Cuti panjang di Tahun Baru Cina ternyata terasa sangat pendek buat saya. Dua hari pertama, saya mengisi masa dengan menyiapkan cucian karpet para pelanggan.
Manakala dua hari berikutnya, saya bertungkus lumus menyiapkan cucian sejadah masjid yang berjumlah hampir 200 helai keseluruhannya.
|
Sejadah yang belum dicuci
|
Sejadah sedang dijemur |
|
|
Sejadah yang telah siap dicuci |
|
Sejadah yang telah di'packing' |
|
Antara gulungan dan lipatan karpet yang telah siap di 'packing' |
|
Dua rak ternyata tidak mampu menampung pelbagai jenis toto/comforter yang telah siap di'packing' |
|
langsir/scallop yang telah siap dicuci dan di'packing' |
|
Longgokan kain baju pelanggan menanti untuk dicuci, termasuklah pakaian kepunyaan para jemaah Masjid/Surau yang berkelana dalam menyampaikan dakwah.
************************************************************ |
Hujan lebat yang turun di petang Isnin (23/2/2012) seolah-olah memberi seribu satu rahmat buat alam lantaran telah berminggu-minggu cuaca panas terik sepanjang hari. Dan saya, sebagaimana biasa sangat suka merenung titis titis hujan tanpa rasa jemu walau sesaat pun.
Alhamdulillah, Allah memurahkan lagi rezeki kami untuk membeli sebuah motokar pelbagai utiliti (MPV) untuk memudahkan kami mengangkut karpet dan toto para pelanggan. My little prince, si Ahmad lah insan yang paling gembira dengan kehadiran si hitam manis ini. Kerap kali dia meminta ayahnya membeli sebuah kereta besar untuk keselesaan seisi keluarga. Saya sering titipkan pesan buat Ahmad, berdoalah pada Allah Ahmad, mudah-mudahan ayah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan oleh Allah untuk kita memiliki kereta idaman Ahmad... Ternyata Allah mendengar permintaan hamba-Nya yang kerdil ini. Walaupun si hitam manis ini bukan sebuah kereta yang hebat dan berprestij, namun Alhamdulillah dengan keupayaan dan kemampuan yang kami ada, objektif membelinya dapat dilaksanakan secara optimum. Slogan kami mudah sahaja : BESAR TAPI MURAH. Biar apa pun yang orang lain akan kata tentang pemilihan si hitam manis ini, namun kami tetap puashati dan bersyukur dengan apa yang kami ada.. Alhamdulillah...
Kurang sebulan sahaja lagi, usia penubuhan Irissa Laundry akan mencecah usia setahun. Terbayang kesukaran sewaktu hendak menubuhkannya dahulu. Dengan kekangan kewangan, dengan cabaran yang mendatang, dengan kecetekan ilmu, bukanlah sesuatu yang mudah. Ternyata kami matang dan dewasa seiring dengan perkembangan Irissa Laundry.
Masih jelas terbayang saat-saat getir di enam bulan pertama operasi, tanpa dapat menyimpan wang keuntungan, apatah lagi gaji untuk saya. Namun saya tetap gagahkan hati untuk meneruskan perjuangan. Bagi saya, yang paling penting, saya tiada hutang dengan bank, tiada hutang dengan pembekal mesin, dapat bayar gaji pekerja dan dapat selesaikan bil elektrik dan air saya, itu sudah cukup memadai buat saya. Jauh di sudut hati, saya amat yakin bahawa Insya Allah setelah enam bulan beroperasi, perniagaan akan lebih stabil dan sudah boleh mula menyimpan. Ternyata, naluri saya berkata benar. Bulan ke tujuh membuahkan hasil yang sebagaimana yang saya jangkakan. Dan, sedikit demi sedikit simpanan saya mula bertambah dan berjaya menambah aset Irissa Laundry. Kami kini mengembangkan lagi servis perkhidmatan di Irissa Laundry dengan menawarkan perkhidmatan mencuci karpet secara cucian kering.
Saya akui, saya banyak terpengaruh dengan kaedah seorang sahabat menjalankan perniagaannya. Kata-kata hikmat untuk mengasingkan wang keuntungan hasil dari perniagaan sering saya sematkan di hati. Jangan sekali-kali gunakan wang keuntungan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya 'beranak'kan wang tersebut untuk mengembangkan lagi perniagaan.
Dan hari ini, saya berhasrat untuk memiliki sebuah kedai sendiri. Sebenarnya agak sukar bagi seorang yang tidak bermodal seperti saya untuk melaksanakan sebuah impian besar. Namun, kata-kata sahabat "kita perlu kreatif di dalam perniagaan" sentiasa saya sematkan di hati dan saya jadikan sebagai satu cabaran buat saya. Moga impian di awal tahun 2012 ini akan terlaksana. Moga Allah mendengar mimpi-mimpi saya.
|
Kemudahan internet juga disediakan di Irissa Laundry untuk kegunaan pekerja |
|
Iris sedang membuat catatan di pintu kedai |
No comments:
Post a Comment