Friday, January 27, 2012

Kegilaan Pada Handbag

Aku akui, aku memang gila handbag... Tak kiralah, handbag mahal ke, handbag murah ke. Yang penting, cantik di mataku, walau tidak cantik di mata orang lain.  Rasa-rasanya kalau tiap-tiap tahun dapat hadiah handbag sempena birthday atau anniversary pun tak kisah...

Ini antara himpunan handbag yang pernah aku miliki...
DOMO : beli di Junction 28, United Kingdom

TOUCH : beli di City Centre of Nottingham

Burberry : beli di 'carboot' Trowell

CLARK : beli di Clark Village

CLARK : beli di carboot

MARK & SPENCER : beli di Junction 28

FIRINA : beli di The Store Batu Pahat

No brand : door gift semasa menghadiri kursus di Kota Kinabalu, Sabah
Tak ingat brand : beli di carboot
C&L beli di carboot Trowell


Malangnya, setiap kali aku belek handbag, mesti En.suami tak layan, malah mencebik-cebikkan bibir mengusik...

Insya Allah, next week, aku upload lagi beberapa keping gambar handbag yang tak sempat nak upload hari nie..

Di saat entri ini ditaip, aku sedang menjeruk rasa untuk membeli sebuah lagi handbag. Dengan alasan, handbag yang sedang digunakan sekarang, dah nak putus dah... Oh Tuhan... i'm so crazy of handbag...




Thursday, January 26, 2012

Fiksyen 302

Kekangan masa di Irissa Laundry membuatkan saya terbejat seketika di dalam pembacaan novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid, Fiksyen 302.  Helaian terakhir terlunas jua akhirnya jam 12.30 malam 26 Januari 2012.

Debaran di dada berhenti sudah, tanda tanya juga sudah terlerai, bibir meleret senyum kepuasan... 

Tuesday, January 24, 2012

CNY di Irissa Laundry

Cuti panjang di Tahun Baru Cina ternyata terasa sangat pendek buat saya. Dua hari pertama, saya mengisi masa dengan menyiapkan cucian karpet para pelanggan.  




Manakala dua hari berikutnya, saya bertungkus lumus menyiapkan cucian sejadah masjid yang berjumlah hampir 200 helai keseluruhannya. 
Sejadah yang belum dicuci
Sejadah sedang dijemur
Sejadah yang telah siap dicuci
Sejadah yang telah di'packing'
Antara gulungan dan lipatan karpet yang telah siap di 'packing'
Dua rak ternyata tidak mampu menampung pelbagai jenis toto/comforter  yang telah siap di'packing'

langsir/scallop yang telah siap dicuci dan di'packing'
Longgokan kain baju pelanggan menanti untuk dicuci, termasuklah pakaian kepunyaan para jemaah Masjid/Surau yang berkelana dalam menyampaikan dakwah. 






************************************************************
Hujan lebat yang turun di petang Isnin (23/2/2012) seolah-olah memberi seribu satu rahmat buat alam lantaran telah berminggu-minggu cuaca panas terik sepanjang hari. Dan saya, sebagaimana biasa sangat suka merenung titis titis hujan tanpa rasa jemu walau sesaat pun.


Alhamdulillah, Allah memurahkan lagi rezeki kami untuk membeli sebuah motokar pelbagai utiliti (MPV) untuk memudahkan kami mengangkut karpet dan toto para pelanggan. My little prince, si Ahmad lah insan yang paling gembira dengan kehadiran si hitam manis ini.  Kerap kali dia meminta ayahnya membeli sebuah kereta besar untuk keselesaan seisi keluarga. Saya sering titipkan pesan buat Ahmad, berdoalah pada Allah Ahmad, mudah-mudahan ayah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan oleh Allah untuk kita memiliki kereta idaman Ahmad... Ternyata Allah mendengar permintaan hamba-Nya yang kerdil ini. Walaupun si hitam manis ini bukan sebuah kereta yang hebat dan berprestij, namun Alhamdulillah dengan keupayaan dan kemampuan yang kami ada, objektif membelinya dapat dilaksanakan secara optimum.  Slogan kami mudah sahaja : BESAR TAPI MURAH.  Biar apa pun yang orang lain akan kata tentang pemilihan si hitam manis ini, namun kami tetap puashati dan bersyukur dengan apa yang kami ada.. Alhamdulillah...

Kurang sebulan sahaja lagi, usia penubuhan Irissa Laundry akan mencecah usia setahun.  Terbayang kesukaran sewaktu hendak menubuhkannya dahulu. Dengan kekangan kewangan, dengan cabaran yang mendatang, dengan kecetekan ilmu, bukanlah sesuatu yang mudah. Ternyata kami matang dan dewasa seiring dengan perkembangan Irissa Laundry.

Masih jelas terbayang saat-saat getir di enam bulan pertama operasi, tanpa dapat menyimpan wang keuntungan, apatah lagi gaji untuk saya.  Namun saya tetap gagahkan hati untuk meneruskan perjuangan. Bagi saya, yang paling penting, saya tiada hutang dengan bank, tiada hutang dengan pembekal mesin, dapat bayar gaji pekerja dan dapat selesaikan bil elektrik dan air saya, itu sudah cukup memadai buat saya.  Jauh di sudut hati, saya amat yakin bahawa Insya Allah setelah enam bulan beroperasi, perniagaan akan lebih stabil dan sudah boleh mula menyimpan. Ternyata, naluri saya berkata benar. Bulan ke tujuh membuahkan hasil yang sebagaimana yang saya jangkakan. Dan, sedikit demi sedikit simpanan saya mula bertambah dan berjaya menambah aset Irissa Laundry.  Kami kini mengembangkan lagi servis perkhidmatan di Irissa Laundry dengan menawarkan perkhidmatan mencuci karpet secara cucian kering.

Saya akui, saya banyak terpengaruh dengan kaedah seorang sahabat menjalankan perniagaannya. Kata-kata hikmat untuk mengasingkan wang keuntungan hasil dari perniagaan sering saya sematkan di hati. Jangan sekali-kali gunakan wang keuntungan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya 'beranak'kan wang tersebut untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Dan hari ini, saya berhasrat untuk memiliki sebuah kedai sendiri. Sebenarnya agak sukar bagi seorang yang tidak bermodal seperti saya untuk melaksanakan sebuah impian besar. Namun, kata-kata sahabat "kita perlu kreatif di dalam perniagaan" sentiasa saya sematkan di hati dan saya jadikan sebagai satu cabaran buat saya. Moga impian di awal tahun 2012 ini akan terlaksana. Moga Allah mendengar mimpi-mimpi saya.
Kemudahan internet juga disediakan di Irissa Laundry untuk kegunaan pekerja
Iris sedang membuat catatan di pintu kedai


Sunday, January 15, 2012

Irissa Laundry & Carpet Cleaning



TERBARU DI IRISSA LAUNDRY
CUCIAN KARPET SECARA CUCIAN KERING (dry clean)
Karpet lama telah lusuh dan hilang serinya?
Karpet terlalu kotor dan sukar dibersihkan?
Karpet basah terkena hujan atau banjir?

KINI TIDAK LAGI PERLU…
mencari serata ceruk kedai yang menawarkan servis mencuci karpet
menghabiskan wang yang banyak mencuci karpet
menghabiskan masa dan tenaga membersihkan sendiri karpet
menunggu terlalu lama
menghantar sendiri karpet anda

Irissa Laundry ada penyelesaiannya…
Kami mempunyai mesin karpet yang khusus untuk cucian kering
Kami boleh ambil karpet di rumah
Kami akan menghantar semula karpet yang telah bersih, wangi dan lebih lembut daripada biasa


KAMI JUGA MENYEDIAKAN 
PERKHIDMATAN MENCUCI KARPET
PEJABAT, SURAU, MASJID, RUMAH, SEKOLAH
(WALL TO WALL)

Sila hubungi 
 Puan Laily : 019-7166334
untuk keterangan lanjut
#######################


Alhamdulillah... Beribu kesyukuran ke hadrat Allah yang tidak henti-henti melimpahkan rezekinya kepada hamba-Nya yang sentiasa berusaha tanpa jemu, yang tidak putus-putus berdoa, yang redha dan pasrah dengan apa jua dugaan yang melanda....

Setelah 11 bulan beroperasi, Irissa Laundry kini melebarkan lagi perkhidmatan dengan menawarkan perkhidmatan mencuci karpet secara 'dry cleaning'... Berkat mengumpul wang keuntungan secara berdikit-dikit, Alhamdulillah dapat juga Irissa Laundry menambah aset perniagaannya... Walaupun kami masih baru dalam bidang ini, Insya Allah berkat usaha keras dan sungguh-sungguh ini, Insya Allah Allah akan permudahkan laluan untuk kami. Buktinya, sejak adanya mesin karpet ini, tidak henti henti pelanggan menghantar karpet untuk dicuci. Dan kami menjangkakan jumlah ini akan meningkat menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti. Dan syukur juga, cuaca sekarang amat baik, panas setiap hari. Ini memudahkan lagi kerja-kerja kami mengeringkan karpet yang telah dicuci.

Karpet yang sedang menanti giliran untuk dicuci

Karpet yang belum dicuci

Selepas dicuci


Irissa Laundry : January 15, 2012
pelbagai toto

kawasan jemuran

kawasan jemuran

Ada juga yang hantar 'soft toy' dan juga bantal




Saturday, January 14, 2012

14 Januari Datang Lagi

Setiap tahun, bila tiba tarikh 14 Januari, aku akan jadi sangat sentimental.. Sebab tarikh 14 Januari lah kami sekeluarga meninggalkan tanah England.. Setiap kali itu jugalah, perasaan aku akan jadi bercampur baur. Satu-satunya blog kawan yang ada meletakkan entry tentang kepulangan kami ke tanahair hanyalah blog Izan..
http://mrshenri.wordpress.com/2009/01/14/tata-iris/
(Izan, akak mohon kebenaran publish kat blog akak yer.. Agar ianya menjadi kenangan terindah untuk kami sekeluarga)

Tahun ini tanggal 14 Januari, aku cuba membuat sesuatu untuk maju setapak lagi ke hadapan. Bak kata orang, dalam perjalanan kita menuju ke hujung jalan, ada kalanya kita perlu juga menoleh ke belakang, mengenang dan mengimbau kembali memori silam. Namun, langkah pasti perlu terus diatur utk kehidupan yang lebih bermakna untuk kita..

Bermula 14 Januari 2012, Irissa Laundry kita melebarkan lagi sayapnya dengan menawarkan perkhidmatan mencuci karpet secara 'dry cleaning' pula. Kami boleh mencuci karpet rumah, surau, masjid, sekolah mahupun pejabat.

Insya Allah, entry mengenai cucian karpet akan ditulis di entri khas nanti...

Thursday, January 5, 2012

Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing, Johor

19 - 21 Disember 2011 yang lalu, kami staf Pejabat Antarabangsa UTHM telah mengadakan bengkel di Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing, Johor.

Tanjung Leman yang terletak lebih kurang 140km dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja bukanlah satu tempat yang asing bagi saya kerana sering ke rumah makcik saya di Felda Tenggaroh 1. Untuk makluman, Felda Residence Tanjung Leman terletak di penghujung Felda Tenggaroh, berhampiran Felda Tenggaroh 2 iaitu kira-kira 25km dari simpang Felda Tenggaroh.

Kali pertama saya menjejakkan kaki ke pantai Tanjung Leman ialah sekitar tahun 1989.  Sewaktu zaman kecil saya dahulu, setiap kali cuti sekolah, ayah saya suka membawa kami sekeluarga bercuti di pantai. Pantai Lido, Pantai Port Dickson, Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Teluk Cempedak merupakan destinasi percutian wajib setiap kali cuti sekolah menjelma. Pantai Tanjung Leman walaupun terletak amat jauh dari kampung kami di Parit Sulong, iaitu kira-kira 150km ini kami kunjungi ketika berpeluang menziarahi makcik di Felda Tenggaroh 1.  Masih jelas di ingatan, percutian ke Tanjung Leman merupakan percutian terakhir kami bersama aruah Abang, Mohd. Fauzi Samsudin. Abang pergi meninggalkan kami pada tahun 1990 kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya.

Laluan Kota Tinggi - Mersing juga bukan satu laluan asing bagi saya kerana saya pernah beberapa kali melalui laluan ini untuk berulang alik ke Maktab Rendah Sains Mara, Mersing.  Ini juga merupakan laluan utama kami untuk pulang ke kampung ibu mertua di Jerantut, Pahang.

Bagi mereka yang belum pernah sampai ke sini, pastinya merasakan satu azab yang besar kerana perlu menempuhi satu laluan panjang yang berbengkak bengkok. Lebih-lebih lagi bila di kiri kanan jalan hanya dipenuhi oleh rimbunan pohon kelapa sawit di sepanjang perjalanan.  Namun, sebaik sahaja sepasang mata tertumpu kepada hamparan lautan di depan mata, segala keletihan pasti terbang melayang di bawa bayu laut yang ternyata tidak pernah berhenti berhembus.

Felda Residences Tanjung Leman yang ditubuhkan sekitar Januari 2011 merupakan resort ke enam milik penuh Felda Travel Sdn. Bhd. selepas Felda Residence Hot Springs, Trolak, Tekam, Kuala Terengganu dan Sahabat.  Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan informasi yang lebih detail, boleh melayari laman web berikut

Saya juga ingin berkongsi di sini sedikit gambar sekitar Felda Residence Tanjung Leman untuk gambaran yang lebih jelas.

Reception


Lobi Felda Residence Tanjung Leman

Swimming pool


Standard room


Setelah puluhan tahun tidak ke sini, rupa-rupanya sudah ada 
restoran makanan segera KFC di jeti Tanjung Leman.


Berdiri di sini, membuatkan hati berbunga riang, walaupun terbit juga rasa gundah melihatkan ombak yang kadang kala menggulung tinggi, namun pantai, ombak, buih dan bayu tidak pernah gagal memberikan saya ketenangan dan ilham. Sungguh cantik ciptaan Allah, Subhanallah, di dalam hati tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran.

Layar 2012

Happy New Year 2012!!!..

Moga belum terlewat utk saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua.. Lama sungguh blog nie terbiar.. Ternyata sejak adanya 'facebook', tumpuan penulis lebih ke arah sana. Bukan mahu meminggirkan blog, tetapi facebook ada tarikan tersendiri, fungsi dan halatujunya juga berbeza dengan blog. Takpela, di lain entry kita cerita mengenai facebook dan blog..

Hari ini sebagai pembukaan layar lebar 2012, saya nak kongsikan beberapa peristiwa penting dalam perkhidmatan saya.. (chewah, penting la sangat..:))

Bermula 1.1.2012, semua penjawat awam diberi pilihan untuk memilih Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan skim sedia ada, Skim Saraan Malaysia (SSM). Saya memutuskan untuk menandatangani opsyen untuk bersetuju menerima tawaran SBPA. Manakala untuk pilihan pencen pula, saya memutuskan untuk memilih persaraan wajib 60 tahun.

Bermula 1.1.2012 juga, kami di Pejabat Antarabangsa menerima Pengarah yang baru. Pengarah lama telah tamat tempoh pada 31.12.2011 yang lalu. Kami baru sebulan berpindah ke bangunan baru. Dalam masa sebulan, Pengarah lama bertungkus lumus merancang susun atur pejabat baru dan membeli pelbagai peralatan pejabat untuk memudahkan pengurusan operasi pejabat dan juga untuk keselesaan pekerja. Datang Pengarah yang baru, sekali lagi kami akan berpindah pejabat ke bangunan bersebelahan pejabat sedia ada. Sekali lagi, beberapa pindaan dan ubahsuai akan berlaku. Nampak gayanya, memang tak habis habis mengemaslah kami jawabnya.

Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR) Bagi Persaraan Wajib http://www.jpapencen.gov.my/cetak_wajib.html
(pengiraan untuk pencen wajib 60 tahun belum diprogramkan lagi.. Berdasarkan kiraan 58 tahun, bolehlah agak2 berapa habuan kalau pencen 60 tahun yer...:))