Friday, January 27, 2012

Pasar Karat Batu Pahat

Dahulu saya sering tertanya-tanya apa yang orang sibuk perkatakan tentang Pasar Karat. Terbit keinginan di hati untuk melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan Pasar Karat itu...

Kebetulan di satu hari minggu, 8 Januari 2012, saya berada di kampungku yang permai Parit Sulong. Sebagaimana hari hari minggu yang biasa, mak akan ke Masjid Batu Pahat untuk kelas agamanya. Dan pagi itu, mak meminta bantuan kami untuk menghantarkannya ke Batu Pahat.  Oleh kerana Masjid Batu Pahat terletak sangat hampir dengan kedudukan Pasar Karat yang asyik bermain-main di bibir, aku memohon keizinan En.Suami untuk singgah sebentar di pasar tersebut.

Rupa-rupanya Pasar Karat Batu Pahat umpama carboot di UK. Cuma-cuma barang-barang serta harganya langsung tidak dapat menandingi barangan carboot UK.. Rindunya dengan carboot UK, dengan barang-barangnya, harganya, cuacanya....arggghhh segala-galanya lah!!... 

Pasar Karat Batu Pahat terletak di Jalan Idrus, berhampiran dengan pasar basah Batu Pahat. Dibuka setiap pagi Ahad seawal jam 7.00 pagi hingga tengahari. Pengunjung sentiasa ramai, tidak putus-putus memeriahkan Pasar Karat ini. Kebanyakan barang merupakan barangan terpakai yang dibawa masuk dari negara jiran Singapura. Boleh dikatakan umpama Mini Rengitlah juga.





3 comments:

  1. MARI BERKULIAH BERSAMA SAMA ...
    www.alkuliahforall.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. at least xpyh baya tiket mhl g UK. cinatilah negara sendiri. kalau x cinta jgn duk kat malaysia.

    ReplyDelete
  3. Perlu ke nak samakan dgn UK.ad0yai

    ReplyDelete