Sedetik jari jemariku terkaku di papan kekunci tatkala membaca perutusan melalui emel yang dilayangkan oleh seorang rakan. Perkhabaran gembira buatku dan juga rakan-rakan seangkatan yang menjawat jawatan PEMBANTU TADBIR KESETIAUSAHAAN...
Baris demi baris kubaca, perenggan demi perenggan kubelek, helaian demi helaian kutatap, berjaya kurumuskan menjadi satu ayat, berkuatkuasa esok, I JANUARI 2009 skim Pembantu Tadbir Kesetiausahaan dipinda kepada Skim Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat dan gred pula dinaikkan dari gred N17/22 ke N27/28
Bertahun-tahun lamanya, sekumpulan insan mulia yang telah dilantik untuk mengkaji, membentang dan membahaskan isu ini di peringkat atasan memperjuangkan hak kami ini. Pernah juga aku mewakili universiti ke mesyuarat yang pernah diadakan dalam tahun 2006, sebelum berangkat ke UK dahulu.
Ya benar, kalau nak dilihat pada gred baru kami ini, apalah sangat jika ingin dibandingkan dengan gred jawatan-jawatan lain seperti pensyarah atau jawatan2 yang lain kan?.... betapalah keciknye Gred 27 itu berbanding Gred 41 kan?.. Tapi, bagi penyandang2 jawatan Pemb. Tadbir Kesetiausahaan di seluruh negara pasti tersenyum lebar bilamana akhirnya pihak Kerajaan Malaysia mengiktiraf Diploma kami untuk dianugerahkan gred 27 berbanding hanya 17 sebelum ini.
Secara ringkasnya, sebagai makluman, sebelum ini pemegang2 Diploma Kesetiausahaan dari UiTM dan juga Politeknik akan dilantik ke jawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan dengan gred N17, iaitu sama dengan gred lepasan SPM yang menjawat jawatan Pembantu Tadbir sahaja.
Bertahun-tahun lamanya, pemegang2 Diploma Kesetiausahaan ini memperjuangkan hak utk menuntut agar diberikan gred N27, sama seperti pemegang2 Diploma yang lain.. Sebagai contoh, pemegang Diploma Pengurusan Pejabat ditawarkan gred N27 dalam perkhidmatan ataupun Diploma Kejuruteraan Elektrik ditawarkan jawatan J27.. Dalam Malaysia ni, satu-satunya pemegang Diploma yang menerima gred N17, hanyalah pemegang Diploma Sains Kesetiausahaan ini sahaja.
Selama ini, apa kerugian yang terpaksa kami telan bila hanya ditawarkan gred N17?
1. Penetapan gaji permulaan adalah P1 T15, so kami akan mati gaji lebih awal
2. Tiada perbezaan di antara lulusan SPM dan pemegang Diploma, gajinya matinya sama sahaja.
3. Gaji mati juga adalah jauh berbeza dengan pemegang Diploma yang lain.
4. Tiada peluang kenaikan pangkat ke jawatan lain.
Berkuatkuasa 1 Januari 2009, skim perkhidmatan kami telah diubah dari N17 ke N27, atau dari N22 ke N28. Nama baru pula adalah PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT.
Memandangkan aku dah mati gaji start tahun ni, so aku berhasrat untuk mengambil option pencen awal... Nampak gaya rancangan asal utk pencen awal iaitu lagi 6 tahun, terbatal dengan tiba-tiba sebab perjalanan masih jauh lagi.. ada banyak lagi tangga yang boleh didaki... Sebagai makluman, sekarang ni aku kini di P1 T24, so bila tukar skim akan ditawarkan P1 T17 atau T18 di skim baru!... yeahaaaaaaaaaaaaa.... Alhamdulillah...
Ok, inilah hadiah tahun baru yang paling bermakna untuk tahun 2010 ini... Kalau nak lebih bermakna, dapat naik Gred 41 lagi la best!.. tapi, 'man man' ye, orang kata... aturan langkah akan tetap diteruskan... Kalau ada rezeki utk aku buat Master tahun 2010 ni, bolehlah fikirkan tangga yang lain pulak nanti yea...
Abang, doakan utk ibu yea.. Terima kasih kerana sentiasa bersama kala suka kala duka... dan sering menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk terus melangkah dan berlari di pentas dunia ini... Alhamdulillah, inilah rezeki anak-anak namanya.. rezeki Iris ler nie... kan iris kan... "caaaaaaaaaaaaaaaaak!!!" (tiru gaya iris)
No comments:
Post a Comment