Bila belek belek digital camera ni, baru terperasan gambar2 yg disnap oleh hubby pada 19 & 20 Mac 2009 yang lalu...
Pagi 19 Mac tu, hantar hubby ke tol Air Hitam. Dah janji dengan Iko & Izan yang bergerak dari Johor Bahru. Actually, plan asal Mus yang akan bertolak ke Melaka, tapi malam tu Iko/Izan terpaksa bergegas pulang ke Johor Bahru kerana ayahanda Izan diserang stroke. Dari Air Hitam, mereka kemudiannya singgah sebentar ke Melaka utk bersiap2 ke Port Klang...
Di hentian rehat Dengkil...
Motif snap gambar sate kajang samuri ni kes nak jeleskan mummyiris ler nie.. ceh!!!..
dah sampai di pejabat agen - ALI... berdebar2 nak jumpa buah hati...
cuaca hari baik.. mudah2an mood Pengarah Kastam tu pun sebaik cuaca hari ini...
menanti Pengarah Kastam dengan doa tak putus putus di hati agar banyak diskaun yang akan diberi hari ini...
bersama keluarga Iko...
bermalam satu malam di rumah kakak Iko.. urusan pengeluaran kereta hanya boleh dibuat esok hari...
tak sabar nak jumpa buah hati...
"ishhhh manalah derang letak lesi aku nie?"
lambakan kereta mewah yang belum dituntut...
dah nampak!!! dah nampak!!!
pemilik lesi tersenyum lebar, kerinduan pada lesi ternyata begitu membara setelah lebih 2 bulan tidak bersua..
apa-apa hal, buah hati nak bersiram dulu.....
ambooooooooi... lebarnya senyum.....
sayonara rumah tumpanganku... terima kasih kerana menumpangkan aku barang seketika di sini...
selamat tiba di Parit Sulong jam 8.00 malam 19hb Mac 2009... Alhamdulillah...
tapi, ada lagi urusan yang tak selesai... No. enjin tak dapat dikesan oleh pihak kastam... So, pada 4 April 2009 ke pusat servis BMW di Batu Pahat, untuk cuci enjin.. Alhamdulillah, no enjin dah nampak.. Kalau tak nampak jugak setelah enjin dicuci alamatnya panjang lagi lah urusannya.. perlu cop semula enjin di Auto Bavaria nuuuuuuuuun di KL sana... dan dengarnya makan ribu ribu jugak... ALhamdulillah dah nampak,tapi hubby lom ada masa nak ke Port Klang semula utk pengesahan no enjin... Selepas dapat pengesahan tu baru boleh hantar ke PUSPAKOM then barulah boleh register di JPJ... hai... buah hati masih cop Britain lagi, belum dapat warganegara.. sabar yea dik... hehehe...