Pernah tak korang mimpi, pastu korang harap sangat mimpi tu jadi kenyataan? ataupun tetiba korang mimpi sesuatu yg pelik dan harap sangat itu bukan kisah benar?
Sebagai contoh, saya pernah beberapa kali mimpi saya kembali semula ke tanah England... Bila tersedar dari tidur, saya berharap sangat agar mimpi itu kan jadi kenyataan.. Ataupun, bila buka mata, memang betul dah ada kat Notts..haha... Ataupun, saya berharap sgt bila saya pejam mata semula, saya dapat sambung semula mimpi itu.. Aneh kan?haha
Ataupun satu lagi contoh, malam tadi, selepas menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua di antara Germany dan Italy, saya ikut saranan Kak Cahaya untuk tidur semula at least dapat sejam pun jadikla kan..hehe... Dalam tidur yg sejam itu, saya mimpi my hensem beemer telah rebeh di bahagian boot depan akibat saya terlanggar sebiji tong sampah kosong di hadapan deretan rumah kedai... Saya rasa sungguh pelik, macamaner boleh teruk benar kecederaan my hensem beemer sdgkan tersenggol sikit ajer.. Berkali-kali saya melihat my hensem beemer dgn harapan menggunung di hati agar kejadian itu bukan kejadian sebenar, hanya di dalam mimpi sahaja...
Namun, ternyata sia-sia kerana saya sudah nampak kelibat mr hubby saya datang ke arah saya dengan muka kesalnya sebagaimana biasa kalau saya yang buat hal pada bini no.2 nya itu..hehe... Tetapi yang anehnya, tiba-tiba keadaan persekitaran bertukar, saya kelipkan mata berkali-kali dan akhirnya saya dapati saya masih di atas katil.. Aneh kan?haha..
Syukur Ya Allah, memang itu hanya mimpi sahaja!.. Alhamdulillah.... Saya terus menarik nafas kelegaan dan segera bangun sebelum waktu Subuh pergi meninggalkan saya...
TERATAK MUSLAILY.... Love of my life ~ pieces of a moment in my life ... The place for me to show all my love to my family, my lovely hubby MUSTAFA KAMAL, my little-princess LIYANA AMNANI, my little-prince AHMAD QAMARUL and my little-angel IRIS MARISSA.
Friday, June 29, 2012
Wednesday, June 27, 2012
Hujan Panas
I'm so proud of my father in law... Nukilan ini dihasilkan oleh ayah mertua saya di hari ulang tahun kelahirannya pada 25 Jun 2012 yang lalu... Not bad at all walaupun nampak sedikit kecelaruan dalam menyambungkan baris demi baris but it was a good try... Well done Abah!..
Hujan dan panas karat memakan besi
Tak ku biarkan dengki memakan peribadi
Bak belayar dalam badai dan taufan
Aku perlukan jiran pohon rimbun
Naung terasa kiri kanan
Berteduh di bawah payung kasih
Keluarga dan sahabat setia
Seperti ku perlukan nasi sepinggan
Juga semangkuk gulai ikan
Denyut nadi belum berhenti
Serentak udara yang ku nikmati
Sama seperti pokok mempelam
Sekuntum mawar di halaman
Harum bau sejambak kesidang
Bercabang dahan melilit pagar
Putih bersih melilit hati
Bak menatap mata jernih
Seorang anak kecil di pangkuan
Lalu bersyukur
Kecilnya diri di tengah buana
Luas kurnia ciptaan Nya
Secubit garam sesudu gula...
Hujan dan panas karat memakan besi
Tak ku biarkan dengki memakan peribadi
Bak belayar dalam badai dan taufan
Aku perlukan jiran pohon rimbun
Naung terasa kiri kanan
Berteduh di bawah payung kasih
Keluarga dan sahabat setia
Seperti ku perlukan nasi sepinggan
Juga semangkuk gulai ikan
Denyut nadi belum berhenti
Serentak udara yang ku nikmati
Sama seperti pokok mempelam
Sekuntum mawar di halaman
Harum bau sejambak kesidang
Bercabang dahan melilit pagar
Putih bersih melilit hati
Bak menatap mata jernih
Seorang anak kecil di pangkuan
Lalu bersyukur
Kecilnya diri di tengah buana
Luas kurnia ciptaan Nya
Secubit garam sesudu gula...
Friday, June 1, 2012
Chicken Pox, Cengkering, Cacar Air
My sweet little princess si Iris Marissa kene chicken pox!!!
Sangat sedih setiap kali melihat Iris. Sangat kecewa bila Iris kene chicken pox di usia yang sangat kecil. Apalah yang difahami oleh anak sekecil Iris itu? Kalau ikutkan kakak dan abangnya, memang usia Iris jauh lebih besar sewaktu diserang virus ini kerana kakak Nani kena chicken pox sewaktu berusia dua tahun setengah (2 1/2 tahun) dan abang Ahmad sewaktu berusia 6 bulan. Ibunya ajer yang kene sewaktu berusia 27 tahun!hehe
Kisah bermula minggu lalu, sekitar hari Rabu 23 Mei 2012... Ada dua orang anak jiran, yang saban petang memang dititipkan di rumah saya setelah pulang dari sekolah agama sementara menanti ibu dan ayahnya pulang dari kerja. Anak2 ini sudah hampir dua minggu tidak dihantar ke rumah saya kerana bercuti akibat cengkering. Di dalam hati terbetik, kebarangkalian untuk anakku si kecil comel itu untuk dijangkiti cengkering adalah besar kerana ada orang kata, ketika hendak kering itulah, waktu terbaik untuk virus disebarkan.. Entahlah..., itu orang yang kata.. Dari segi saintifiknya saya tak tahu.. Hari Rabu itu, mereka datang seperti biasa setelah pulang dari sekolah seperti biasa. Dan saya dapati kulit mereka sudah bersih, hanya ada tinggal sedikit sahaja lagi saki baki bintik yang tinggal. Di sebelah malamnya saya dapati, sebiji cacar telah tumbuh di badan Iris. Hati merintih sedih, arrrrrgh kena juga Iris akhirnya! Kebimbangan yang bersarang ternyata menjadi kenyataan. Kenapa mesti sekarang? Kesal memang kesal, tapi bila difikir secara positif, siapalah saya untuk menolak takdir Allah? Bukankah Allah sebaik-baik perancang? Berbaik sangkalah dengan Allah...
Mengikut kamus 'google', cengkering bermaksud
- sejenis tumbuhan (pokok), cekering, Erythrina fusca, rumput cengkering sejenis tumbuhan (rumpai), Hedyotis glabra
- sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh virus, cacar air, jelutung
Keesokan harinya, Khamis (24/5/12), sekali lagi anak2 jiran datang ke rumah saya. Pada hari kedua ini, saya dapati sudah semakin banyak bintik-bintik yang tumbuh di badan Iris...
Hari Jumaat (25/5/12), kedua-dua anak jiran sudah tidak datang lagi ke rumah sehinggalah hari ini... Aduhai... luruhnya rasa hati... Untuk apa, datang hanya 2 hari dan selebihnya meninggalkan virus untuk si comel Iris? Di hari ketiga ini, keseluruhan muka dan badan Iris sudah penuh termasuklah di bahagian kepala dan telinga.
Hati menangis dan merintih sedih... Takkanlah saya nak salahkan jiran saya pula? Mereka tiada pilihan lain, memang terpaksa juga hantar anak2 ke rumah kami lantaran telah 2 minggu mereka suami isteri bergilir-gilir bercuti menjaga 4 orang anak yang dijangkiti cengkering berturut-turut. Dan, takkanlah saya nak halang mereka dari menghantar anak mereka lagi? Iris dah kena dah pun, kalau belum kena, mungkin boleh 'slow talk' kot.. Tapi sekarang sudah terlewat, Iris dah kena dah pun.. Lagipun, takkanlah saya nak salahkan takdir pula?
Hari Sabtu (26/5/12), saya pulang ke Parit Sulong bersama bibik dan Ahmad kerana mak akan mengadakan kenduri pada hari Ahad sempena pemergian mak ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada hari Jumaat (1/6/12). Iris terpaksa saya tinggalkan bersama ayahnya di Parit Raja kerana tidak mahu semua sepupu-sepupu Iris di Parit Sulong turut dijangkiti chicken pox.. Bukan mahu mengelak takdir, tapi saya kasihan pada adik-adik saya. Anak-anak mereka, semuanya masih kecil-kecil lagi.. Lingkungan usia 3-9 tahun. Semuanya belum kene chickenpox.. Kalau sorang yang kena nanti, confirm ketujuh-tujuh bersaudara (dari 2 ibu) itu akan kena sekali. Pengsan mak mereka nanti nak kena jaga! Atas dasar kemanusian itulah, saya keraskan hati untuk meninggalkan Iris di Parit Raja walaupun kasihan juga bila mengenangkan mak tidak dapat berjumpa Iris sebelum berangkat pergi. Malam itu, selesai rewang di rumah mak, saya balik ke Parit Raja kerana tidak sampai hati membiarkan Iris tidur tanpa saya di sisi.
Hari Ahad (27/5/2012), usai solat subuh, saya sudah bergerak pulang ke Parit Sulong. Tugasan saya bermula sebaik sahaja menjejakkan kaki ke rumah mak... 2 menu utama ayam masak merah dan sambal udang segera dimasak untuk juadah tetamu yang dijangka tiba sekitar jam 12 tengahari.
Saya ni memang jenis suka ikut petua orang tua-tua.. Mak mertua saya kata, bagus bagi anak minum air kelapa muda untuk bagi semua cacar keluar dengan cepat. Mak mertua juga pesan supaya memandikan Iris dengan air kelapa muda untuk mengurangkan bisanya serta menyejukkan badan.
Untuk sapuan pula, mak saya bagi petua supaya direndam beras, ditumbuk bersama daun cermai dan disapukan ke seluruh badan untuk memberikan kesan bersih ketika kudis mahu kering. Di samping itu, saya juga ada belikan losyen Calomine di farmasi untuk disapu ke seluruh badan Iris.
Syukur Alhamdulillah, Iris tidak banyak ragamnya.. She's pretty good, cool and calm.. I'm so proud of her!.. Disuruh minum air kelapa, Iris minum.. Disuruh duduk depan kipas, dia duduk. Dilarang jangan garu, tidak digaru, hanya disapu-sapu sahaja.
Hari ini (1/6/2012), hari ke 10, masih ada lagi bintik bintik yang sudah kering tapi masih belum tertanggal. Malam tadi, sewaktu menghantar mak yang berangkat untuk mengerjakan umrah pun, saya tidak membawa Iris pulang.
Esok (2/6/2012), kami telah merancang percutian untuk anak-anak. Kami bercadang untuk ke Eagle Ranch di Port Dickson.. En.Mus ada program bersama pelajar-pelajar PALAPES nya di sana dan kami ingin turut serta.. Tapi, saya tiada hati untuk pergi kerana Iris masih belum sembuh. Mr Hubby cadangkan supaya Iris ditinggalkan sahaja bersama bibik di rumah, tapi hati saya membantah kerana bagi saya Iris adalah anak saya, bukan anak bibik! Mengapa perlu diserahkan pada bibik untuk menjaga Iris? Tapi, mr hubby berkeras menyuruh saya pergi... Alahai...sukarnya...
Aktiviti Iris walaupun sedang sakit....
Subscribe to:
Posts (Atom)