Friday, March 26, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC

25 Mac 2010 : mengikuti rombongan UTHM ke Pesta Buku Antarabangsa 2010 di PWTC.



Sesungguhnya kuasa Allah tiada siapa yang mampu mempertikaikannya... Biarpun tanpa perjanjian, syukur Alhamdulillah hari ini aku ditemukan dengan Salina Ibrahim, seorang insan yang baru kukenali (boleh rujuk posting Minggu Remaja sebelum ini). Tapi ternyata pertemuan kali pertama ini seolah-olah pertemuan 4 mata 2 orang sahabat yang telah lama terpisah, hakikatnya kami baru saling mengenali... Sungguh aku teruja bila terpandang tag nama SALINA IBRAHIM di meja yang dikhaskan untuk penulis... Segera aku menerpa dan memperkenalkan diri... Satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata!!!

Bergambar kenangan bersama Salina Ibrahim


Salina menurunkan tandatangan di atas novel SETENANG CAHAYA HATI


Antara 2 buku yang telah dihasilkan oleh SALINA IBRAHIM... Insya Allah aku akan menjadi pengikut setia!!!


Hasil karya RAMLEE AWANG MURSHID memang aku tak pernah miss!!!... terlalu meminati RAM... Teringin sangat nak bertemu muka dgn novelis idola aku nie!!!




Pernah mengikuti kisah cinta Izzah dan Hariz dalam OMBAK RINDU? Kedua-dua novel ini adalah kesinambungan dari kisah OMBAK RINDU terbitan ALAF21... Tapi 2 novel ini diterbitkan oleh Intan


Berbaloi rasanya ber'shopping' di Pesta Buku.. RM200 untuk setahun rasanya tidaklah terlalu melampau berbanding 'benefit' yang diperoleh...


Untuk kakak... setiap satu berharga 50sen..


untuk abang Amat... RM3 sebuah..


untuk abang Amat juga RM2 senaskhah..

Monday, March 8, 2010

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Tahniah kepada ketiga-tiga adikku yang kini bergelar Dr! Izinkan akak untuk tumpang gembira yer.. dan doakan kami yang masih berjuang...

1. Nur Izan Syahriah yang telah berjaya melepasi vivanya pada hari Jumaat yang lalu - 5 Mac 2010 dengan 'minor correction'

2. Nizaroyani juga telah melepasi viva pada 12 Februari 2010

3. Syaimak yang juga telah melepasi viva pada 10 Februari 2010

Anytime ada turun ke Johor, dipersilakan ke teratak kami.. Insya Allah ayam turkey menanti anda! hehehe...

Happy Birthday Makngah




Hari ini 8 Mac 2010, merupakan ulang tahun kelahiran Mak Ngah, adik ayah yang no.2... Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari lahir kepada Mak Ngah, yang banyak sangat tolong kami sekeluarga semasa kami tinggal di Johor Bahru dulu... Didoakan agar Mak Ngah sentiasa di dalam rahmat Allah, diberi kebahagian berkekalan di samping keluarga tersayang, dimurahkan rezeki berlipat kali ganda dari Allah, diberi kekuatan untuk menempuh kehidupan dan diberi kesihatan yang baik untuk menghambakan diri kepada Allah...



Wednesday, March 3, 2010

Motor baru Mak!


Januari lalu, motor mak telah dicuri orang!... Patah kaki mak utk bergerak ke sana sini.. Aktiviti mak yang sentiasa penuh saban hari terbantut seketika... Dengan keadaan kaki mak yang tidak begitu kuat berjalan, sungguh sukar untuk mak berulang-alik ke Masjid setiap hari untuk mengajar anak-anak mengaji... Aktiviti mingguan yasinan di hari Ahad pun terasa berat untuk melangkah kaki...

Selang seminggu, adikku yg no.3 membelikan mak motosikal baru.. warna masih sama, jenama juga sama! Mak kini tersenyum gembira, penuh keriangan... dan sejak detik itu, sekalipun mak tidak pernah miss utk masukkan motosikal mak ke dalam rumah saban malam... ternyata di luar tidak selamat utk barang-barang berharga seperti itu...

Minggu Remaja 1989



Assalamualaikum puan. Saya Salina Ibrahim dari Alumni Minggu Penulis Remaja DBP. Sekadar ingin bertanya, adakah puan pernah menyertai Minggu Penulis Remaja tahun 1989 di DBP. Saya dapat senarai nama dari rakan yang menyertai program itu tahun berkenaan.

Mungkin nama sama tapi orangnya lain.. sebab itu saya perlukan pengesahan.

Sekiranya ya, mohon beri emel pada saya, saya akan hantar borang maklumat alumni MPR. Kami sedang mengumpul data untuk projek Direktori Alumni MPR yang akan diterbitkan tahun ini, sempena 25 Tahun MPR.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca mesej ini. Semoga puan & keluarga dirahmati Allah.


Emel yang kuterima lewat 25 Februari 2010 yang lalu benar-benar menyentuh hati... Betapa terasa begitu pantas waktu berlalu, rupa-rupanya telah 21 tahun program itu berlalu... betapa aku telah membuang masaku selama lebih 20 tahun tanpa berbuat apa-apa, tanpa walau senaskhah terbitan yang dihasilkan...

Perlahan-lahan semua memori di Minggu Remaja 1989 berlegar-legar di kotak fikiran, satu persatu datang menerpa.. Waktu itu aku baru berusia 14 tahun. Pengalaman diberikan peluang untuk duduk sebaris dengan penulis-penulis muda yang berbakat besar amat berharga...

Antara nama yang masih kuingat... Sharkawi Che Din, Tarmizi Selamat, kak Kamariah (of course!), kak Faizah juga!... terkenang juga pengalaman berharga yang dicedok di DBP kala itu, lawatan ke syarikat penerbitan, juga jalan-jalan di Tugu Negara... hmmm ke mana lagi kita ye waktu itu?... teringat juga sesi bersama penulis-penulis hebat tanahair waktu itu seperti Khadijah Ibrahim.. semua gambar masih tersimpan kemas di dalam album, akan kubongkar kotak khazanah itu petang ini utk aku mengimbau lebih dalam memori silam...