Thursday, March 5, 2009

Sekolah Agama



Rabu lepas (25 Februari 2009), hari pertama anak2 mendaftar di Sekolah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Oleh kerana anak2 tidak pernah bersekolah agama, so kedua2 mereka dimasukkan ke Darjah Satu dan berada di dalam kelas yang sama... Maka, terpaksalah membeli dua set buku teks dan buku kerja sekolah agama untuk darjah satu... dah dua dua sekelas, takkan nak guna kitab yang sama lak, ye tak?... Habis dua ratus lebih jugaklah masa pendaftaran hari tu...

Teringat zaman kita kecil dulu, kitab sekolah agama tidak pernah dibeli, sekadar meminjam di sekolah sahaja.. Walaupun dah uzur, tapi bila dapat kitab pinjaman tu, disampul molek molek dan ditampal mana yg dah koyak, maka cantik lah juga untuk digunakan sepanjang setahun... dan keadaan fizikal kitab kitab juga berbeza.. Dulu dulu kitab kitab semua kecil kecil, sebesar saiz separuh A4... Bila dah masuk tahap dua (darjah 4,5 dan 6) barulah kitabnya besar besar.. Dan yang paling femes, ialah kitab Mutaal Badrin, tebal dengan bahasa yang sungguh berbunga2...

Kitab sekarang, fancy fancy... penuh dengan grafik yang menarik perhatian anak2 murid... siap dengan buku kerjanya sekali...

Anak2 ternyata sungguh gembira dan bersemangat untuk ke sekolah agama.. Si little prince hari hari bertanyakan bila dia boleh ke sekolah agama.. Dek kerana kesibukan dan kasihankan anak2 yang baru hendak menyesuaikan diri dengan alam persekolahan di Malaysia, maka pendaftaran mereka dilewatkan sedikit.. Tidak betah dengan rengekan anak2 yang begitu bersemangat untuk bersekolah, kugagahkan juga untuk mendaftarkan mereka hari ini walaupun hubby tidak berkesempatan untuk bersama...

Lokasi sekolah agama tidak begitu jauh dari rumah pengasuh anak2... so, anak2 pergi dan balik sekolah berjalan kaki sahaja.. ada juga si little prince merengek minta untuk membawa basikal ke sekolah, tapi masih belum diluluskan lagi.. tunggulah dulu... tunggu kedua2 mereka expert dulu... bawak basikal pun masih lesen L lagi, tunggu dapat lesen penuh dulu nanti... hehehe...

No comments:

Post a Comment