Update tentang mak...
petang semalam, kami sempat sampai ke Parit Sulong before Maghrib.. menggelabah juga pada awalnya bila didapati mak tiada di rumah kala itu.. "Ke hospitalkah mak?.. dah tak smpat nak tunggu Ngah balik ke mak nie, dah makin teruk ke?" persoalan demi persoalan bermain di fikiran..
rupa2nya mak keluar makan dengan encik (panggilan utk ayahanda)... bila mak sampai dan melihat mak mampu berjalan, dalam hati aku melafazkan syukur.. selesai solat maghrib kami bergegas ke Klinik Nur di Batu Pahat...
Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami.. Si Iris sangat2la baiknya di dalam kereta, seakan mengerti kesusahan ibu yang perlu memandu pergi dan balik, Iris langsung tidak menangis meminta nenen.. sebaliknya selepas 2,3 kali ehek ehek merengek, selepas dialunkan zikir La Ila Ha Ilallah, Iris terus terlena sepanjang perjalanan, bukan sahaja perjalanan pergi, malahan sewaktu di klinik dan juga perjalanan balik... dan hanya membukakan mata, bila melangkah masuk ke dalam rumah.. Thanks Iris for being such a great baby for mummy!!!!
Berbalik kisah bonda, di klinik tiada apa2 yg perlu dirisaukan.. dr yang memeriksa kata, tidak ada apa2 yang berlaku pada bonda.. hanya sendi2 yang lenguh akibat menahan hentakan yang kuat sahaja... mak hanya diberi ubat tahan sakit, ubat sendi dan pil vitamin... dan mak juga buat pemeriksaan tekanan darah.. Miracle!... Tekanan darah mak normal.. tidak pernah sepanjang aku menghantar mak ke klinik, tekanan darah mak normal.. biasanya pasti 160 atau 150... Syukur... Jauh di sudut hati terbetik, mungkin juga kesan ubat TF itu sudah meresap ke badan bonda... Apa2pun ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi...
Demam mak dah takde, so tak perlu ubat demam. tak perlu antibiotik. tak perlu juga ubat batuk.. musykil juga aku mengapa mak muntah muntah tengahari semalam.. mungkin juga sebab mak terlalu lemah tidak berselera utk makan, dan terlalu lemah kerana menahan sakit dan perut dah masuk angin agaknya... bila dah boleh makan petang semalam, nampak mak dah semakin cergas dan bertenaga... mudah2an mak cepat sembuh..
Selesai urusan di klinik, hantar mak pulang ke Parit Sulong, dan kemudiannya bergegas pulang ke Air Hitam semula kerana anak2 perlu bangun awal esok pagi... Sekali lagi pemanduan dipermudahkan kerana Iris langsung tidak merengek... thanks again Iris!... mudah2an sampai bila bila pun Iris macam ni ye nak...
Update tentang Nur sana nur sini..
dah abis dah aku melayari kisah nur... dalam pada menjeling jeling nur di skrin, Alhamdulillah siap sudah filing ku utk minggu ini!.. siap dgn labelling utk fail baru yang baru dibuka, siap juga dgn recording!... syabas laily!... anda berjaya membuat kerja serampang 2 mata!... hehehee...
update pasal raya...
mana nak pegi ye weekend nie?.. ada 3,4 plan dalam kepala tapi tak tau nak decide yg mana satu.. sbab kami ni jenis yg suka last minute decision.. esok nak pegi malam ni baru decide..
1. semalam cousin tepon, bgtau dia nak wat open house kat umah dia sabtu nie.. so, awal2 lagi dia dah jemput, sbb dia tau cousin dia yg sorang nie weekend mmg bz..
2. mungkin jugak nak ke kebun, sebab last week dah tak jengah, then next week pun takleh jengah sebab perlu ke N9 utk berkursus...
3. ikut rasa hati mcm nak jalan2 ke Melaka or KL beraya... tapi tak tau ler lagi, lom plan lagi..
4. ataupun nak make-up beraya ke johor bahru lantaran last week objektif tidak tercapai, sebab mak2 sedara dan pak2 sedara takde di rumah so tak dapat nak beraya..
5. kalau ikutkan kata anak2, derang nak balik parit sulong sbb nak main2 ngan cousin derang.. sebab semalam dah janji2 nak main2 sesama dan tidur sesama..
hmmmm... ataupun yg paling best dan senang ialah...
5. dok kat umah je la tunggu orang datang... itupun kalau ada orang nak datang laa... kalau tidak, tido je la kat umah...
mdah2an mak akak cepat sembuh ye..
ReplyDeleteAlhamdulillah, mak laily dah sihat.
ReplyDeleteKalau naik KL tu, call la bonda, boleh datang kat rumah bonda ni.. kita makan2, sembang2 - InsyaAllah.