Wednesday, March 3, 2010

Minggu Remaja 1989



Assalamualaikum puan. Saya Salina Ibrahim dari Alumni Minggu Penulis Remaja DBP. Sekadar ingin bertanya, adakah puan pernah menyertai Minggu Penulis Remaja tahun 1989 di DBP. Saya dapat senarai nama dari rakan yang menyertai program itu tahun berkenaan.

Mungkin nama sama tapi orangnya lain.. sebab itu saya perlukan pengesahan.

Sekiranya ya, mohon beri emel pada saya, saya akan hantar borang maklumat alumni MPR. Kami sedang mengumpul data untuk projek Direktori Alumni MPR yang akan diterbitkan tahun ini, sempena 25 Tahun MPR.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca mesej ini. Semoga puan & keluarga dirahmati Allah.


Emel yang kuterima lewat 25 Februari 2010 yang lalu benar-benar menyentuh hati... Betapa terasa begitu pantas waktu berlalu, rupa-rupanya telah 21 tahun program itu berlalu... betapa aku telah membuang masaku selama lebih 20 tahun tanpa berbuat apa-apa, tanpa walau senaskhah terbitan yang dihasilkan...

Perlahan-lahan semua memori di Minggu Remaja 1989 berlegar-legar di kotak fikiran, satu persatu datang menerpa.. Waktu itu aku baru berusia 14 tahun. Pengalaman diberikan peluang untuk duduk sebaris dengan penulis-penulis muda yang berbakat besar amat berharga...

Antara nama yang masih kuingat... Sharkawi Che Din, Tarmizi Selamat, kak Kamariah (of course!), kak Faizah juga!... terkenang juga pengalaman berharga yang dicedok di DBP kala itu, lawatan ke syarikat penerbitan, juga jalan-jalan di Tugu Negara... hmmm ke mana lagi kita ye waktu itu?... teringat juga sesi bersama penulis-penulis hebat tanahair waktu itu seperti Khadijah Ibrahim.. semua gambar masih tersimpan kemas di dalam album, akan kubongkar kotak khazanah itu petang ini utk aku mengimbau lebih dalam memori silam...

5 comments:

  1. salam laily
    bagus. cepat hantar biodata kepada kak salina; sebenarnya akak yang bagi nama2 peserta MR 1989 kepadanya kerana dia kini sedang mengumpul data tersebut. walaupun dah gantung pena tak mengapa tapi cinta kepada dunia sastera masih mekar. hmm, pasti kenangan kita waktu MR cukup banyak yang telah mematangkan diri; eh, bukan khadijah ibrahim, khadijah hashimlah, hehehe

    ReplyDelete
  2. tq kak, masih ingat saya, mesti akak ada simpan lagi buku antologi tu kan?... kak, ada nama fauzi tak kak, dalam list akak? hehehe yela khadijah hashim... terhilang ingatan plak sekejap padahal baca Badai Semalam tu rasanya dah berpuluh puluh kali khatam hehehe...

    ReplyDelete
  3. aha nama fauzi ada; seingatnya dua buah antologi cerpen kita, kesemua nama yang ada akak bagi pada kak salina. eh, bila kita nak jumpa nih? rindu betul. kalau jadi nak jumpa, nanti akak bgtau kak Faiz sebab dia rajin juga turun KL. sekarang kak Faiz tinggal di segamat (seorang usahawan yang berjaya)

    ReplyDelete
  4. Insya Allah nanti kita calling calling bila nak jumpa yer...
    (jom gi pesta buku!)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum adinda berdua [terasa diriku tualah pula] tapi insya-Allah tetap muda di hati ;-)

    Semoga tenang-tenang selalu di bawah naungan-Nya.

    Jom jumpa di Pesta Buku. Akak ada di sana 20-21 Mac (pagi - petang, insya-Allah) untuk promosi novel terkini "Setenang Cahaya Hati" di Dewan Tun Hussein Onn. Tapi kalau nak eksklusif lagi, kita jumpa; sembang-sembang, makan-makan masa akak tak duty.

    [Laily, kita masih menunggu borang awak...]

    Salina Ibrahim

    ReplyDelete