What will you do if your son is so hyper hyper active?
Hari ini, sebutir mangkuk portmeirionku telah pecah angkara cik mat yg melenting tak abis abis.. Kejadian berlaku awal pagi tadi ketika kedua-dua beradik ini sedang menikmati sarapan pagi cereal ASDA dan 'fresh milk' ASDA. Setelah habis semangkuk cereal dimakan oleh Ahmad, Ahmad dikatakan sedang cuba bangun dari kerusi tapi dalam keadaan yang main-main dan tidak berhati-hati. Mangkuk yang masih ada sedikit sisa cereal dan susu dipercayai dilanggar oleh tangan Ahmad sewaktu Ahmad berusaha menahan diri ketika cuba bangun dari kerusi. Baju putih habis bersalut cokelat, sementara mangkuk jatuh berderai di lantai... Mujur Ayah yang baru siap menyidai pakaian di luar dalam mood yang agak baik pagi ini, so selamatlah Ahmad dari menjadi mangsa amarah... Yang menjadi mangsa kemarahan ialah mummy yg langsung tidak dibenarkan menggunakan pinggan mangkuk port meirion lagi selepas ini sebaliknya diminta menukarkannya dengan pinggan mangkuk plastik dua ringgit sahaja... Di dalam hati terbetik, mujurlah mangkuk yang pecah itu, mangkuk sepound.. andainya apple harvest ku yg menjadi mangsa perpecahan itu, mau juga kutangankan si ahmad... ahmad menikus dan muka pun pucat lesi takut takut kalau kena bantai.. tapi, apa yg aku dapat kalau ahmad dibelasah sekalipun, bukannya mampu untuk mencantumkan semula pinggan yang telah berderai... lalu, conclusionnya... lebih baik berdiam diri sahaja... sepanjang dalam kereta menuju ke sekolah, syarahan agama pun bermula sementara ahmad membisu seribu bahasa, menyesali apa yang telah berlaku... dan mari kita lihat selama mana Ahmad boleh diam dan berhemah setelah kejadian pagi tadi...
No comments:
Post a Comment