TERATAK MUSLAILY.... Love of my life ~ pieces of a moment in my life ... The place for me to show all my love to my family, my lovely hubby MUSTAFA KAMAL, my little-princess LIYANA AMNANI, my little-prince AHMAD QAMARUL and my little-angel IRIS MARISSA.
Wednesday, February 1, 2012
Diari Supermak
Seawal jam 5 pagi, supermak sudah terjada dari tidur lantaran 'alarm' iPhone supermak sudah menjerit-jerit membingitkan telinga.
5.30 pagi : setelah puas bermain tarik tali dengan alarm iphone, akhirnya supermak berjaya juga turun dari katil jam 5.30 pagi
6.00 pagi : setelah solat subuh, supermak terus menghidupkan enjin mesin karpet dan bermulalah episod 'carpet cleaning' supermak.
(jika subuh masuk lewat, supermak akan set up peraltaan dulu, then baru solat. Selesai solat Subuh, barulah supermak sambung mencuci karpet)
7.00 pagi : supermak berhenti mencuci karpet dan akan diteruskan oleh pembantu supermak
7.15 pagi : supermak bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Kalau supermak rajin, sewal jam 7.35 pagi suparmak sudah menghidupkan enjin kereta menuju ke tempat kerja, tapi kalau supermak tak rajin, kadang-kadang jam 7.50 pagi barulah supermak keluar dari rumah.
8.00 pagi - 1.00 petang : supermak fokus pada kerja-kerja supermak di ofis.
(oh!ya, antara jam 9 ke 9.30 pagi adalah waktu supermak berfoya-foya keluar breakfast dengan kawan2 ofis..hehe)
1.00 petang : supermak keluar dari ofis untuk mengambil anak di sekolah
1.15 petang : anak supermak keluar dari sekolah
1.30 petang : sampai di rumah supermak... layan anak-anak makan dan main guling-guling dengan Iris
1.50 petang : supermak bergerak semula ke sekolah untuk mengambil kakak pula.
2.00 petang : kakak keluar dari sekolah dan hantar kakak balik rumah
2.10 petang : sampai semula di rumah. Selepas turunkan kakak, supermak terus pecut ke tempat kerja semula
2.25 petang : supermak masuk ofis semula dan fokus pada kerja sehingga jam 6.00 petang
6.00 petang : setelah solat Asar, barulah supermak keluar dari tempat kerja. Memang supermak sengaja lewatkan waktu balik sebab supermak nak cover mana-mana jam yang supermak mengular, masuk lewat ataupun keluar minum
6.10 petang : supermak singgah ke pasar dulu, belanja barang dapur, lauk pauk dan sayur-sayuran. Kadang-kadang, sampai 2-3 kedai supermak kene singgah sebab ada barang yang supermak nak cari, tiada di kedai pertama
6.40 petang : supermak ambil anak2 di sekolah agama
6.45 petang : tiba di rumah dan bermulah episod sengseng lengan supermak. Biasanya dalam 40-50minit siaplah tugasan memasak supermak. Dan kebiasaannya, supermak akan masak lebih supaya lauk malam ini boleh dibawa ke tengahari esok.
7.30 petang : supermak segera bergegas untuk mandi, solat maghrib dan ajar anak-anak mengaji.
8.30 malam : makan malam
9.00 malam : supermak akan berehat-rehat di depan televisyen sambil ber'fb'. Anak-anak pula akan naik ke atas untuk buat homework atau latihan. Kebiasannya ayah yang akan pantau kerja-kerja sekolah anak-anak
10.00 malam : supermak akan ajak Iris tidur
Begitulah rutin supermak setiap hari.. Cuma kadang-kadang, kalau tak penat sangat supermak akan tidur sekitar jam 12 untuk mengaji atau baca novel
Sementara itu, jadual weekend supermak memang sangat padat. Supermak akan berada di kedai dobi ataupun bergerak ke hulu ke hilir menghantar atau mengambil karpet atau toto
Dan kadang-kadang, bila perlu, weekday pun supermak perlu memecut balik ke Pt. Sulong. Itu yang menjadikan kadang-kadang jadual supermak tersasar terus dan kadang-kadang supermak tukar waktu memasak, supermak masak waktu pagi sebelum keluar bekerja
Namun supermak gembira dengan kehidupan supermak. Kalau orang lain tak boleh nak bersama-sama susah dan senang bersama supermak, its fine.. Supermak akan uruskan semuanya sendirian. Supermak dah berusaha untuk mengubah nasib mereka, tapi kalau mereka sendiri tidak bersungguh-sungguh berusaha untuk berubah, supermak tidak berdaya untuk berbuat apa-apa lagi dah.. Supermak sudah habis daya dan idea. Terpulang kepada mereka untuk menentukan jalan hidup mereka. Supermak tidak akan ambil peduli lagi. Sudah banyak kali supermak beri peluang, namun kekecewaan demi kekecewaan yang supermak terima.
Ingin supermak katakan di sini, tiada jalan pintas untuk berjaya. Tidak ada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha dan kerja keras. Kalau terasa dan tak mahu nak bersama supermak dan nak bual hal sendiri, sedikitpun supermak tidak akan menghalang
Supermak dah banyak kali pesan, kalau dapat duit loan tu, jangan di'ompak-ompakan'kan, sebaliknya 'beranak'kan duit itu, jadikan modal perniagaan. Kalau tidak mahu bersama supermak, boleh jalankan sendiri, supermak tidak akan ganggu langsung. Tapi, supermak kecewa bila wang habis, satu bisnes pun tak jalan, malahan setiap bulan perlu menanggung hutang pula.
Supermak kadang-kadang kasihan, impian besar, angan-angan tinggi, hajat juga menggunung, tapi cara tidak pernah betul. Berkali-kali ditegur dan dinasihat namun ibarat mencurah air di daun keladi. Dan sampai satu saat, supermak dah tawar hati, langsung tidak mahu ambil tahu. Lantaklah apa mereka nak buat, atau apa mereka nak buat, atau bagaimana mereka nak mencorak kehidupan mereka. Supermak tidak akan ambil tahu, itu janji supermak..
Supermak juga nak pahatkan kekecewaan supermak bilamana setiap kali supermak buka mulut untuk menegur, perang besar pasti akan meletus. Supermak selalu dianggap buruk dan busuk sedangkan niat supermak adalah baik. Kadang-kadang supermak cuma suarakan apa yang supermak tak suka atau tak berkenan tapi natijah dari tindakan supermak itu ternyata hanya memakan diri. Hati sakit, kepala pusing dan silaturrahim juga turut terjejas. Sehinggakan supermak ambil keputusan untuk tidak mahu bercakap apa-apa lagi. Bagi supermak berdiam diri itu lebih baik daripada bersuara, jika bersuara hanya akan mengeruhkan suasana, takut perang lagi besar akan meletus. Walaupun mata sakit, hati sakit, namun apakan daya, supermak memang langsung tidak berupaya untuk menegur.
Ini catatan pada 1 Februari 2012... sekadar melepaskan keluhan di hati...
Sekarang ni pembantu supermak sudah mahir menguruskan mesin karpet.. so, supermak dah boleh rehat banyak.. Alhamdulillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment