Bosan bosan bosan...
pelik kan macamana masyarakat di UK boleh begitu berhemah di jalanraya... kereta yg sedang memandu di jalan utama, boleh berhenti memberikan kita laluan untuk keluar simpang... nampak saja lintasan pejalan kaki, akan perlahankan pemanduan dan terus berhenti bila ada orang nak melintas jalan... di jalan2 yg sempit boleh memberhentikan kereta dan menyalakan high beam sebagai isyarat kepada kereta di depan untuk meneruskan pemanduan... di roundabout boleh beratur panjang tanpa memotong queue dan banyak lagi...
berbeza, sangat2 berbeza dengan pemandu2 di Malaysia... pantang ada ruang di sebelah kiri, mesti cilok jgn kasi peluang!.. biarlah tergolek org yg nak melintas jalan tu, tak terlintas langsung nak bagi laluan... biarlah berderet panjang kereta yg nak keluar simpang tu, tunggulah korang sampai hari malam baru keluar simpang, janji aku cepat sampai dan macam2 lagi...
yang bosannya kenapa yer, org2 kita yg memandu di luar negara (kajian kes dalam kisah ini ialah UK) boleh menjadi begitu berhemah, boleh memberikan laluan kepada kereta di hadapan jalan dulu di jalan yang sempit, boleh juga beratur panjang di roundabout dan mcm2 lagi, tapi bila dah balik semula ke tanahair tercinta sifat panas baran di jalanraya muncul semula? hairan kan? pelik pelik pelik dan bosan bosan bosan... hampir 8 or 9 tahun menahan nanah di telinga mendengar bebelan, makian dan rungutan pemandu di sebelah menyalahkan pemandu2 yg tidak berhemah di luar sana, dan setelah begitu tenang duduk di seat lebih 2 tahun lamanya tanpa sebarang makian dan kini mula bernanah kembali...
bosan bosan bosan
No comments:
Post a Comment