Diam tak diam sudah seminggu rupanya tak update blog... Hari ni luahan berkisar kepada filem Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 yang akan menjengah panggung tanggal 15 Julai 2011.
Sungguh tidak sabar rasanya menanti detik itu.. Tinggal 8 hari sahaja lagi.. Dan malam tadi aku sudah mula marathon Harry Potter and the Socerer's Stone utk mengasah ingatan terhadap pengembaraan Harry sejak filem yang pertama hinggalah yang ke 7.
Sebenarnya dalam tahun ini sahaja sudah beberapa kali kami sekeluarga mengulang tayang ketujuh tujuh filem Harry Potter bermula dengan :-
1. Harry Potter and the Socerer's Stone
2. Harry Potter and the Chamber of Secret
3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban
4. Harry Potter and the Goblet of Fire
5. Harry Potter and the Order of Phoenix
6. Harry Potter and the Half Blood Prince
7. Harry Potter and the Deathly Hallows (Part 1)
Tidak dapat dibayangkan hari hari kita tanpa Harry Potter lagi selepas ini. Ahmad pula nampaknya sejak balik ke Malaysia, baru menyedari kehadiran Harry Potter. Jika sebelum ini kami belikan dia t-shirt yang mempunyai lambang Hogwart School pun dia tidak mengerti. Malahan baru sekarang ini dia menyebut-nyebut kenangan dia mengunjungi platform 9 3/4 di London. Baru sekarang dia mengerti apa simboliknya troli yang terbenam separuh di dinding itu.
alamak aku tak g tmpt troli separuh tu la..ishh rugi..
ReplyDeletehehehe kakcahaya.. seluruh UK, habis suma tmpat kau merantau, platform tu jer yg kau tak pegi yer? takper la, ada rezeki lain kali pegi la yer..
ReplyDelete