Saturday, January 28, 2012

Kisah tas tangan

Sudah hampir seminggu aku melilau-lilau di Summit Parade, di Parkson Square One dan juga di Pacific BP Mall meninjau-ninjau handbag. Setiap kali aku belek handbag, pasti En.Suami dan Ahmad lari jauh-jauh, malas nak layan.

Pernah juga aku suarakan pada En.suami,
"bang, abang nampak tak isteri kawan abang tu? Pakai handbag COACH bang... tu mesti suami dia belikan..."
"branded ke handbag coach tu?
"branded la bang.. dari US..."
"takpe la bu.. membazir jer beli handbag mahal-mahal..."

Walaupun sedih, tapi bila aku kenang-kenangkan balik, betul juga kata-kata En.suami.. Kalau ada duit RM1,000 sanggup ke aku beli handbag coach? Rasa-rasanya baik aku bagi kat mak duit RM1,000 tu kan?.. Dah la sekarang ni tiap-tiap bulan pun tak mampu nak bagi mak seribu ringgit.. kalau sampai satu masa nanti, tiap2 bulan aku boleh permanently bagi mak duit seribu, mungkin aku akan fikirkan untuk beli handbag coach pulak lepas ni.. Insya Allah...

Semalam (Jumaat), aku beranikan diri buka mulut kepada En.Suami
"Bang, malam ni lepas maghrib, kita gi BP Mall heh?"
"Ada apa?"
"Nak beli handbag.."
"Abes tu, handbag yang banyak banyak tu nak buat apa?"
"Alaaa, dah koyak, ada yg dah nak putus tali, ada yg dah buruk.."
"Abes tu, kalau beli yg baru, yg lama lama ni boleh buang ke?"
"Eh! Mana boleh bang.. Semua handbag tu ada sejarah tersendiri... Tak boleh buang...sayang..."

Dan, tanpa disangka-sangka, En.suami setuju nak temankan ke BP Mall, cari handbag! Yahuuuuuuuuuuuu.....

Sejujurnya, aku memang nak cari handbag yang murah-murah jer.. Cukuplah untuk dibawa melasak ke pejabat. Bajet untuk handbag kali ni pun ciput jer.. Mungkin tak ada yang percaya, aku bajet cuma RM60 jer!.. Dan bila sampai di Pacific BP Mall, banyak handbag yang aku berkenan, harganya sangat tidak menepati bajet yang aku peruntukkan... Aku keluar masuk BP Mall dan berulang alik ke Carlo Rino pula. Kalau Sembonia pun dah macam harga Carlo Rino, baik aku ambil CR jer.. Sebab, memang dari dulu teringin nak ada handbag CR.

Masih belum bertemu idaman hati, aku putuskan untuk makan malam dulu di Chicken Rice Shop. Selesai makan, En.suami ajak masuk Carlo Rino. Beriya-iya dia suruh aku ambil Carlo Rino.. Aku cakap, bajet cuma bawah seratus jer bang.. Mana dapat CR.. Sudahnya, aku ajak En.Mus masuk Pacific semula.

Belek punya belek, pilih punya pilih, masih  belum dapat idaman hati.. En.suami tanya, nak carik handbag yg mcmaner? Jawapan aku mudah jer, "nak yang murah, tapi nak leather dan ada compartment".. Tiba-tiba En.suami bawakan 2 handbag untuk aku pilih.. Ternyata pilihan En.suami benar-benar memenuhi citarasa aku. Tapi bajet dah melebihi dari yang sepatunya tapi masih reasonable lagi lah!.. Bajet untuk kasut nampaknya terpaksa pegi ke handbag nie.. So, tanpa membuang masa, kami terus pegi ke kaunter bayaran. Sedang aku sibuk nak keluarkan duit untuk bayar, En.suami pun keluarkan duit juga.. Dan sungguh aku tak menyangka Allah mendengar mimpi aku, aku bajetkan cuma RM60, dan ternyata aku cuma perlu keluarkan duit Rm60 sahaja... Kerana selebihnya dibiaya oleh En.suami!!!... Oh sayang, tq tq tq mr hubby!!!...

Dalam perjalanan pulang, barulah En.suami buka cerita, dia baru jer dapat cek. Patutlah beriya-iya suruh aku ambil Carlo Rino.. Arrrrgh menyesal gila tak ambil CR!!!... Lain kali, kalau orang offer tu, jangan tunggu-tunggu lagi, rembat jer terus sebelum dia ubah fikiran!.. Sampai skrg aku masih terkenang-kenangkan  si Carlo Rino... Tapi, aku dah sempat bagi hint "birthday nanti, nak hadiah handbag Carlo Rino!!" hahaha.. boleh gitu?




1 comment:

  1. baru p jalan jj semalam.. berkenan ngan new purse from carlo rino.. cun sgt~~~

    ReplyDelete