Wednesday, September 22, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Berlari ke langit

Umpama berlari ke langit dalam menyusur lorong kenangan...
Menyingkap sejarah yang pernah ditinggalkan
Kesan bertapak di perdu keindahan
Yang kian hilang di balik bayangan
Suara berbisik di cuping
Menyentuh hati selembut sutera
Dan ia gugur jua...
Hidup dengan kenangan
menjadi iktibar dalam mencari Allah
Biarkan kenangan menjadi sebahagian sejarah hidup
Jadikan Iman sebagai kekuatan
Sesungguhnya...
Jalan ke Syurga bukan jalan angan-angan
tetapi dengan cita-cita dan pengorbanan...

Hakikat Kehidupan

Bila agaknya leh dapat yer?
Nak mintak tak sampai hati, raya dah dekat
Tak mintak, sendiri yg makan hati, sendiri pun nak raya..
Kalau berdiam diri, nanti orang buat buat tak reti
Tapi kalau kecoh kecoh, nanti orang kata macam tak mengerti
Nampak gaya, kita je la yang perlu kesian dan mengerti masalah mereka,
mereka tidak perlu faham masalah kita
kadang kala hati sedikit terguris
Bila mereka nak, mengejar bagai nak rak
tapi bila kita yang nak, mereka mengelak bagai nak rak....
Alangkah indah andai hidup ini
umpama kisah dalam sebuah novel
kita yang memegang penanya
kita yang mengatur plotnya
kita yang memulakan prolognya
kita yang mencorak klimaksnya
kita yang menetapkan akhirannya
akhiran yang indah indah
bak pujangga English "happy ending story"
namun hakikat sebenar kehidupan
tak seindah penceritaan
tak semanis impian
tak secantik percaturan
tak sehebat antologi
mampukah kita mewarnai helaian putih
dengan corak yang kita inginkan???

Tuesday, September 7, 2010

Resepi Nasi Ayam Penyet



Resepi Nasi Ayam Penyet

Untuk Ayam-
1 ekor ayam - potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)

Bahan2 utk dikisar:
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Cara-cara perap ayam
1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar kering, kisar hingga halus.
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.


Untuk Nasi
• 1 labu bawang besar-hiris halus
• 2 biji bawang putih-hiris
• 3 cawan beras basmati-rendam 30 minit dan toskan
• 41/2 cawan air rebusan ayam
• 1 batang kayu manis*
• 2 cengkih*
• 2 pelaga*
• 2 bunga lawang*
• 2 helai daun pandan
• sedikit butter/minyak/marjerin

Cara menyediakannya
1. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah tumis (*) dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan daun pandan dan beras.
3. Masukkan ke dalam periuk letrik bersama air rebusan ayam dan masaklah seperti biasa.


Untuk Sup-
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.
Panaskan sebelum dihidangkan.
Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.


Untuk Tempe dan Tahu Goreng-
2 keping tahu – potong dadu
1 paket tempe – potong nipis
Sedikit tepung beras.
Minyak masak untuk menggoreng.

Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
Goreng hingga garing.


Untuk sambal-

Sedikit minyak masak
20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis
3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak.
2. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Goreng belacan seketika
5. Angkat dan ketepikan.
6. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili.
7. Setelah layu, masukkan tomato.
8. Gaul rata dan tutup api.
9. Angkat dan ketepikan.
10. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
11. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.
12. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
13. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan.
14. Masukkan gula merah dan gaul rata.
15. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.


Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.

Monday, September 6, 2010

Resepi Almond London by Dal


Almond London
Bahan-bahan ( +/- 150 biji )
• 250 gm mentega
• 125 gm gula halus
• 1 biji telur
• 1 tsp esen vanilla
• 50 gm serbuk badam (optional)
• 200 gm tepung jagung
• 300 gm tepung gandum
• 2 sudu tepung beras
• 1 tsp baking powder
• 200 gm kacang badam (digoreng tanpa minyak)
• 50 gm badam cincang (utk hiasan)
• +/- 700 gm coklat masakan
Cara-cara
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. Masukkan telur, esen vanilla dan dipukul lagi.
3. Masukkan serbuk badam, kacau
4. Ayak bersama tepung jagung, tepung beras, baking powder dan gaulkan bersama adunan tadi
5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh
6. Bentukkan doh menjadi bulat-bulat kecil/lonjong & masukkan kacang didalamnyer.
7. Letakkan diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan sedikit mentega
8. Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit
9. Cairkan coklat masak dengan kaedah "double-boil"
10. Masukkan biskut tadi kedalam mangkuk kertas dan tuang atau celup coklat masak. Taburkan sedikit badam cincang utk hiasan
11. Biarkan ia kering seketika dan sedia dimakan atau disimpan.

Wednesday, September 1, 2010

Bisikan Hati : Antara Pujian dan Keikhlasan

Membaca karangan anak membuat hati tersentuh...
Betapa kita sebagai ibu sering dianggap yang terbaik di mata mereka...
Membuat hati berbisik, betapa aku sungguh jauh dari kesempurnaan...
Wahai anak...
Ibu berjanji...
Akan memberikan yang terbaik buat kalian...
Anak-anak yang sangat ibu kasihi...