Lamanya tak update blog... rasanya mcm2 bende nak tulis tapi kekangan waktu amat membantaskan kehendak... walau apapun, kerja adalah priority... kerana aku dibayar gaji untuk berkhidmat bukan untuk berpoya-poya... biarlah berkat rezeki yang aku dapat untuk membesarkan anak-anak...
Pernah di satu petang,sewaktu jam menunjukkan ke angka 6, seorang student Msc boss'ku bertanya "OT ke kak?"... "OT?" soalan kujawab dgn soalan... Sejak berkhidmat di sini, tak pernah la plak aku klaim OT... kerja hari Sabtu yg lepas pun aku tak berhasrat nak klaim OT... bagiku, biarlah aku bekerja lebih masa untuk cover waktu-waktu yang kucuri utk keluar minum pagi, atau mengadap blog atau FB, atau terlewat masuk tengahari dek terkejar2 mengambil anak di sekolah, lunch dan jugak solat di waktu rehat tengahari (1-2ptg @ sebenarnya 1 jam sangat suntuk utk melakukan byk perkara dlm satu masa!!!)... 8 jam di pejabat belum tentu sepenuhnya diperuntukkan utk membuat kerja-kerja rasmi so, 1 jam di sebelah petang aku harap dapat menghalalkan rezeki yang kucuri di waktu rasmi itu.. Mudah2an rezeki yang kuperolehi adalah rezeki yang berkat untuk memberi makan anak-anakku... Insya Allah...
No comments:
Post a Comment