Friday, July 17, 2009

Penyusuan susu Ibu

Sudah lama saya berhajat nak tulis entry nie, tapi belum berkesempatan... So, hari ini saya merasakan ini kesempatan terbaik utk saya mencoretkan pengalaman saya menyusukan Iris secara eksklusif...



Entry ini sangat panjang.. Saya amat berharap agar puan2 sudi meluangkan sedikit masa utk membaca entry ini. Mungkin entry ini tidak ada kene mengena dgn puan2, tapi tidak mustahil ianya boleh dijadikan panduan oleh rakan2/saudara mara di sekeliling puan puan...



Waktu di UK, saya telah berkenalan dengan seorang wanita yg telah memperkenalkan saya tentang ilmu penyusuan susu ibu, iaitu Puan Ramona Nazreen a.k.a Reen.. Pada peringkat awalnya persediaan saya ala ala kadar sahaja, tidak betul betul serius hendak fully breastfeed my newborn baby, si Iris Marissa. Tapi rupa2nya Reen telah berjaya mempengaruhi fikiran hubby (en.Mus) agar memberikan full support kepada saya utk fully breastfeed Iris at least until 2 years old! Diulang sekali lagi yea, 2 years old bukan 2 month old! So, b4 balik ke Malaysia, hubby telah belikan saya Electric Breast Pump brand Philips AVENT lagi tau!.. OK, habis cerita di UK...



Then, bila balik M'sia, 3 hari selepas mendarat, saya terus lapor diri utk bekerja. Persediaan pada waktu itu memang tak well-prepared. Esok harinya nak masuk keje, malamnya cuma dapat perah 1 botol ajer. Oh!ya, susu yg diperah kita panggil EBM (Express Breast Milk) yea puan puan!.. Mujur rumah ibu pengasuh Iris tidak jauh dari opis saya, so tiap kali lunch hour, saya akan ke rumah Ibu pengasuh Iris utk menyusukan si Iris...



Minggu pertama naik keje tu mmg huru hara sket.. Kadang2 saya terlupa nak bawak pump, kadang2 lupa nak bawak botol, ada ketikanya pulak tertinggal one of the component, so tak dapatlah saya nak memerah susu utk Iris, so saya akan visit Iris dan menyusukan Iris.. Ini menyebabkan stok EBM saya tidak mencukupi...



Kadang2 sebelah malamnya, saya gagahkan juga utk menghasilkan EBM utk Iris, tapi tak dapat byk, cuma 1 or 2 oz sahaja... Punyalah frust!...



So, saya emel Reen dan mintak pandangan dari Reen... Alhamdulillah, Reen memberikan saya tips yg sangat berguna dan saya merasakan nyawa saya segar semula... Saya amalkan tips yg Reen bagi, dan Alhamdulillah teratur sket hidup saya... Reen kata, keje ko skrg ni perah perah perah je la!! hehehe... Antara tips yg sgt berguna, reen kata malam dalam kul 2-4 pagi adalah waktu yg terbaik utk memerah, kerana pada waktu tu susu mengeluarkan satu hormon yang boleh banyakkan susu... I've tried and its work!... amazing kan!!.. Alhamdulillah, makin diperah, makin banyak susu yg keluar, bukannya makin habis... Hebat kan kuasa Allah... Lagi satu, saya selalu berkata pada diri saya yang susu saya memang sangat banyaaaaaaaaak, walaupun kadang2 EBM saya cuma dapat 4 or 5 oz je sekali perah... but i'm always positive dan always said, banyaknya susu aku hari ni, cukuplah ni utk Iris... Nak kata susu saya ni banyak sangat tu tidak, tapi nak kata takde langsung tu pun tidak... ALhamdulillah, memang cukup utk si IRis tu...



Mcm2 petua yg Reen beri, saya cuba... minum milo, makan halba, makan bawang putih, lobak putih dan mcm2 lagilah!... Dan, nampaknya ada perkembangan yang memberangsangkan!!!



Bulan pertama bekerja, saya berulang alik dari Parit Sulong ke Parit Raja. So, on d way nak sampai ke tempat kerja tu, saya dapat memerah kadang2 up to 90z setiap pagi.. Cukuplah bekalan untuk Iris sementara nak tunggu saya hantar lagi susu tengahari nanti...

Teringat saya, sewaktu membesarkan anak pertama dan kedua saya dulu, sewaktu baby berusia sebulan, saya dan hubby dah mula sibuk cari susu formula untuk ajar anak menyusu botol. Tujuannya supaya senang nanti nak hantar anak ke rumah pengasuh... Kenapalah wktu takde yang ajar saya, sepatutnya waktu baby tu sebulanlah saya perlu sibuk memerah susu untuk bekalan anak bila saya dah mula bekerja nanti, dan juga mula mengajar anak menghisap susu botol hasil dari perahan susu ibu, dan bukan dari susu formula!... Hai, ceteknya ilmu waktu itu...



Dulu, ada niat di hati nak menyusukan anak hingga 2 tahun, tapi niat tanpa usaha juga tidak mendatangkan hasil! Puncanya bila dah mula bekerja dan mula campurkan susu ibu dan formula, penghasilan EBM mula menurun!... kalau orang lain boleh campur siang susu formula, malam susu ibu, tapi saya tidak!...susu saya mula kering, bila saya tinggalkan anak 4,5 hari utk pergi berkursus. Alangkah bagusnya kalau waktu itu, saya dah menyimpan EBM saya banyak2, pasti tidaklah terputus susu terlalu awal kan?.. Anak saya yg pertama, menyusu hingga 7 bulan sahaja, manakala anak ke dua hanya bertahan selama 9 bulan.. itupun bercampur susu formula! selepas putus susu ibu, susu formula sepenuhnya which is saya rasa sangat kesal sebab tak mampu nak menyusukan mereka hingga ke usia 2 tahun...



Punyalah cetek ilmu saya, bila saya mengalami bengkak susu di bulan pertama kelahiran, saya menghentikan penyusuan saya kerana tidak tahan sakit everytime baby menghisap niple saya. Sepatutnya pada waktu itu, masa terbaik utk saya mengumpulkan EBM saya... tindakan yg perlu saya ambil ialah memerah dan terus memerah sehinggalah lega breast saya tu, dan bukannya menghentikan penyusuan.. lagi sekali saya menarik nafas kesal kerana ceteknya ilmu saya tatkala membesarkan anak pertama dan kedua saya...



Alhamdulillah, banyak panduan yg saya perolehi dari Reen yang dah biasa fully breastfeed anak2nya... Saya tgk gambar EBM Reen, mak ai! penuh satu fridge!!... Reen pun selalu diundang oleh pihak TV untuk memberikan tips penyusuan susu ibu dalam rancangan Wanita Hari Ini dan macam2 lagi rancangan lain!...



last 2 month, i did very big mistake.. I was taking contraception without noticing there's actually a specific pils for breastfeeding mom.. Patutlah masa gi KK hari tu, production menurun!.. EBM tak banyak!... mujurlah Iris ni bukan jenis yang kuat meragam. So, cukup cukup je susu yg ada utk Iris.. dan mujur juga tak terputus terus!... 2 week later, saya hentikan pengambilan contraception dan Alhamdulillah production meningkat semula...



But recently, last week, production saya mula menurun semula.. Yang saya perasan, last week saya diserang sakit perut, berpusing2 mcm kena perah, doktor kata maybe food poisoning. lepas saya naik keje dari MC sehari tu, production mula menurun. Ntah disebabkan injection yg saya terima atau ubat yg saya ambil, saya pun tak pasti....



4 days ago, saya mula dilanda kebimbangan sebab EBM di peti sejuk sudah kehabisan.. kebiasaannya sehari Iris menyusu 2-3 times... but 4 days ago, saya cuma dapat perah sebotol sahaja di opis.. aduh! macamane nie?



Saya mengadu dgn kawan sepejabat, Siti Sarah yang juga fully breastfeed mommy, Sarah menyarankan agar saya mengambil sejenis herba yang bernama FENUGREEK. Tengahari tu juga saya mengajak hubby ke BP Mall untuk mencari herba tu!



Alhamdulillah, hari ni hari kedua saya makan herba tu, Alhamdulillah, production dah mula meningkat semula... Semalam dapat perah 3 botol instead of sebotol jerk... syukur.. mudah2an production akan terus meningkat hinggalah si iris berusia 2 tahun nanti...



Insya Allah satu blog khas ttg penyusuan susu ibu ini akan dibuat sedkit waktu lagi...

6 comments:

  1. salam kak laily...
    mommy thaqif here.... :D
    go kak laily go... saya pun sdg berusaha keras ke arah ini!!!!
    moga sama2 berjaya hingga ke angka 2 tahun :D saya ada terbaca kat satu forum pasal bfeed ni, cukup 2 thn boleh dpt phd dlm bidang FullyBreastFed baby :D hehhee..

    ReplyDelete
  2. salam.. kalau nak perah susu tu.. sebaiknya guna pump ke? at the moment, saya perah guna tangan je..skrg ni.. realised susu dh tak byk macam b4.. advise ya.. thx!

    ReplyDelete
  3. Dear laily,
    I came across ur blog today after a long absence from reading ur blog. Well, breastfeeding is good and I do think you still can remember I did breastfeed (full time) my first son up to two years and 9 motnhs in M'sia untill i delivered my sceond son (1 st son 3 yrs old) and my weight was only 38 kg. But, Alhamdulillah, my breast milk was enough for the two boys and even I did breastfeed my neice when my elder sister went to China for a months(3 kids in a row). Instead of practically producing ur milk by following the experts methods, you still need a mentalbuster to make you so comfortable and calm , thus it will increase the milk, keep it going with doa syifa and Ayat kursi while you pump out ur milk and feed ur baby. One more thing, add on the al-Mathurat zikir as well. I learned this from my mum who still did breastfeeded her twin sons after came back from Haj. Allah knows the best for you. I ate dates(particularly kurma najwa) to make ur milk production growth wealthier and healthier. All my sisters breastfeed their children and my elder sister did breastfeed her son up to 4 years old without formula milk. Insya'Allah

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... today I got quick response from the lovely mommy out there!... thanx anonymous 1. anonymous 2 and anonymous 3...

    anonymous 1 a.k.a mommy thaqif!! hahaha PhD in fully breasfeed baby! I like it!... Insya Allah, akan ada satu blog khas utk topik ini.. boleh kita kongsi cerita dan pengalaman di sana nanti k!...

    anonymous 2 (thanx for visiting my blog!)
    akak rasa better u guna pump, selain dari menjimatkan masa, ianya juga boleh menghasilkan lebih banyak EBM setiap kali u memerah susu.. u might have a try first and I'm sure u'll like it!...

    Anonymous 3 (i'm glad u'r still with me, around me... u know i was dreaming few times tau sejak balik nie...)
    and thanx a lot for your tips!... i do believe ayat2 Allah is the best doa for us utk diamalkan dalam apa jua rutin kita.. dan Insya Allah, laily akan amalkan ayat2 itu... thanks for sharing!!!

    ReplyDelete
  5. bagus kak laily..
    saya pun masih menyusukan ukyle..
    tp yelah duduk rumah kan
    harap2nye kalau kerje full time kat mesia pun buleh buat macam kak laily jugaa...
    semoga sihat.. dan gembir selalu..

    ReplyDelete
  6. kak laily..thanks for sharing..nnt klu da terwujudnyer blog pasal breast feedng jgn lupe war2kan..hehehe..ni nk soh akak amik award kt blog sy..takde keje la ni namanyer kak..

    ReplyDelete