Hari Sabtu & Ahad, Mr Hubby sangat bz dgn urusan maha pentingnya... Namun petang Ahad itu, syukur Mr Hubby sudi luangkan masa bersama anak-anak menonton filem The Avengers di MBO BP Mall...
Kali ini, outing kami cukup meriah kerana disertai oleh 6 orang dewasa dan 15 orang kanak-kanak!!... Wow! Ternyata ukhwah sewaktu berada di tanah Inggeris berpanjangan hingga ke bumi Malaysia. Rentetan dari perkelahan di Hutan Lipur Gunung Belumut Ulu Denga, kini berpanjangan ke panggung wayang pula. Keluarga dari London, Leeds, Birmingham, Liverpool dan Nottingham mewakili hampir keseluruhan England.. Kalau ada keluarga Munzilah dari Southampton dan Azizi dari Sheffields, pasti lengkaplah kelompok besar ini hehe..
Sementara menanti waktu tayangan jam 3.10 petang, semua anak-anak dibawa ke surau BP Mall untuk menunaikan solat Zuhur terlebih dahulu..
Selesai menonton The Avengers, Mr Hubby dengan senang hati melayan Iris main kereta kontrol.. We've been trying to spend the precious hours with the children even in very short time.. Anak-anak memang dah lama tak diajak berjalan-jalan.. Bagi chance kat derang sebelum nak memerah keringat untuk berdepan dengan peperiksaan next week...
No comments:
Post a Comment