Tuesday, January 31, 2012

Mimpi : Mainan tidur atau fantasi?

Malam tadi, aku bermimpi aku menyertai program Masterchef dan aku dapat masuk ke final bersama seorang lagi peserta. Hidangan aku malam itu ada 3 hidangan, hidangan yang pertama aku tak ingat, yang kedua asam pedas ikan mayong, dan yang ketiga kami perlu sediakan satu pencuci mulut.. sangat pelik pencuci mulut ni, sbb diperbuat dari keropok.. Ntah la aku pun musykil, sehinggakan ada para penyokong kami, yang tolong dapatkan dulu bahan utama tu, then serahkan pada kami untuk diolah... kelakar pun ada...hehehe...

Dalam pertandingan itu, apa yang aku masak serba tak menjadi. Aku ajar lawanku cara-cara masak asam pedas, tapi untuk hidangan aku sendiri byk elemen yang aku lupa hehe.. Sehinggakan ikan pun aku lupa nak masukkan dalam kuah, dah nak mendidih baru teringat nak masukkan ikan.. lawak kan?..

Lepas tu, masa nak buat hidangan ketiga, kami tunggu supporters yang tolong carikan bahan utama.. Bila supporters sampai, ingatkan bawak keropok, rupa-rupanya tahu kering atau ada juga orang panggil 'pucuk'.. Kelam kabut jugalah nak fikir apa pencuci mulut yang boleh dibuat dengan tahu kering.. Masa tu suasana dah jadi kecoh sbb suppporters pun sibuk hulur tangan beri bantuan pada peserta. Aku dah jadi hilang arah, sorang datang, tolong hias pinggan untuk ikan, tapi datang pulak sorang lagi alih ikan kat pinggan lain.. aku jadi kelam kabut tak tau nak ikut yang mana satu.. hidangan dah jadi bercampur-campur dah.. hiasan pun dah jadi caca marba. supporters contestant aku datang jengah hidangan aku. Dia kata, hidangan peserta yang sorang lagi tu lagi menarik dan sedap. Sejujurnya jauh di sudut hati, aku rasa sungguh kerdil sebab peserta tu jauh lebih muda dari aku dan aku yang banyak ajar dia tapi at the end, aku punya yang tak sempurna...

Aku terjaga dari tidur bila terdengar Mus balik dari PALAPES..
hahahahahaa.. nak gelak la kuat-kuat... boleh bikin novel lah, kalau mimpi yang bukan-bukan nie..

Sambung tidur, mimpi lain la pulak.. Mimpi ni memang best.. Aku mimpi aku pegi UK lagi sekali, dengan Farah Zul pulak tu.. pelik betul.. Nak gelak lagi la kuat-kuat hahaha.. Aku asyik check-in kat iphone jer setiap kali sampai di satu satu lokasi.  Aku rasa, sejak balik dari UK, dah lebih 10 kali aku mimpi aku pegi UK lagi.. Kalaulah mimpi kan jadi kenyataan, mesti best kan..

ok cukup,cukup... keje...keje..keje.. Banyak keje nak diselesaikan hari nie.. Walaupun bos takde, kerja-kerja pejabat berderet panjang nie...


6 comments:

  1. ko mmmg kuat berangan la ly..hehe..tp kan kalo aku dpt mimpi yg ke 2 tu best..hari2 pon tak pe...tp dah setaun lebih aku balik ni..rasanya lom sekalipun aku mimpi balik uk...arghhh rindunya...moga2 anak2 nnt dpt g memana..dpt ler kita tumpang sekaki kan ly

    ReplyDelete
  2. waaaa...masuk dlm mimpi ko la kak..mesti siangnyer ko dok igt kt aku ek..hahaha..patut le smlm aku rasa lain mcm je..aku plak br pas baca entry ko pasal pasar karat tu..dok berangan ala2 carboot..plan dah dgn zul balik BP nnt nk gi pasar karat tu..ape pun life kt UK adalah yg paling BEST!!!!!

    ReplyDelete
  3. hehehehe kakcahaya... kalau boleh tiap2 hari pun nak mimpi ke UK... tula tie.. slalu titipkan pesan buat anak2 belajarlah pandai-pandai sampai ke UK, boleh ler ibu dan ayah dtg visit..hehehe...

    ReplyDelete
  4. hehehe farah.. ntah ler tetiba jer mimpi ko ngan zul ngan princes hana... kita naik MPV ramai-ramai round Uk.. best farah...hehehe...

    sila sila sila pegi pasar karat... kedai tak banyak tapi syok tgk ramai org.. lagipun hari ahad kan, so terasa mcm suasana carboot kat UK hehehe...

    ReplyDelete
  5. wahh.... meriah di sini!!!!!! Tumpang kemeriahan sekaki... hu..hu... nak pi UK lagi!


    sevendrops

    ReplyDelete
  6. huhu.. yerla kaknas.. everytime ckp psl Uk, msti hiba jer rasa.. nak naaaaaaak sgt pegi sana lagi..

    ReplyDelete