air dari Changi ke Jeddah (transit di Colombo, Sri Lanka). Secara peribadinya, saya suka penerbangan dari Changi. Cuma agak letih bila ada transit. Tapi, saya puji Mumtaz sebab pandai cari flight yang tempoh transitnya tidak terlalu lama. Sekitar 6 jam sahaja. Cukuplah masa untuk kami membersihkan diri, solat dan menukar pakaian ihram. Alhamdulillah juga, di lapangan terbang Colombo, ada surau kecil untuk kami mengerjakan solat.

Semasa penerbangan balik pula, masa transitnya juga tidak terlalu lama. Just nice, kami selesai solat Subuh, sudah dipanggil masuk ke dalam perut kapalterbang. 

2. Adakah penerbangan yang anda pilih itu penerbangan terus atau transit? Berapa lama masa transit? Transit di mana?

Bagi penerbangan yang transit, memang tidak dinafikan badan agak keletihan. Anda perlu meneliti jadual penerbangan, berapa lama masa transit?. Ada yang hanya 6 jam sahaja, ada juga yang transit sehingga 24 jam. 

3. Lihat juga samada penerbangan anda KL-Jeddah-KL? atau KL-Jeddah-Medina-KL?
Jika diberi pilihan, saya lebih suka memilih KUL-Jedah-Med-KUL kerana perjalanan dari Mekah ke Medinah mengambil masa yang panjang, sekitar 6 jam. Jika penerbangan kita turun di Jedah, dan balik juga dari Jeddah, bererti kita perlu menempuh dua kali perjalanan panjang Mekah-Madinah, Madinah-Mekah. 

Tips 4 : Tempoh masa
Anda perlu perkiraan juga tempoh masa anda di sana, samada 12 hari? 13 hari? 14 hari? atau 15 hari?

Tips 5 : Jadual
Adalah SANGAT PENTING untuk anda meneliti jadual aturcara yang disediakan oleh travel agent sebelum anda membuat pilihan memilih travel agent anda. Ada sesetengah travel agent mengambil masa dua hari untuk perjalanan pergi, dan dua hari perjalanan pulang. So, masa berada di Mekah & Madinah dah tinggal 8-10 hari sahaja. Ada juga travel agent yang bijak memilih tempat transit dan bijak memilih waktu penerbangan dan akan sampai di Jeddah pada sebelah petang dan boleh terus mengerjakan umrah sebaik sahaja masuk ke Mekah. 

Lihat juga berapa kali umrah yang akan dibimbing oleh travel agent. Kebiasaannya 3 kali umrah akan dibimbing oleh Mutawif. Selebihnya jika kita lihat jadual kita kosong atau acara bebas, adalah lebih baik kita mengerjakan umrah sendiri. Carilah beberapa orang rakan untuk menyewa teksi untuk bermiqat di Qarnul Manazil.

Lihat juga Ziarah Luar yang disediakan oleh travel agent. Ada sesetengah travel agent mengenakan bayaran tambahan untuk Ziarah Luar yang diuruskan oleh travel agent. 


Sejujurnya, saya suka dengan Itenarari yang disediakan oleh MUMTAZ TRAVEL. Aturcara yang disediakan jelas & detail. Mumtaz benar-benar mengikut itenarari yang disediakan dan tiada perubahan di saat-saat akhir.

Apa yang best?
Pertama : Sejujurnya saya suka masuk Mekah dahulu kerana kita sampai sampai sahaja, kita sudah boleh mengerjakan umrah. Bila sudah selesai urusan yang wajib, iaitu UMRAH, barulah kita berangkat ke Medina pula. Jika disingkap sejarah Rasulullah juga, junjungan mulia berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. 
bersama bonda
bersama bonda & adik-adik perempuan

Kedua : MUMTAZ TRAVEL membimbing 3 kali umrah, dan selebihnya kita boleh mengerjakan umrah sendiri. 
Bersama Bonda & Adik bujang saya...
Ketiga : Ada banyak hari yang ACARA BEBAS, jadi kita boleh plan untuk mengerjakan umrah sendiri
Qarnul Manazil... Tempat bermiqat yang paling hampir dengan Masjidilharam...
 Jaraknya kira-kira 75km dari Masjidilharam.

Keempat : Kami berada di Mekah selama 7 hari dan berpeluang bertemu Jumaat di Mekah. 
Pemandangan malam Jumaat di Masjidilharam
Kelima : Masa transit yang tidak lama. Penerbangan kami ketika itu ialah Lankan Air dari Changi ke Jeddah, dan transit di Sri Lanka. Hanya 6 jam sahaja. Cukuplah masa untuk kami membuat persediaan membersihkan diri, solat dan menukar pakaian ihram di Lapangan terbang Sri Lanka. 
Jika diberi pilihan, selepas ini saya akan cari direct flight pula. Insha Allah. 

Keenam : MUMTAZ menyediakan kemudahan shuttle dari hotel ke masjidil haram dan dari masjidil haram ke hotel. Sejam sebelum masuk waktu solat, shuttle akan menunggu di depan lobi hotel untuk membawa jemaah ke masjid. Shuttle akan membawa jemaah terus ke bahagian bawah masjidilharam.
di dalam shuttle
Tips 6 : Lokasi Hotel
Bagi jemaah yang membawa anak kecil atau orang tua, adalah lebih baik memilih hotel yang berhampiran dengan masjid. Jarak 150-400 tu agak reasonable untuk berjalan kaki. Kalau dah lebih dari 500m tu, agak penat juga.  Ada juga travel agent yang menyediakan perkhidmatan shuttle dari hotel ke masjidil haram di setiap waktu solat bagi memudahkan jemaah ke masjid. 
Ayahanda Samsudin b. Salleh & adinda bongsu Lina Farhana Samsudin di hadapan hotel
Kebiasannya, travel agent yang besar & telah establish akan menawakan hotel yang dekat dengan masjid. Tetapi bergantung juga pada rezeki, kadangkala kita dijanjikan hotel yang dekat, tetapi bila sudah sampai di sana nanti, banyak pula alasan. Hotel penuhlah, perlu tukar hotellah. Atau ada juga yang dapat hotel dekat, tapi tandas rosaklah, air tidak kuatlah dan pelbagai ujian lain juga. 

Tips 7 : Mutawif
Sebaiknya biarlah Mutawif yang bakal membimbing kita ni, orang yang kita kenali. Lagi baik, jika kita kerap mengikuti kursus umrah bersama Mutawif ini. Ada sesetengah travel agent mengupah pelajar Indonesia menjadi Mutawif. Kadangkala jemaah hanya berpeluang berjumpa sekali sahaja dengan Mutawif, dan umrah seterusnya jemaah perlu bergerak sendiri. Ada juga travel agent yang menyediakan Mutawif hanya di Mekah sahaja, kerana Mutawifnya perlu menunggu jemaah lain yang bakal tiba di Mekah pula. 

Ada sesetengah Mutawif, selain daripada membimbing jemaah mengerjakan umrah, ada juga Mutawif yang membuat sering mengadakan tazkirah dan sesi soal jawab bersama jemaah bagi memantapkan ilmu semasa di Tanah Suci. 

Di sepanjang perjalanan semasa ziarah, ada Mutawif yang tidak henti-henti bercerita tentang sirah Rasulullah, sehinggakan jemaah yang tidak begitu arif atau tidak begitu membaca buku sirah pun boleh hafal setiap kehidupan Rasulullah dan para sahabat. 
Di atas Bukit Marwah setelah selesai bertahlul...
Tips 8 : Kursus Umrah
Sebaiknya kita mengikuti kursus umrah bersama Mutawif yang akan membimbing kita nanti. Dengan cara ini, kita akan menjalin hubungan kekeluargaan yang baik bermula dari di Malaysia lagi. Dan kita juga tidak pening dengan pelbagai info yang kadang kala bercanggah di antara satu sama lain.

di hadapan masjidilharam
bersama bonda di masjidilharam
bersama keluarga di Jabal Rahmah
bersama ahli keluarga

Coretan 6 Januari 2016
Laily Mariana Samsudin
Tel : 0197166334
Batu Pahat

Monday, March 2, 2015

Kembara Umrah Day 2 (16/12/2014)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Bismillahirrahmanirrahim....

Entry 1 : Pra - Kembara Umrah 15 Dis - 26 Disember 2014

Entry 2 : Kembara Umrah 15 - 26 Disember 2014
Entry 3 : Kembara Umrah Day 1 (15/12/2014)

Kami tiba di hotel Loq Loq Al Azhar sekitar jam 12 malam. Urusan check-in berjalan dengan cepat sekali. Setelah berpindah bilik, kami turun ke Aras 1 untuk makan malam. Naik semula ke bilik untuk buang air dan mengambil wudu'.



Jam 2,30 pagi semua jemaah berkumpul di lobi hotel untuk sama-sama berangkat ke Masjidilharam. Ustaz Fauzi menjelaskan satu persatu perjalanan program kami sebentar lagi. Menunjukkan arah kedudukan hotel kami, menerangkan laluan pergi dan balik dari hotel ke masjidilharam serta pintu masuk yang paling mudah untuk kami tuju.

Kami dibawa masuk melalui pintu King Fahd, satu kedudukan yang agak jauh dari Kaabah tetapi sangat dekat dengan Menara Jam dan juga hotel. Pintu 93 merupakan pintu masuk pertama yang kami lalui. Di bibir lafaz zikir membasahi bibir tanpa henti. Di sebelah kiri laluan, deretan air zamzam yang disediakan di dalam tong tong khas berwarna krim tersusun rapi. Ustaz Fauzi meminta kami semua berhenti seketika, dan meneguk air zamzam terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Baitullah.

Mata saya liar memandang ke kiri kanan & hadapan, tercari-cari arah ke manakah akan kami tuju untuk melihat rumah Allah itu.. Sejurus terpandang sahaja sebuah kotak hitam besar di sebalik tiang dan juga laluan bertingkat, saya sudah bersiap sedia dengan Buku Panduan Umrah yang sentiasa tergantung di leher. Sebaik sahaja kotak hitam itu jelas sempurna di hadapan mata, saya berhenti melangkah dan mula membaca doa ketika mula-mula melihat Kaabah... Sayu... sayu... sayu.... Itu sahaja yang mampu saya katakan... 

Ustaz di hadapan sudah memulakan langkah untuk menuju ke arah Hajar Aswad. Kami segera mengekori ustaz untuk memulakan umrah pertama kami. Alhamdulillah ibadah umrah kami selesai sekitar jam 5.00 pagi.

Ketika ini kami adik beradik semua sudah terpecah... Adik Lina menemankan Ayahanda ke tandas. Tidak lama kemudian saya bersama Bonda, adik lelaki (Ateh) & adik ipar (Khabib) ke tandas juga untuk mengambil wudu'. Tetapi tidak pula bertemu Adik & Ayahanda di sana. Saya menemankan bonda ke tandas wanita yang terletak di bawah tanah, manakala Ateh & Khabib ke tandas lelaki yang katanya terletak di aras atas. Setelah keluar dari tandas, saya dan bonda menunggu Ateh & Khabib di tiang lampu di hadapan tandas, iaitu tempat pertemuan  yang telah dipersetujui bersama. Malangnya, Ateh & Khabib tidak muncul muncul juga sehinggalah iqamah dilaungkan. Saya mengambil keputusan untuk mengajak bonda solat di dataran sahaja kerana sudah kesuntukan masa untuk masuk ke kawasan masjid.

Perasaan syahdu sangat menusuk di hati... Airmata tidak dapat ditahan-tahan. Saya sungguh tidak sangka di subuh hening ini, inilah kali pertama saya mendirikan solat di masjidilharam... sungguh tak sangka...

Selesai solat, saya panjatkan doa agar dapat bertemu dengan adik-adik saya nanti. Alhamdulillah Allah memakbulkan doa saya ketika itu juga. Untuk keluar dari masjidilharam dari kawasan saie, kami perlu melalui Baitullah.. Sewaktu melintasi hajar aswad, bonda ternampak Ateh & Khabib sedang berlegar legar di bawah lingkaran tawaf.. Nampak jelas raut kelegaan di wajah ateh apabila ternampak kami berdua... "Ngah... nasib baik jumpa ngah... ateh memang tengah cari cari jalan balik hotel nie".. Saya tersenyum girang.. Saya juga memang berdoa agar dapat bertemu dengan ateh tadi.. 




Selesai menunaikan solat Zuhur, kami pulang ke hotel bersama-sama. Cuaca sepanjang kami berada di sini sangat nyaman. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Suhu sekitar 22 C. Di waktu tengahari hanya jejak ke suhu 25-27 C sahaja. Perjalanan pulang ke hotel walau berjalan kaki langsung tidak terasa panas. Sempat juga kami bergambar di hadapan masjidilharam sebelum pulang ke hotel.

































Setiba di hotel, adik & ayahanda sudah menanti di Dewan Makan. Kepuasan jelas tergambar di wajah masing-masing kerana telah menyempurnakan umrah pertama kami. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah kami. 


Selesai bersarapan, kami masuk ke bilik. Ketika inilah baru terasa segala kepenatan yang terkumpul sekian lama sejak 14hb Disember sehinggalah 16hb Disember 2015. Ketika inilah baru kami dapat meluruskan pinggang dan tidur dengan sempurna di atas katil . Jika dihitung, rasanya hampir 48 jam saya tidak tidur dengan sempurna. Sungguh nikmat dapat melelapkan mata walaupun hanya dua jam sahaja iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

Jam 11 pagi, kami berkumpul di lobi untuk ke Masjidilharam untuk menunaikan solat Zuhur. Waktu Zuhur masuk sekitar jam 12.16 t/hari.  Kami memang suka bergerak awal ke masjidilharam kerana ingin mendapatkan seberapa hadapan saf yang boleh. Jarak di antara hotel dan masjidilharam agak jauh, sekitar 15 minit berjalan kaki. Bagi memudahkan para jemaah, Ustaz Fauzi telah menempah shuttle dari hotel ke masjidilharam. Perjalanan 15 minit menjadi 3 minit sahaja. Alhamdulillah, sekali lagi kami menjadi tetamuNya yang istimewa di sini.  
Gambar di atas adalah gambar di dalam shuttle... Shuttle ini boleh memuatkan seramai 23-25 orang penumpang... Bila tidak ramai penumpang, ada laluan untuk penumpang menuju ke belakang. Bila penuh, laluan akan ditutup dengan cara menurunkan seat penumpang. 

Rutin harian kami di Mekah adalah seperti berikut :-
2.00 pagi : bangun tidur & mandi
3.00 pagi : bergerak ke Masjidilharam untuk menunaikan solat subuh
5.29 pagi : waktu Subuh
7.00 pagi : pulan ke hotel
7.30 pagi : sarapan
8.00 pagi : tidur
10.00 pagi : bangun & mandi
11.00 pagi : bergerak ke masjidilharam untuk menunaikan solat zuhur
12.16 pagi : waktu zuhur
1.00 petang : pulang ke hotel
1.30 petang : makan tengahari
2.20 petang : bergerak ke masjidilharam untuk solat Asar, Maghrib & Isyak
8.00 malam : bergerak pulang ke hotel
8.30 malam : makan malam
9.00 malam : tidur


.............to be continued............