Thursday, July 28, 2011

Selagi Nyawa Dikandung Badan

Tuhan Pencipta Langit dan Bumi
Jauhkanlah aku dari segala bebanan hutang
Andai ada lagi hutangku pada orang yang mungkin telah kulupa
Berikanlah aku ingatan untuk mengingatinya semula
Tiap bulan aku dihimpit bebanan
Hutang orang-orang di sekelilingku
Yang sungguh liat untuk membayar
Yang membayar tidak mengikut waktu
Bukan kerana tidak mahu membayar
Tetapi kerana kesibukan atau kesempitan yang bertamu
Kau murahkanlah rezekiku untuk membantu mereka
Dengan penuh keikhlasan
Benar sungguh kata pujangga
Wang bukanlah segala-galanya
Namun segala-galanya memerlukan wang...
Selagi aku masih boleh bertahan
Mereka semua akan kupertahankan

Wednesday, July 27, 2011

Di Penghujung Derita

Hari ni mengemas-ngemas bilik dan fail-fail lama... Terjumpalah nukilan-nukilan yang pernah kuhasilkan bertahun-tahun yang lalu...

Nukilan hari ini diberikan tajuk Di Penghujung Derita.. tiada catatan bila nukilan ini terhasil, tapi rasa-rasanya sekitar 2000-2004.

Kembali di sini..
Menggamit ribuan kenangan
Yang sukar luput dari ingatan
Kasih yang terbang bersama bayang
Cinta yang hanyut bersama gelombang
Rindu yang padam bersama malam
Setiap hembusan nafas
Setiap degupan jantung
Seakan terhenti..

Mengertikah insan
Hati yang kau calarkan
Segunung harapan yang kau musnahkan
Ribuan impian yang kau punahkan
Janji yang kau mungkiri

Mengertikah kau derita hati ini
Luka dihiris
Kian berdarah dan bernanah
Tinggal parut dan dendam
Yang tak mungkin luput
Dari sisipan kenangan

Hanya doa dalam tangisan
Yang mampu kudendangkan
Moga beroleh penawar duka
Di penghujung derita...


Yang ini pula dihasilkan pada 13 Februari.. mungkin sekitar tahun 1994. Dan diberi tajuk : Bicara Hati Insan

Suara-suara itu mendamaikan..
Menenangkan...
Sang bayu berpuput lembut
Menyapa sekilas wajah suram
Merenung jauh
Ombak yang berkejaran
Berlumba-lumba memukul pantai
Dan akhirnya meninggalkan buih-buih bertaburan...
sepi...
begitu asing di daerah ini..

Nun jauh di kaki langit
Mega mula bertukar wajah
Menyedarkan lamunan insan
Kewajipan yang belum tertunai
Mampukah sepasang kaki melangkah
Meninggalkan tempat yang indah?

Biarlah..
Biarlah batu-batu karang berbicara
Pasir-pasir di pantai berbisik
Serta angin yang berlabuh
Mendengar rintihan hati
Seorang insan sepi..

Monday, July 25, 2011

A'Famosa Resort, Melaka

22 - 24 Julai 2011 : Pejabat Antarabangsa UTHM menganjurkan satu bengkel untuk membincangkan beberapa kertas kerja yang dibangunkan oleh Pejabat Antarabangsa. Aku sebagaimana biasa, menjadi urusetia untuk bengkel tersebut.

Memandangkan Mr.Hubby tiada aktitivi PALAPES minggu ini, aku mengajak Mus dan anak2 bersantai-santai di A'Famosa Resort Melaka. Kebetulan pula, Mus dan anak-anak belum pernah sekalipun menjejakkan kaki ke sini. Bagi peluang pada anak-anak berendam sepuasnya di A'Famosa Waterworld.

Ruang tamuRuang makanBilik 1Bilik 2

22 Julai : aku bergerak ke A'Famosa bersama rakan-rakan sepejabat dengan menaiki kenderaan pejabat. Pemandunya sudah pasti seperti biasa, 'Kak Ngah' ler sementelahan pula, adik-adikku yang lain tu, tak biasa atau tidak pernah ke A'Famosa... Inilah dia adik-adikku di Pejabat Antarabangsa dan seorang lagi diimport dari Pusat Pengajian Diploma...

Mus dan anak-anak pula menyusul selepas Maghrib, setelah menghantar Bibik ke kampung Pt.Sulong sementelahan kakak habis sekolah agama jam 6.30 petang dan mak pula memerlukan khidmat bibik kerana pada hari Ahad di rumah ada Yasinan dan mak memerlukan pembantu bagi menyediakan juadah untuk tetamu.

Semua peserta tinggal di D'Savoy Condominium.. Setiap bilik mempunyai 2 kali besar dan satu ruang tamu. Tempat penginapan terletak agak jauh dari bilik mesyuarat. Jika berjalan kaki, mengambil masa lebih kurang 5-10 minit (bergantung kepada berapa laju pergerakan kaki :))

23 Julai : sementara aku sibuk di bilik mesyuarat, Mus membawa anak-anak ke Water World bermula jam 9.45 pagi sehinggalah 4.45 petang.. Hanya berhenti untuk makan tengahari sahaja dan sambung main air semula.

Bayaran masuk ke WaterWorld RM36 (dewasa) termasuk makan tengahari dan RM32 (kanak-kanak) termasuk makan tengahari. No outside food are allowed tapi harga makanan di dalam Waterworld ini sangat mahal yer!...

24 Julai : seawal 8.00 pagi kami sekeluarga telah bertolak pulang ke Parit Sulong. Secara jujurnya, aku sangat tidak berpuashati dengan trip kali ini kerana tidak berpeluang mengambil gambar di sekitar A'Famosa terutama di dalam Water World. Di dalam hati terpendam azam, untuk kembali semula ke sini satu hari nanti. Insya Allah mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah...

Setiap hari Ahad petang, aktiviti rutin yang dijalankan di kampung adalah Majlis Yasinan yang dihadiri oleh kaum Ibu. Setiap minggu, giliran tuan rumah silih berganti, bergantung kepada permintaan. Kebiasaannya, tuan rumah yang berhajat akan menyuarakan hasrat mereka kepada Ketua Yasinan dan disebarkan di kalangan ahli selepas tamat bacaan Yasin beramai-ramai diadakan.

Dan sebagaimana rutinnya juga, penutup Yasinan akan dibuat di rumah mak, memandangkan mak merupakan Ketua Yasinan di kawasan Parit Sulong. Penutup Yasin ini bermakna,inilah aktiviti Yasinan terakhir sebelum direhatkan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.

Majlis Khatam Al-Quran ini pula diadakan sempena Majlis Penyampaian Sijil Khatam Al-Quran kepada anak-anak murid mak yang telah menamatkan bacaan Al-Quran...

Majlis Khatam Al-Quran dan Yasinan di rumah mak..

Sungguh gembira rasa di hati, kerana Baha-Awin sekeluarga sudi berkunjung ke teratak kami di Parit Sulong...

Friday, July 22, 2011

Hati ke hati

Bila berpeluang berbicara hati ke hati, ada simpulan yang telah terlerai... Apa yer yang boleh kulakukan untuk membantu kedua-dua mereka berbaik-baik semula? Kusut fikiran memikirkannya...

Ya Allah...
dalam kekusutan, hanya Engkau yang bisa meleraikan...
dalam kekaburan, hanya Engkau yang bisa menerangkan...
dalam kesusahan, hanya Engkau yang bisa menyenangkan...
satukanlah hati kedua-dua mereka...
hanya itu sahaja penamat kepada dua sengketa...
kuserahkan pada Mu Ya ALlah...
kasihanilah kami hamba-hambaMu...
yang senantiasa mengharapkan rahmat dan restuMu...

Thursday, July 21, 2011

Diari Julai 2011

4 & 5 Julai 2011 : Kursus Auditor ISO
Kursus ini merupakan anjuran Pejabat Perancangan Strategik & Kualiti (PPSK) UTHM dan disampaikan oleh Cik Roslainy dari AJA Consultant. Pertama kali dengan tentang AJA ini.. Kalau dulu aku hanya familiar dengan SIRIM.. Rupa-rupanya sekarang ini AJA juga merupakan Consultant yang agak setanding juga dengan SIRIM.


4 Julai 2011 : menjadi penonton Persembahan Malam Akrab oleh Pegawai-pegawai Kadet PALAPES IPTA

9 Julai 2011 : Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES IPTA 2011. UTHM sebagai tuan rumah. Lt.Mustafa pula sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Komandan (TK), Prof. Dr. Hashim bin Saim...



10 Julai 2011 : Jamuan BBQ untuk Pegawai-pegawai Muda PALAPES UTHM yang bertugas di Bilik Sekretariat selama lebih 2 minggu. Well done for your good job!!..



15 Julai 2011 : menonton Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 di MBO Square One, Batu Pahat bersama keluarga..



16 & 17 Julai 2011 : balik kampung Kota Tinggi dan merayakan kenduri durian di Kebun Atok.. Inilah yang dinamakan segar dari ladang.. Tapi, takde snap gambar sebab iphone takde bateri dan charger tertinggal di Parit Raja...


22-24 Julai 2011 : Bengkel di A'Famosa Resort Melaka...

Wednesday, July 20, 2011

Irissa Laundry ~ my soul

Alhamdulillah setelah 5 bulan beroperasi, sambutan yang diterima daripada pelanggan semakin menggalakkan... Boss juga semakin tidak menang tangan, terpaksa berulang alik dari Parit Raja ke Parit Sulong untuk menghulurkan bantuan. Ada ketika, boss perlu turun padang juga, untuk memastikan kerja-kerja dilaksanakan dengan baik dan kualiti menjadi keutamaan.

Biasanya hujung minggu, pasti dipenuhi dengan aktiviti 'mendobi'.. Sesibuk manapun, akan dipastikan sekurang-kurangnya sehari perlu berada di kedai. Biasanya boss akan balik kampung pada hari Sabtu dan bekerja sepanjang malam sehingga awal pagi (biasanya 4-5 pagi)... Dan keesokan harinya, pulang semula ke Teratak Muslaily di Parit Raja untuk urusan di rumah sendiri pula.

Dan kebelakangan ini, weekday juga, boss akan turun padang untuk melihat perkembangan kedai di samping menyambung tugasan yang disempurnakan oleh Cik Puan Pengurus. Kebiasaannya, tamat sahaja waktu bekerja jam 5.00 petang, boss akan pecut gen2 JJJnya ke Parit Sulong dan mula bekerja sehingga jam 12 malam. Melelapkan mata barang seketika sebelum bangkit semula jam 5.00 pagi untuk menyambung saki baki tugas malam tadi. Dan selewat-lewatnya jam 7.00 pagi sudah bertolak ke UTHM untuk memainkan watak Setiausaha sebagaimana rutinnya pula..

Ada yang kata, kerja gila.. Ada yang kata, wanita besi... Ada juga yang kata, kenapa boss yang mesti buat kerja?.. Aku tidak pernah peduli dengan semua kata-kata itu. Yang aku tahu, aku puas dengan apa yang mampu kusumbangkan. Niatku hanya satu, menghulurkan sumbangan, mengurangkan bebanan, memberikan kesenangan, meleraikan kebebasan, menyiram api kemarahan dan apa-apa lain yang sewaktu dengannya.. Hati berbunga riang melihat semua sudah bersih dan wangi... Sambil berdoa di dalam hati, moga pelanggan berpuas hati dan lebih ramai lagi yang bertandang ke mari...
Masih segar di ingatan, sewaktu kedai baru beroperasi... Ramai yang menyuarakan kebimbangan "ada ke orang kampung yang nak hantar dobi kat situ?" atau "ada ke orang nak datang kedai dobi tu?" atau "sape la yang tau ada kedai dobi kat situ" atau "boleh hidup ke kedai dobi kat kampung?" Aku tidak pernah patah semangat dengan apa sahaja tutur bicara yang menyapa cuping telingaku... Kerana aku telah nekad dengan keputusanku... Aku ingin mengubah nasib dan hidup adik-adikku serta keluargaku. Kesenangan ini untuk mereka bukannya untuk aku secara totalnya... Walau mereka tidak pernah mengerti dan menghargai, aku juga tidak pernah mahu ambil peduli. Biarlah satu hari nanti Allah membukakan pintu hati mereka untuk mengerti nilai pengorbanan yang aku curahkan...

Tuesday, July 19, 2011

Kemaafan Dendam Terindah

Ternyata apa yang kita fikirkan tidak seperti apa yang mereka fikirkan... Kita sangkakan kita telah memberikan kail terbaik untuk mereka memancing ikan. Tapi, ternyata mereka tidak berminat dengan kail yang kita berikan. Pendekatan memberikan kail berbanding ikan merupakan kaedah terbaik memberikan bantuan. Yang peliknya, kail tidak disukai, tapi ikan terus diminta-minta untuk diberi.

Di dalam memperjuangkan nasib dan hak, tidak mampu untuk bercakap banyak. Memberi muka pada sisi, bererti melukakan hati seri. Kesilapan anak tidak henti-henti menjadi kayu api pembakar amarah di hati. Tiada apa yang berkenan di mata, yang elok di pandangan. Hati jadi rimas dengan terlalu banyak campur tangan dan adu domba. Tapi, sungguh mustahil bagi anak untuk menegur atau memarahi ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari dan melahirkannya dengan penuh kepayahan ke dunia ini. Tiada satu perkataan pun yang pernah keluar dari mulut untuk membangkang kata-kata mahupun tindakan yang ternyata banyak kepincangannya, kerana yer.., tiada manusia yang sempurna.

Ya, benar... pasti ada sebab musabab mengapa itu layanan dan tindakan yang diambil terhadap anak.. Anak yang serba kekurangan.. Betapa hati ibu terlalu terluka dengan apa yang perlu dihadapinya saban hari.

Sungguh tidak mengerti dengan sikap mereka yang tidak pernah ada istilah tolak ansur, persefahaman, perdamaian mahupun permuafakatan. Hati jadi lara dengan sengketa yang melanda... Tidak tertanggung rasanya menahan gelora jiwa, membuak2 perasaan marah dan sedih... Namun, masih samar mencari jalan yang harus dipilih.. Masih buntu meleraikan ikatan kasih... masih kabur menumpaskan dendam...

Yang amat dikesalkan, usaha dan ikhtiar ibarat melentur buluh yang telah tua, ibarat mencurah air di daun keladi, ibarat bertukang di dahan rapuh... Pilihan di tangan sendiri, aku sudah tidak mampu menahannya lagi... Biarlah dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung...

Thursday, July 14, 2011

Trick or treat

Suka kan bagi tajuk yg macam2 kat blog?...hehehe

Hari ini nak cerita lagi pasal Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2... Tiket sudah ada di tangan... 15 Julai 2011 jam 12 tengah malam.. tgk midnite ok!...

Malam tadi tgk Harry Potter and the Half Blood Prince. Filem ke-6... Kesian Dumbledore mati. Harry sgt sedih dan hilang semangat...Sepatutnya nak ulang tayang Harry Potter and the Order of Phoenix.. tapi CD dah bercalar giler... almaklumlah cetak rompak hehehe...

ok cau cin cau.. tak sabar menanti malam esok...hehehe...

Wednesday, July 13, 2011

Indah tapi sedih...

Semalam, aku baca blog Kak Nas tentang trip KL-London. Hati ini melayang-layang menerawang ke tanah Inggeris itu... Dan tengahari semalam, sewaktu 'lunch hour' aku telah 'nap' sebentar di pejabat sementalahan tugasan mengambil anak di sekolah diambil alih oleh en.suami.

Dalam lena yang singkat itu, aku bermimpi tiba-tiba aku berada di London. Cuaca ketika itu sangat sejuk dan aku tiada persediaan rapi untuk berdepan dengan kesejukan yang menggigit. Aku berjalan dari satu jalan ke satu jalan di kota london meredah kesejukan malam, sehinggalah aku tiba di sebuah hotel dan 'check-in' di sana.

Aku terjaga dari lena apabila h/pku berbunyi dan mematikan semua mimpi-mimpi indahku tengahari itu...

Sungguh indah kisah itu, tapi sangat sedih bila ianya cuma mimpi sahaja!..

Moral of the story "Jangan Tidur Di Tengahari, terutama di office"hehe..

Tuesday, July 12, 2011

Mencari Kasih Sejati...

Entah apa sinonimnya tajuk dan entri pun aku tak tau.. tapi apa yg aku nak cerita di sini, sebenarnya tentang kuih tradisional masyarakat melayu iaitu KARIPAP atau di zaman kecilku dulu, aku panggil EPOK-EPOK...

Menurut WIKIPEDIA BAHASA MELAYU :-
Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

Menurut WIKEPEDIA BAHASA MELAYU juga, karipap juga ada pelbagai jenis. Antara jenis karipap yang biasa dibuat ialah karipap daging, temosa atau karipap ikan, karipap sardin dan karipap pusing.

Karipap daging
Karipap daging merupakan karipap berinti daging dari lembu dengan kentang. Karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging.

Karipap ayam
Inti karipap ini ialah daging ayam bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga, merupakan pilihan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.

Temosa/Karipap ikan
Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti asas yang diperbuat daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.Terkenal di Pahang

Karipap sardin
Karipap sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membezakan karipap jenis ini dicam atau dikenalpasti, kebanyakkan karipap sardin dibuat berbentuk jenis panjang atau pun bulat berbeza dengan karipap biasa yang berbentuk setengah bulat.

Karipap pusing
Karipap pusing merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih garing.Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana kulitnya yang lebih garing.Intinya dari keledek atau kentang dan bahan perasa dari serbuk kari.


Di entri yang terdahulu bertajuk Tiada Beban Batu Digalas, aku pernah menceritakan tentang projekku membuat kuih untuk jualan di kantin tempat kerjaku. Tujuan utama projek ini hanyalah untuk membantu bibikku mendapatkan pendapatan tambahan sementelahan bibik memang minat berniaga kuih-muih dan bahan-bahan masakan.

Sejak 2 bulan yang lalu, projek kami telah direhatkan buat seketika lantaran pelajar yang telah pulang bercuti semester selama 4 bulan. Walaupun tiada jualan lagi sepanjang hari, namun banyak juga aku menerima tempahan dari rakan-rakan walaupun dalam bilangan yang tidak banyak. Ada juga kawan-kawan yang tempah siap dengan air dan heavy dishes mcm nasi goreng ke, mee goreng ke..

Dan kini, aktiviti membuat karipap ini telah maju setapak lagi di mana, banyak pula permintaan untuk mendapatkan karipap frozen. Rasa-rasa macam nak dikomersialkanlah pulak perniagaan nie.. Mulalah terfikir nak dapatkan bantuan IKS untuk membeli mesin menguli tepung dan juga peralatan pembungkusan. Kalau setakat sekilo tepung, tiada masalah untuk menguli. Tapi, kalau dah banyak-banyak, tak teruli jugak rasanya nie...

Chewaaaaaaaaaah... besarnyalah angan2 makcik Laily nie kan.. what ever lah Laily.. Rakan2 pembaca, jangan dilayanlah makcik yang suka sangat merapu ni yer...

Thursday, July 7, 2011

Harry Potter

Diam tak diam sudah seminggu rupanya tak update blog... Hari ni luahan berkisar kepada filem Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 yang akan menjengah panggung tanggal 15 Julai 2011.

Sungguh tidak sabar rasanya menanti detik itu.. Tinggal 8 hari sahaja lagi.. Dan malam tadi aku sudah mula marathon Harry Potter and the Socerer's Stone utk mengasah ingatan terhadap pengembaraan Harry sejak filem yang pertama hinggalah yang ke 7.

Sebenarnya dalam tahun ini sahaja sudah beberapa kali kami sekeluarga mengulang tayang ketujuh tujuh filem Harry Potter bermula dengan :-

1. Harry Potter and the Socerer's Stone
2. Harry Potter and the Chamber of Secret
3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
4. Harry Potter and the Goblet of Fire
5. Harry Potter and the Order of Phoenix
6. Harry Potter and the Half Blood Prince
7. Harry Potter and the Deathly Hallows (Part 1)

Tidak dapat dibayangkan hari hari kita tanpa Harry Potter lagi selepas ini. Ahmad pula nampaknya sejak balik ke Malaysia, baru menyedari kehadiran Harry Potter. Jika sebelum ini kami belikan dia t-shirt yang mempunyai lambang Hogwart School pun dia tidak mengerti. Malahan baru sekarang ini dia menyebut-nyebut kenangan dia mengunjungi platform 9 3/4 di London. Baru sekarang dia mengerti apa simboliknya troli yang terbenam separuh di dinding itu.