Wednesday, March 3, 2010

Motor baru Mak!


Januari lalu, motor mak telah dicuri orang!... Patah kaki mak utk bergerak ke sana sini.. Aktiviti mak yang sentiasa penuh saban hari terbantut seketika... Dengan keadaan kaki mak yang tidak begitu kuat berjalan, sungguh sukar untuk mak berulang-alik ke Masjid setiap hari untuk mengajar anak-anak mengaji... Aktiviti mingguan yasinan di hari Ahad pun terasa berat untuk melangkah kaki...

Selang seminggu, adikku yg no.3 membelikan mak motosikal baru.. warna masih sama, jenama juga sama! Mak kini tersenyum gembira, penuh keriangan... dan sejak detik itu, sekalipun mak tidak pernah miss utk masukkan motosikal mak ke dalam rumah saban malam... ternyata di luar tidak selamat utk barang-barang berharga seperti itu...

1 comment:

  1. sama sahaja sekarang; di mana-mana jenayah terlalu tinggi. di bandar baru bangi pun sama, kes motor hilang kini berleluasa. ya Rabbi, apa nak jadi tanahair kita?

    ReplyDelete