Friday, March 27, 2009

kekasih Allah

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURASUL 1430 HIJRAH
DI DEWAN TUANKU ISMAIL IBRAHIM UTHM

PENCERAMAH : Y.BHG. USTAZ SOLAHUDIN B. AZRAAI
MANTAN DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA ISLAM MELAKA

Antara nota yang sempat kutulis...
(bagus diletak di blog, sebab kalau dibiarkan di atas kertas akan lupus dimakan anai2... sekurang2nya bila ada di sini, boleh dibelek belek semula bila2 masa nanti di samping boleh berkongsi dengan rakan2 di luar sana walaupun tidak sebanyak mana nota yang dapat kuabadikan di atas kertas itu... )

@ sambutan maulidurasul ni disambut untuk menunjukkan rasa cinta kita pada Rasulullah..
@ Nabi Muhammad ketika dilahirkan telah dikhatankan, telah dibersihkan (dimandikan)m telah diputuskan tali pusat, dan telah diminyakkan rambutnya...
@ Istimewanya Nabi Muhammad, di dalam solat hanya ada satu nama orang sahaja yang disebut iaitu nama Muhammad
@ manusia ketika dilahirkan muka telangkup ke bawah, menunjukkan tanda kita tunduk kepada Allah
@ sebagai umat Islam, kita perlu mendekatkan diri dengan Allah, dan mengamalkan sunnah Rasulullah kerana apabila umat Islam semakin jauh daripada Nabi, akan hilanglah pedoman hidup...

antara hadis :-
"sesempurna orang mukmin adalah orang yang akhlaknya baik dan dengan ahli keluarganya berlemah lembut"

walaupun gambarnya gelap, tapi hatiku tetap terang...


Wednesday, March 11, 2009

Membongkar Khazanah

Antara khazanah yang telah dijumpai... Mengingatkan anak2 tentang memori mereka di tanah robinhood...

khazanah peribadi si little princess

author kegemaran liyana...

little princess secret diary, di sini luahan hatinya ditulis...


toys kesayangan si little prince

Tuesday, March 10, 2009

Hadiah Kepulangan

Kadangkala simpati dengan rengekan anak2.. sejak dari masih di UK, sering merengek minta belikan PSP, Wii dan game game yang sewaktu dengannya, namun tidak diendahkan... Kadangkala rasa macam malas nak layan, takut anak2 leka dan mula mengabaikan pelajaran, kadang kala rasa mcm kesian pulak.. hai entahlah... namun bila dah balik ke sini, kami memutuskan untuk menghadiahkan anak2 dengan 'wish list' mereka, sekurang2nya dapat lah cover 2-3 tahun punye birthday present yg jarang2 sangat mereka dapat sejak tahun tahun kebelakangan ini... hadiah kerana pengorbanan mereka selama ini, berkorban utk ibu dan ayah walaupun tanpa kita sedari... berkorban masa semasa ayah belajar dan ketika ibu keluar bekerja, juga berkorban terpaksa berpisah dengan atuk nenek buat seketika dan kini berpisah dengan rakan2 sekolah pula...
liyana n her new bike

ahmad n his new PSP

liyana with her friend, Sufi (previously lived at Liverpool)

>
setiap petang kalau tak hujan, ahmad mesti main basikal, satu2nya aktiviti yang sukar dipenuhi permintaannya sewaktu berada di notts...

Monday, March 9, 2009

Berendam di Jeram






Jeram ini sebenarnya milik Atok Mahir, terletak di kaki gunung Panti Kota Tinggi dan masih belum tercemar. Pengunjung terdiri dari penduduk sekitar dan tidak kurang juga dari orang-orang luar. Terletak lebih kurang 10 minit dari rumah mertua, nak naik moto pun boleh, jalan kaki pun boleh... tapi kalau jalan kaki, penat jugak tu!...
mula2 main polo air



lepas tu sarapan pagi, burger dan pisang goreng




kaum ibu memasak di 'dapur'


iris beristirehat di 'pondok'



lepas tu mandi air pancut di kolam yang kecil plak


tak puas lagi! main lumba lumba lak...



bagi can amat menang lak...



iris yg sentiasa cun...


to be continued

Memanjangkan ukhwah...


Selepas puas berendam di jeram, kami bertolak pulang ke Air Hitam.. Tapi ada satu lagi misi pada hari ini yang perlu dilaksanakan... Kami ke Taman Saujana Kota Tinggi untuk bertemu kakak kepada Mazlina (Notts) untuk membawakan kotak yang dinanti-nantikan oleh Kak Ana...

Layanan dari Kak Ana tersangatlah 1st classnyer... Ramahnya saling tak tumpah Ina... Kepandaian memasak dan menghias rumah juga like sister like sister lah!!!... Sempat juga merakamkan sekeping dua gambar untuk kenang-kenangan...



iris dan pengasuh anak2 kak Ana...

Semoga dipertemukan lagi di lain ruang dan peluang Insya Allah.... Harap kak Ana dan family sudi bertandang ke teratak kami di Air Hitam

Sunday, March 8, 2009

Happy Birthday Makngah





Hari ini, ulangtahun kelahiran makngah (adik hubby yg no.2). Nurdiana seorang guru di sekolah Gelang Patah sedang menanti kelahiran anak kedua tidak lama lagi...

Friday, March 6, 2009

Istiqamah






Yang kurindukan di sini ialah program Membudayakan Al-Quran yang diadakan setiap pagi Jumaat di kebanyakan pejabat pejabat kerajaan. Alhamdulillah setelah lebih 3 tahun beralih angin di tanah Batu Pahat ini, buat pertama kalinya aku menghadiri Majlis Membudayakan Al-Quran yang diadakan di fakulti.. Di bawah kelolaan Ustaz Lotfi, ternyata banyak perisian yang amat baik untuk diambil iktibar...

Majlis pasti diakhiri dengan jamuan kecil... Part ni yg paling best!!!...



Walaupun kehadiran hari ini hanya terdiri daripada staf pejabat, namun jika aktiviti seperti ini diadakan secara istiqamah, Insya Allah sambutan di masa masa akan datang, pasti lebih menggalakkan...

Thursday, March 5, 2009

Sekolah Agama



Rabu lepas (25 Februari 2009), hari pertama anak2 mendaftar di Sekolah Agama Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Oleh kerana anak2 tidak pernah bersekolah agama, so kedua2 mereka dimasukkan ke Darjah Satu dan berada di dalam kelas yang sama... Maka, terpaksalah membeli dua set buku teks dan buku kerja sekolah agama untuk darjah satu... dah dua dua sekelas, takkan nak guna kitab yang sama lak, ye tak?... Habis dua ratus lebih jugaklah masa pendaftaran hari tu...

Teringat zaman kita kecil dulu, kitab sekolah agama tidak pernah dibeli, sekadar meminjam di sekolah sahaja.. Walaupun dah uzur, tapi bila dapat kitab pinjaman tu, disampul molek molek dan ditampal mana yg dah koyak, maka cantik lah juga untuk digunakan sepanjang setahun... dan keadaan fizikal kitab kitab juga berbeza.. Dulu dulu kitab kitab semua kecil kecil, sebesar saiz separuh A4... Bila dah masuk tahap dua (darjah 4,5 dan 6) barulah kitabnya besar besar.. Dan yang paling femes, ialah kitab Mutaal Badrin, tebal dengan bahasa yang sungguh berbunga2...

Kitab sekarang, fancy fancy... penuh dengan grafik yang menarik perhatian anak2 murid... siap dengan buku kerjanya sekali...

Anak2 ternyata sungguh gembira dan bersemangat untuk ke sekolah agama.. Si little prince hari hari bertanyakan bila dia boleh ke sekolah agama.. Dek kerana kesibukan dan kasihankan anak2 yang baru hendak menyesuaikan diri dengan alam persekolahan di Malaysia, maka pendaftaran mereka dilewatkan sedikit.. Tidak betah dengan rengekan anak2 yang begitu bersemangat untuk bersekolah, kugagahkan juga untuk mendaftarkan mereka hari ini walaupun hubby tidak berkesempatan untuk bersama...

Lokasi sekolah agama tidak begitu jauh dari rumah pengasuh anak2... so, anak2 pergi dan balik sekolah berjalan kaki sahaja.. ada juga si little prince merengek minta untuk membawa basikal ke sekolah, tapi masih belum diluluskan lagi.. tunggulah dulu... tunggu kedua2 mereka expert dulu... bawak basikal pun masih lesen L lagi, tunggu dapat lesen penuh dulu nanti... hehehe...

Tuesday, March 3, 2009

Tamu dari Loborough : 26/2/2009



Teratak kami dimeriahkan dengan kehadiran tamu dari Liverpool (Ary) yg juga staf UTHM tanggal Februari 24,2009 yang lalu .. Walaupun malam masih muda, namun rutin anak2 yang sudah terbiasa tidur awal, kehadiran Ary hampir jam 10 malam disambut juga oleh anak2 yang sabar menanti...