Thursday, January 6, 2011

Permata Hati

Dalam membuat keputusan
seringkali hati diburu kebimbangan
wajarkah tindakanku ini?
baguskah keputusanku?
atau perlukah aku melakukannya?
siapa aku yang bisa menyelam ke dasar lautan
atau menjangkau kepulan awan
apatah lagi memetik bintang di langit...

ada ketika hati berdebar
kesal bersarang dengan keputusan sendiri
wajarkah anak sekecil 2 tahun 2 bulan
diberi bebanan seberat itu?

tatkala malam melabuhkan tirai
kelam malam resah bersambut
hati resah melihat ragamnya
di saat fajar mula menyingsing
hati sebak melihat sekujur tubuh yang lesu
tersentuh hati melihat raut wajahmu
tidak berkuit sedikitpun tatkala dicuit
maafkan ibu sayang...
tiada niat di hati untuk menganggu lena tidurmu
tiada dendam di dada untuk mengusir indah mimpimu
tidak sampai di hati hendak menggerakkanmu

namun ibu tahu sayang
saat menyambut kepulanganmu
seraut wajahmu menceritakan segalanya
terpancar sinar kegembiraan kerana diberi kebebasan
terpancar sinar kepuasan kerana diberi peluang
petah mulutmu mengabarkan berita
riuh mulutmu berkongsi cerita
dalam bahasa yang hanya kau sendiri yang mengerti

percayalah sayang
niat ibu tulus di hati
ingin memberikan sesuatu yang berhak kau miliki
andai kata tidak serasi kelak
ibu izinkan kau untuk berhenti
dan berehat dengan senang hati...
kerana ibu terlalu menyayangi semua anak-anak ibu...
hanya kamu bertiga yang bertakhta di hati...
muaaaaaaaaaaaaaaah for all of you!!!....

2 comments:

  1. huhuhu..aku tau ni mesti pasall Iris g tadika kan...mmm...aku tak berani komen sbb lain ibu bapa lain persepsinya..mgkn ada yg kata ya mungkin juga ada yg tidak

    ReplyDelete
  2. thanks tie... aku cuma nak Iris pegi main-main dgn kawan2 jer... hari hari duduk terperap kat rumah ngan bibik pun tak bagus juga... karang2 macam2 bahasa Indonesia yang keluar, pening juga aku nanti.. bukan sekolah betul pun sebenarnya, cuma sekolah main jer tuu... tapi tulah, sian nak kejutkan dia pagi2 tu...

    tapi, pagi tadi, ayah dia kata Iris OK jer... bangun sendiri, minum susu, then amik baju sekolah nangis nangis takut ayah dia tinggalkan dia kat rumah (sbb masa tu ayah dia kat luar) dia ingat ayah dah start motor nak tinggalkan dia... sampai skul,salam ayah then terus menonong masuk dalam kelas,tak nangis pun...

    lagipun cuma 3 jam jer dia kat situ.. then lepas kul 11, duduk arr kat rumah, temankan bibik... nampak dia happy dpt main ngan kawan2 tapi yg kesian, nak kejut pagi pagi tula! pastu malam2 kalau lambt tido mula la nangis jer nak mengaruk... penat ler tu!...

    anyway thanks yer tie..

    ReplyDelete