Monday, February 8, 2010

Tak tanya tak menang

Di radio Era sekarang ni tgh sibuk dengan Lelaki Misteri Era yang menawarkan hadiah ribuan ringgit kepada pendengar era yang berjaya mengesannya di tempat-tempat tertentu yang akan diberi 'clue'nya setiap hari.. Lelaki ini sering berpesan "Kalau anda tak tanya, anda tak menang" katanya..

Tapi apa yg aku nak suarakan hari ini bukan mengenai Era, atau lelaki misteri, atau hadiah yang ditawarkan apatah lagi membuka rahsia siapa sebenarnya lelaki misteri itu...

Apa yang nak dikongsikan di sini adalah sedikit kekecewaan terhadap diri sendiri... (belajar menyalahkan diri sendiri daripada menyalahkan orang lain)... Masih ingat lagi entry aku ttg kisah PENGESAHAN JAWATANKU DI UTHM?
http://teratakmuslaily.blogspot.com/2009/09/new-office.html

Hingga ke hari ini aku masih belum disahkan jawatan lagi...

hari tu bila ditanya, mereka jawab sebab aku masih belum ambil Peperiksaan Perkhidmatan lagi.. Bila aku bagitau aku dah lulus semua exam, mereka mintak bukti.. so, aku pun gegarlah Pejabat Pendaftar dan korek-korek fail lama dan jugak buku perkhidmatan.. Alhamdulillah jumpa. Dan aku diminta untuk buat surat mohon pengecualian mengambil Peperiksaan Perkhidmatan... hai, kenapalah dari tahun 2005 hari tu ko tak suruh aku buat surat? Kenapa bila aku tanya, baru nak advise? Aku sangat pelik dgn sistem yang kita kena tanya dulu, baru dapat tau kena buat tu buat nie... sedangkan bukan ke mereka mereka ni yang buat semua kerja ni? bukankah mereka dah berdepan dgn pelbagai kes staf? dan bukan ke semua staf mereka yang jaga? takkanlah terlepas pandang plak pada kes aku yg satu dalam seribu nie? tak boleh ke, mereka yang mintak aku buat surat sebab mereka dah nampak masalah aku ni cuma kena ada surat jer... aku manalah tau bab bab ni suma, bukan keje aku buat pengesahan jawatan staf.. kalau dah memang keje aku, mestilah aku tau!!!...

(ok ok ok enuf... berhenti utk salahkan orang lain!.. dah salah ko laily, nape la ko tak tanya dari dulu lagi? kenapa nak tunggu balik dari uk baru nak tanya? bodoh la ko ni laily!)

ok, aku dah hantar surat untuk mohon pengecualian, dan dah dapat jawapan diluluskan... tapi tunggu punya tunggu, eh! tak sah sah jugak lagi? apa lagi yang tak kena nie? tanya lagi... bila ditanya, dapat jawapan "nak tunggu markah penilaian prestasi" pulak daaaaaaaaaaaah.... hari tu tak cakap pun pasal markah SKT!.. hari tu cuma cakap surat pengecualian peperiksaan je?... Memang ler aku takde markah sebab dah cuti tanpa gaji 2-3 tahun... kenapa ye mesti nak tunggu ditanya, baru nak bagitau ye?... bukan ke itu keje mereka? kalau aku yg buat pengesahan jawatan staf, mesti aku tau suma perkara pasal tu kan? so, salah aku jugaklah sebab bodoh sangat tak nak amik tau pasal perkhidmatan perkhidmatan nie kan?.. len kali penuhkan ilmu di dada tu dulu... jgn asyik nak bergantung je kat orang... pegi baca perintah perintah am dan perintah ntah apa lagi perintah yang ada tu sampai khatam...

so, apa kesannya terhadap diri aku? oooooooo sudah tentu ada kesan, tu yg menyebabkan aku merapu meraban tu kat sini hari nie... sebabnya......... utk kenaikan pangkat ke N27 ni nanti, aku telah dilabelkan sebagai staf yg belum disahkan jawatan dan kesan kepada gaji aku sudah tentulah aku dah rugi satu tangga!!!...

tapi Mus kata, "takpelah bu!... bukan byk sangat pun! RM60 je!... takyah bising bisinglah kat pejabat pendaftar tu..."

3 comments:

  1. bukan semua benda kita tahu kan kak..kadang nak tanya pun tatau apa yang nak ditanya,hehehe.sepatutnya dioarang advise lah apa dokumen yang diperlukan untuk pengesahan jawatantu.tapi tak salah juga kalau kita ambil tahu apa dia syarat2 pengesahan jawatan sbg penjawat awam.RM60 sbln, kalau setahun RM720. Banyak juga tu,takpelah kak, mungkin kita anggap itu baik untuk kita tapi hakikatnya tak. Sabarlah ye kak.

    Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji? [Al Ankabut, Ayat 2]

    Maaf kak. Terpanjang plak (ingatan untuk diri sendiri juga, huhhuhu)

    ReplyDelete
  2. sbr kak, insyaallah satu hari nti settle sume. benda yg luar kawalan kt, sakit ati cmne pun xleh nk buat pe...cuma doa byk2 insyaallah sume ok...go go chaiyok kak..hehe

    ReplyDelete
  3. ana.. terima kasih atas ingatan tu.. terasa termotivasi sedikit... anyway kalau dah bukan rezeki, akak redha je dgn RM720 tu..
    (ish kalau tuko duit pound tu dapat seratus lebih tu... lepas nak gi boxing kat stoke hehehe...)

    sya... walaupun penyelesaiannya tak berapa ok (tak memihak pada kita) namun, akak ok je dgn rezeki yg dah tertulis utk akak.. Alhamdulillah, dah naik gred tu pun dah kira cukup baik lah tu!.. boleh wat kenduri nanti Insya Allah :) :)

    ReplyDelete