Saturday, March 31, 2012

Jom Borak & Makan

Oleh kerana tetamu jauh yg dinanti tidak dpt dtg berkunjung ke Teratak Muslaily di atas sebab2 yg tidak dpt dielakkan, sementelahan pula lauk pauk telah siap dibeli semalam, maka gantikan program Jejak Kasih ini dgn program Jom Borak & Makan.. Segera nombor-nombor Munzilah, Azizi, Wati, Fidah dan K Kam kami dail..

One thing yg aku sgt suka dgn kwn2 UK ni, asal ajak makan jer, mesti derang dtg! Walaupun menu hari tu simple jer (BBQ ayam dan ikan bakar, sambal sotong, hati/pedal santan berlada, sayur labu dan roti jala + kari daging) namun keseronokan berkumpul tu yg lebih bermakna sebenarnya.

 Kebetulan pula, rakan sekolah rendah Asyikin Suriani pun dtg berkunjung ptg itu, nak visit org sakit yg dah sihat ni katanya.. Mmg rezeki ko la Kin!

 Sebelah malamnya pula, satu keluarga lagi datang visit.. Keluarga Fida.. Alhamdulillah, rezeki tetamu tetamu yg datang la hati tu.. Rumah ni mmg dah lama tak riuh dgn tetamu..
Sebulan terlantar, rasa seronok sungguh bila ramai tetamu drg hari ini.. Esoknya (Ahad), seorang lagi kwn sekolah rendah dtg visit.. Zarina Hamzah.. Yg ni mmg my very best friend sejak sekolah rendah hinggan menengah.. Walaupun masa dah naik sekolah menengah, Zarina pindah sekolah ke TIGS, keakraban kami tidak pernah putus.. Aku kalau bergayut kat telefon dgn Zarina ni, mcm bergayut dgn pakwe..., berejam-jam! Nasib baik zaman dulu dulu local call cuma seposen sekali dail.. So, sekali buat call tu, sembanglah lama lama terus, jgn letak fon.. Klu letak dan dail semula, nnti kene caj seposen lagi.. Aku rasa disebabkan org2 mcm aku nila, Telekom (sekarang TM) ubah sistem telefon derang hehe..

Friday, March 30, 2012

Sebulan sudah...

30 Mac bererti sudah 30 hari aku menjalani pembedahan...

Perkembangan di hari ke 30, agak memberangsangkan.. Aku dah mula masuk dapur memandang En. Mus sudah semakin busy + malas + dah penat memasak.. Tiada mengapa, kesian dia.. Dah tiga hari En.Mus tak masak. Lauk pun ntah apa2 jer kat dapur tu.  Paling bagus pun, bibik gorengkan ikan, atau ayam atau telur. Anak2 pun nampak dah mula tak berapa nak makan. Dengan bahasa halusnya, dah mula bosan dengan masakan ayah kot hehehe...

So, hari ni aku masakkan kari daging untuk anak-anak.. Nampak laju jer menyuap tengahari tadi... Takper la... Sekali sekala berlemak kan.. Mak aku dulu pun, masakkan aku macam-macam.. Masak kari, masak ayam masak merah, masak sayur lemak, ikan sambal, asam pedas perggh... Alhamdulillah, demi membesarkan anak-anak, mak aku suap semua makanan yang sedap sedap jer ke perut aku ni...hehe

Hari ni jugak, aku ikut Mus ke office sebab ada beberapa perkara aku nak settle'kan.. Nak print, nak search internet then nak pegi fotostat kat kedai.

Esok, ada tetamu nak datang rumah. Tak sabar pulak rasanya nak mengulangi momen indah 3-4 tahun yang lalu...

Insya Allah akan di'up-date' tentang tetamu itu esok!
(kasi saspen sikit...hehehe... Tapi, nak lagi update, fb jer la paling pantas..., terus update! hehehe..)

Thursday, March 29, 2012

Jom DIET Cara Sihat dan Betul!

Tips ni sy dpt dari satu sumber yg boleh dipercayai.. Bila saya compare dgn dua tiga produk lain yg suggest diet, pun inilah juga dietnya.. Maknanya kalau korang ambil produk pelangsingan, mereka tetap bagi suggestion diet seperti ini untuk diamalkan.. Dari situ, saya dapat buat kesimpulan bahawa produk produk tu suma hanya alat untuk mengaburi mata korang jer sebenarnya.. Pucuk pangkalnya adalah cara pemakanan kita. Itu yg paling penting!

 1. Bangun dari tidur : segelas air masak

 2. Sarapan pagi (antara 7pg - 9.30pg) :
 whole meal bread (2 keping) dibakar + jem buah2an (hindarkan peanut butter)
AtAU biskut fiber (4 keping)
ATAU cereal/nestum
ATAU hard boiled egg (2 biji) + toast
SERTA 1L air masak

 3.Minum Pagi (antara 10pg - 12pm) :
buah2an atau yoghurt (sila hindarkan durian, mangga dan pisang)

4.LUNCH (antara 12pm - 2ptg)
 1/2 pinggan nasi + 2 jenis sayur + 1 protein (steam fish, taufu, ayam)
ATAU Mee berkuah spt sup atau tomyam (sila hindarkan mi kuning dan kue teow yer!)
ATAU spageti
ATAU salmon grill/ayam + 1 mangkuk salad
SERTA 1L air masak

5.Minum Petang : sebelum jam 4 petang
Biskut fiber (4 keping)
ATAU buah2an + yoghurt (jgn makan durian, mangga atau pisang)

6.Dinner (sebelum 8 mlm)
sup + sayur (tiada had) + protein
ATAU protein sahaja spt ayam stim/ikan/telur/taufu)
ATAU sayur sahaja
SERTA 0.5L air masak

Habis tu, bila masanya kita nak makan nasi lemak, lontong, roti canai, ayam lemak kuning, paprik dan segala macam bagai tu? Sebab tu la, sepanjang tempoh berpantang yg baru nak masuk sebulan ni, saya boleh turun 5kg! Apa taknya, pagi pagi cuma makan biskut atau roti bakar atau cereal sahaja.. Lunch plak mkn yg rebus rebus jer.. Dinner jer tak ikut law, tetap ambil nasi or bubur jugak tapi beras bhasmati la, tiada kanji..

Cuma bila dah masuk minggu ke empat ni, mmg dah muak nak makan nasi malam malam.. Tekak ni teringin mee sup ke, tomyam ke tapi masih lom berani ambil lagi.. Ni bila habis berpantang ni, mcm mcm list dah tersedia dah nie.. Tapi, one thing la, jgn mendadak terus makan mcm macam, takut memudaratkan.. Al-maklumlah Puan Laily! Awak tu luka besar kat dalam.. Bukannya nampak kan?

Hehe Amacam? Ada bran? Cuba-cubalah utk makan secara sihat.. Anda buat, anda dapat Insya Allah.. Saya pernah cuba tapi saya tak kuat iman hehehe... Part yg paling susah ialah nak displinkan diri supaya tidak ambil nasi waktu malam.. Apa tidaknya, kita dah penat penat masak, tgk lauk panas panas dan sedap sedap... Tergoda!!! Hehe

Wednesday, March 28, 2012

Marathon Update Blog

Agak lama juga terbaring sahaja di atas katil.. Berjalan jalan cuma sekitar dari katil ke bilik air, atau ke tingkap melihat matahari naik.. Atau paling jauh, ke bilik anak di aras yang sama.. Nak turun naik tangga mmg tak berani.. Bila dah masuk minggu ke tiga baru berani turun bawah.. Skrg dah minggu ke empat, satu hari dua kali jugaklah turun bawah, sebelah petang dan malam.. Skrg ni pedih pedih kat perut tu, dah kurang dah sakitnya.. Kalau ditekan, ada sikit sikit lagi rasa sakit di bhgn bawah pusat, betul betul di atas bahagian operate.. Kesan operate yg melintang tu, dah kering.. Bersih, cantik dan tudak bernanah.. Syukur.. Makan, masih berpantang.. Tapi no more ikan haruan! Solid 15 hari aku telan ikan haruan siang dan malam.. Skrg ni nak tgk ikan haruan pun dah tak lalu dah.. Hari ni timbang berat...

Wow!! Sebulan berpantang, dah turun 5kg!! Klu dua bulan, boleh turun 10kg tak eik? Apa taknya hari hari sayur bening, hari hari sayur bening.. Ikan pun masak singgang atau sup ajer.. Tiada lemak, Minyak pun kurang, tiada ais, wow! Mmg best lah!!

Honestly, mmg dah rindu dgn ayam paprik, ayam lemak kuning, char kue teow, mee bandung dan bla bla hehe Ptg tdi curi curi keluar pegi bank.. Pesan kat bibik, jgn ckp dgn bapak.. Alih alih malam ni kantoi la plak..heehe sebab ada fresh milk kat dlm fridge hehe

Bila dah bosan memerap jer kat atas katil, masuk minggu ke empat dah mula buat keje depan PC, barulah dpt marathon update blog..

Jom layari posting 1 Mac, 5 Mac, 8 Mac, 14,15,16,17,18,19,20 dan 21 Mac 2012...

Ectopic Pregnancy
5 Mac 2012 : Kasihnya Tiada Galang Ganti
8 Mac 2012 : Seminggu berlalu
14 Mac 2012 : Dua minggu
15 Mac 2012 : Air tangan bonda
16 Mac 2012 : Aku dan novel
17 Mac 2012 : Bila jasad dan hati tidak bersatu
17 Mac 2012 : Di jiwaku ada Irissa Laundry
18 Mac 2012 : Keluarga Cahaya & Shah/Shad
19 Mac 2012 : Ke PKU UTHM
20 Mac 2012 : Salam kerinduan buat semua teman
21 Mac 2012 : Tunjukkan aku jalan


Tuesday, March 27, 2012

Ku ingin bebas...

Hari ke 27... Dah mula rasa bosan.. Nak kluar rumah sendirian, tak boleh.. Nak bergantung harap kat org, pun tak boleh nak bergantung sepenuhnya.. Org lain pun ada urusan lain gak nak buat, bukan nak layan kita sorang jer.. Yang PC ni pun ntah apa la sengalnya, takleh access internet plak.. Nak print, kat rumah pun takde printer! Adeh! I ada byk kerja yg tergendala ni! Dah mula rasa bosan bila ada urgent matters nak kene settle'kan kene tunggu org drive utk kita! Haish! Bila la leh drive sendiri ni! Kalau ikut hati, nak jer start enjin kereta dan pegi CC kat sebelah D'impian tu ha! Bukannya jauh sangat pun, 2 minit drive, dah sampai dah... Tapi, takut la jugak if anything happen, lagi haru biru jawabnya... Lalala.. Ku ingin bebas...lalala..haish!

Hujung minggu yg lalu, balik kg Pt Sulong.. Kebetulan pulak, air tak keluar.. Kain baju banyak belum berbasuh, sampaikan nak beristinjak dan berwuduk pun takde air dah.. So, peluang keemasanlah utk si burung keluar dari sangkarnya.. Dapatlah jugak menjenguk-jenguk dan memantau operasi kedai.. Dah sebulan lebih rasanya tak tgk kedai.. Rindu tak terkata..

Walaupun keuntungan kedai bukan puluhan ribu ringgit, namun Alhamdulillah, hasrat aku utk bantu org kampung utk memudahkan mereka basuh toto,atau basuh langsir atau basuh skirting sudah terlaksana.. Tak perlulah mereka bersusah payah ke bandar Batu Pahat yg jauhnya kira 35km darinpekan Pt Sulong.. Hasrat kedua utk membuka peluang pekerjaan kpd org yg memerlukan juga sudah terlaksana.. Hasrat ketiga utk memberi kesenangan kpd keluarga juga sudah hampir mencapai matlamatnya...

Mudah2an Allah terus melimpahi rezeki yang tiada putus-putusnya Insya Allah... Adeh! Apa nak buat yer hari ni? Nak cari bahan, internet takleH nak access.. I ada byk proposal nak buat nie.. Tinggal dua minggu setengah jer lagi before naik kerja... Adeh! Leh siap ke ni??

Wednesday, March 21, 2012

Hari ke 21 : Tunjukkan aku jalan

Perkembangan hari ke 21

Alhamdulillah, badan dah makin segar... Namun, seperti semalam semalam, di perut masih pedih pedih lagi. Esok genap 3 minggu... Masih belum nampak tanda-tanda dah betul betul sihat..

Hari ke 21, aku dah mula turun turun ke tingkat bawah.. At least, sekali dalam sehari untuk menonton TV atau melihat-lihat dapur..
Duduk tanpa apa-apa kerja di rumah, buat diri makin resah... Banyak perancangan yang memerlukan pelaksanaan... Ada tugasan besar yang menanti esok. Tak tahulah bagaimana kesihatan aku esok. Macamana pun, aku perlu settle'kan juga urusan itu.

Dan, sepanjang minggu ini, sedang siapkan satu paperwork utk satu lagi cabang bisnes.. Mudah2an Allah, permudahkan pelaksanaan, semudah perancangannya... Badan letih, tapi otak lagi letih berfikir... Ya Allah, moga aku terus diberi ilham dan petunjuk untuk setiap jalan yang dipilih...

Tuesday, March 20, 2012

Salam kerinduan buat semua teman

Assalamualaikum all friends out there...

Lama sungguh tak berada di sini... Tuan rumah bak kata Kak Nas diduga dengan sakit yang mengejut dan kritikal.. Sungguh...perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan... Ketentuan Allah, adalah sebaik-baik ketentuan.. Saya, sebagai hamba-Nya sememangnya redha dengan takdir Allah.. Sedikit pun tidak terlintas kekesalan di hati melainkan terbayang-bayang hikmah dan rahmat di sebalik semua kejadian...

Insya Allah... akan saya abadikan detik-detik mencemaskan itu pada posting Ectopic Pregnancy (1 Mac 2012) sebentar lagi... (sajer jer nak taip kat situ... supaya mudah diingat...:))

Terima kasih kepada rakan-rakan yang datang melawat
1. Adik-adik office (Sab, Shaz, Aida, Wawa)
2. Rakan-rakan setiausaha (Kak Su, Kak CT, Kak Ju, Kak Janah)
3. Kak Ina D'Impian
4. Yati Dobi
5. Kak Nas and family
6. Izan
7. Munzilah and family
8. Aisyah dan Latip
9. Jiran dan rakan : Nini Radziah
10. Zuraidah Bachok
11. Yusmar
12. Kak T (Dr. Rozaida) dan anak2...
13. Geng office lama : Mimie, Sue dan Kak Gya
14. Azizah and family
15. Tuan Norhayati and family
16. Adik-adik YO (Hakim, Najiha, Dayah, Yat dan Nurul)
17. Kak Kam and family
18. Kak Leha
19. Kak Cahaya and family
20. Shah Wollaton and Shadia
Juga, mak ayah dan semua adik-beradik... semua dah datang tengok... thanks...

Juga, terima kasih kepada yang call, bertanya khabar juga yang hantar sms tru hp, emel, inbox fb... juga di wall facebook... Thanks all!!!

Perkembangan di hari ke 20 : Alhamdulillah, badan dah makin segar, duduk di kerusi depan komputer, pun dah boleh. Cuma pedih pedih di perut masih lagi terasa... Bekas operate, nampak cantik dan kering. Alhamdulillah, tidak bernanah atau berair...

Monday, March 19, 2012

Hari Ke 19 : Ke PKU UTHM

19 Mac 2012 : saya ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTHM untuk berjumpa dengan Dr Mai. Tiada sebarang temu janji yang dibuat, sekadar 'walk-in' sahaja.

Keadaan hari ini, di bahagian perut masih terasa bisa-bisa.  Menurut Dr Mai, itu adalah perkara normal selepas pembedahan yang melibat ectopic.  Almaklumlah, sebanyak 5 atau 6 lapisan telah ditoreh dengan pisau sewaku pembedahan, itulah implikasinya.  Malahan, ketika proses membuang darah kotor dan mencuci di sekitar ebdomen, pastinya ada organ-organ di dalam perut yang di alih ke kiri dan kanan. Haish..ngilu mendengarnya.

Kata Dr Mai lagi, luka di dalam biasanya mengambil masa 1 hingga 2 bulan untuk pulih. Saya dinasihatkan untuk tidak membuat kerja-kerja berat sepanjang tempoh MC ini. Dan pastikan juga berehat 6-12bulan sebelum merancang untuk hamil semula.

Selain itu, kata Dr Mai, setiap wanita mempunyai kebarangkalian untuk mengandung luar rahim. Wanita yang pernah mengalami ectopic lebih mudah terdedah untuk mendapat ectopic kali kedua. Untuk itu, saya dinasihatkan agar tidak bertangguh melakukan scan sekiranya mendapati sudah lewat period. Baiiiiik doktor!

hermmmmm tahun ni umur dah 36... rehat setahun, 37 baru boleh pregnant.. Kalau ada rezeki, umur 38 baru boleh dapat baby... haish.. dah tua dah tu... hmmmmmmmm.... :(

Sunday, March 18, 2012

Keluarga Cahaya & Shah-Shadia datang visit..

Nak buat kejutan sangat yer?... Ha! Hambik! tgk saper yang terkejut?

Sepanjang 2 minggu lebih MC, memang aku takde keluar rumah, turun ke tingkat bawah pun tak pernah. Jadinya, kak cahaya konon-konon nak buat kejutan, main terjah jer rumah aku tanpa call or sms.. sudahnya...........jeng jeng jeng...

Aku dan Mus mmg dah plan awal, hari terakhir cuti sekolah ni, nak bawak aku keluar rumah, temankan anak-anak yang tak berpeluang ke mana-mana langsung sepanjang cuti sekolah yang lalu. Jadi perancangannya, kami nak balik ke Parit Sulong sekejap. Sambil-sambil tu boleh la, aku tgk2 kedai kejap.. Tapi, sebelum balik ke Pt Sulong tu, kami ada banyak perancangan, nak singgah banyak tempat. Antaranya, nak ambil barang tupperware, nak ambil baju dry clean, nak hantar karpet customer dan yang paling ekstrem, nak bawak anak2 pegi swimming di Banang Golf Club.

Baru jer setengah jam, anak2 berendam, kak cahaya call, bagitau dah sampai depan pagar! Memang nak kenee cubit nie! Kensel terus program nak balik kg, anak2 terus bersiap2 salin pakaian. Aku tgk jam, lama jugak kak cahaya dan shadia melanguk depan pagar, lebih kurang sejam setengah jugak la! hambek ko!..hahaha...

Anyway thanks for coming!.. and thanks too for the surprise! hahaha.... lain kali buat lagi yer! dibuatnya aku balik kota tinggi masa tu, ko nak ke mana? beli kerepek, pastu terus balik? hehehe..

Petang tu, sebelum rombongan dari Melaka berangkat pulang, kami bawa keluarga cahaya dan shah-shad ke Nasi Beriani Power Taman Soga Batu Pahat... Seronok tengok diorang makan, berselera sungguh!... Kenyang sampai ke malam ler semua orang..:)

Saturday, March 17, 2012

Catatan FB : di jiwaku ada Irissa Laundry

Rindunya dgn Irissa Laundry.. Dah 3 minggu tak jenguk kedai.. Kesian Irissa Laundry.. Tuannya sakit, dia pun merudum jugak.. Sales pun menurun.. Cepatlah sihat! Tak sabar nak all out buat marketing! Byk tugasan menanti nie.. Strategi pemasaran nak dimantapkan lagi, operasi pun perlu ada penambahbaikan, servis pun perlu dimantapkan, produk pun nak kene tambah.. Yup, I need to do something different! Then it will makes me diffrent from anyone else!
~dahdapatpeluangrehatcukupcukuppunmasihtakretidudukdiam!~

Bila jasad dan hati tidak bersatu

Celik jer mata, pagi ni terus tanya Mus 'Bang, hari ni hari apa?'

'Sabtu..'

'Sabtu? Bukan Isnin yer bang?'

Sungguh berdedikasi betul Cik Puan Laily ni kan?.. Malam tadi boleh mimpi, dah naik keje pagi nie, hari Isnin ni..hehehe...

Condition masa tu, mmg masih lom fully recovery lagi.. Di perut masih terasa pedih lagi. Bos siap tanya, eh! kenapa awal naik keje ni?

aku jawab 'risau la bos, asyik teringat keje yang tak siap kat ofis jer' hahaha.... Yela sangat, aku nak naik keje awal kan?

Tapi, memang jauh di sudut hati, aku asyik teringat-ingat kerja yang banyak tertangguh kat ofis tu.  Kesian kat adik-adik ofis yang terpaksa cover kerja-kerja yang tak siap tu. Memang sekarang ni tgh banyak kerja. Dengan bos baru nie, mmg sibuk manjang... Ada jer pergerakan nak kene uruskan.. Klaim bos, dah 2 bulan aku tak buat.. Bulan Januari dan Februari... Sudahnya Kerani Kewangan kat ofis yang tolong settle'kan..  Thanks la yer adik2ku... Naik kerja nanti, akak belanja korang!...

Next week (27/3) kami ada event besar, International Cultural Evening. Tercungap-cungap la Sab kat ofis sengsorang.. Harap2 semuanya berjalan lancar. Aku ni, jasad jer di rumah, tapi hati masih di ofis... itulah jadinya bila jasad dan hati tidak bersatu...

Friday, March 16, 2012

Catatan FB : aku dan novel

Catatan 10 Mac
Tombiruo sudah tamat....yeaaay
Next.....Semangat Hutan....



Catatan 14 Mac : Semangat Hutan dah tamat malam semalam..
Hari ni kita ulangkaji Cinta Tiada Akhirnya (sambungan Ombak Rindu) pulak yer..
Yg ni kompilasi 2 novel Fauziah Ashari dlm satu buku... Cinta Tiada Akhirnya dan juga Duri.. 955 halaman.. Mau 4,5 hari jugak baru tamat nie..
aku pun terlupa aku ada dua novel nie... Novel Cinta Tiada Akhirnya adalah kesinambungan Novel Ombak Rindu yang sangat laris itu yer... Manaka Novel Rindu Cintaku adalah pelengkap atau penamat kepada kisah Haris dan Izzah dalam Ombak Rindu dan Cinta Tiada Akhirnya..

Novel Cinta Tiada Akhirnya aku dah jual pada Isya memandangkan aku ada 3 novel Cinta Tiada Akhirnya...
1. Cover biru : cover lama, dah lama dah beli...
2. Cover purple/biru : beli kat PWTC, terlupa dah ada, terbeli lagi skali...
3. Cover hijau/kuning : kompilasi 2 novel Fauziah Ashari, kawan hadiahkan masa birthday last year....

Tapi, memang bestlah, novel Cinta Tiada Akhirnya... within 24jam jer, aku dah siap baca satu novel.. Tak reti nak berenti selagi belum tiba di noktah terakhirnya....





Catatan 16 Mac : Ok enough Puan Laily.. Lupakan seketika novel2mu.. Now concentrate on reciting Holy Quran..
Sasaran : 5 juzuk sehari, khatam 6 hari.. Insya Allah within a month b4 naik keje 16/4 ni, sasaran 4 kali khatam..
Cubalah.. Insya Allah... anda buat, anda dapat..
Sesungguhnya Al-Quran itu penawar segala duka..


Sesungguhnya perancangan di atas kertas tidak semudah pelaksaan sebenar.  Kekuatan jiwa turut memainkan peranan... Mudah2an tercapai juga sasaran walaupun agak sedikit tersasar...

Thursday, March 15, 2012

Catatan FB : air tangan Bonda

Bila masterchef bonda duduk kat dapo, menu sudah bertukar! En Mus pun dah 2 hari cuti memasak..hehe.. Thanks Mom!!
 
Actually dah 2 hari mak datang Taman Robena. Dah 2 hari juga En.Mus cuti memasak. Lauk aku pun nampaknya dah berubah rupa hehhehe... Hari ni cuti ikan haruan sehari... mak buatkan ikan caru bakar cecah air asam..

Wednesday, March 14, 2012

Catatan FB : 14/3/2012

Hari ni dah genap 2 minggu tak masuk dapo, tak masak, tak turun bawah, tak baca paper, tak tgk tv, tak drive kereta, tak pegi keje dan mcm2 tak lagilah!!!!
Yeaaay! Hari ni mak sy ada kat sini.. Anak2 pun nampak hepi sikit, ada Wan datang.. sbb dah ler cuti sekolah, tak dpt balik kg, tak dpt jln2 dan mcm2 tak lagilah!!
Alhamdulillah, badan dah makin segar cuma luka operate masih perlukan sikit masa lagi utk betul2 sembuh..
 
Catatan sebelah petangnya pulak :
Apa ke he nye aku ingat hari ni dah hari Khamis??? Baru hari Rabu la Puan Laily!!!
Oooouchh...ooo time pls flying faster
... Tak sabar rasanya nak tunggu 45 hari.. Hari ni baru hari ke-14... Another 31 day to go!!

Thursday, March 8, 2012

Catatan FB : seminggu berlalu

Dah genap seminggu peristiwa sadis dan tragis tu berlaku..
Dah seminggu juga tak tgk tv
Dah seminggu tak baca suratkhabar
Dah seminggu En Mus ambil alih semua tugas termasuk tugasan di Irissa Laundry
(pegi beli sabun, pegi hantar karpet, pegi hantar dry clean)
Apa??? SBPA mansuh?? Heheehe baguslah, drpda byk sgt keburukan buat apa nak diteruskan kan, ye tak? Bagusnya dibaiki jer SSM yg sedia ada tu..
Hmmmmmmm jasad jer di rumah, otak asyik teringat keje yg tak siap kat ofis nuuun..

Monday, March 5, 2012

Catatan FB : kasihnya tiada galang ganti

 
Bila en suami ambil alih tugas di dapur ~ LULUS :)
Bila en suami ambil alih tugas ambil anak di sekolah ~ LULUS :)
Bila en suami ambil alih tugas beli brg dapur ~ sekali beli brg, 3,4 kali tepon.. Milo nk beli brapa kilo, sabun nk amik jenama apa, varnish nk cari kat mana hehe
Bila en suami ambil alih tugas beli lauk kat pasar ~ hehe baru tau brapa byk isteri dia spend belanja pasar dlm seminggu ...
then sebulan.., brapa ekor ayam nak kene beli, brapa sarang telur nak kene stndby hehe..
Ada hikmah di sebalik semua kejadian.. Moga kita kaum isteri akan lebih dihargai lepas ini..
Anyway thanks a lot bang atas semua pengorbanan ini.. I appreaciate it very much!! And will always love u...muaaah!!!
(kesian En.Mus, nampak letih sgt, dri pagi hingga ke mlm uruskan mcm2 keje..thanks abang...)
 
status yg paling top!.. 37 comments and 43 like..:)

Thursday, March 1, 2012

Ectopic Pregnancy

Segala-galanya bermula tanggal 1 Mac 2012 : jam 5.30 pagi, di mana saya tiba-tiba diserang dengan sakit perut yang teramat-amat sangat... Kesakitan yang umpama pisau menghiris kulit, juga umpama 'contraction' seperti mahu melahirkan bayi, dan juga umpama ingin membuang air.  Suasana Subuh yang bening, tiba-tiba bertukar menjadi kelam kabut lantaran tiba-tiba sahaja saya menjerit menyebabkan En.Mus turut terperanjat dan panik dengan situasi itu.

Berkali-kali juga saya cuba ke bilik air untuk cuba membuang apa-apa yang patut dibuang. Di dalam hati, salah makan apa agaknya yer malam tadi? Keracunan ke? Apendiks ke? Gastrik ke? Saya yang menyangkakan itu hanya sakit perut biasa, berusaha bertahan sambil menunggu jam 8 atau 9 pagi, menanti klinik UTHM dibuka. Mus sebagaimana biasa, menguruskan anak ke sekolah sekitar jam 7 pagi, dan berjogging dahulu sementara menanti jam 8.00 pagi.

Mus pada mulanya ingin terus membawa saya ke klinik tetapi memandangkan dia ada kelas jam 8 pagi, saya menyarankan agar Mus ke kelas dahulu.  Saya rasa, pagi itu berkali-kali juga saya pengsan kerana tiba-tiba sahaja saya gelap mata dan hanya tersedar bila Iris atau Mus atau bibik memanggil nama saya.

Sementara itu, saya di bilik sudah menderita kesakitan. Sekejap sekejap ke bilik air, untuk buang air tetapi tidak berhasil.  Ada satu ketika, saya ke bilik air sendirian, dan tiba-tiba saya jatuh di pintu bilik air. Mujur ada Iris di sisi, dialah yang memanggilkan ayahnya yang ketika itu berada di bawah. Saya semakin hilang tenaga dan tubuh badan saya semakin lemah.. Untuk menyalin pakaian pun saya tidak mampu melakukannya bersendirian. 

Jam 9.15pg, Mus tiba semula ke rumah untuk membawa saya ke klinik UTHM. Saya mencadangkan agar En. Mus memanggil ambulan UTHM sahaja untuk mengambil saya di rumah lantaran tidak mampu berdiri, tapi Mus kata tak apalah, kita turun perlahan-lahan.  Terpaksalah Mus dan Bibik memapah saya hingga ke bawah. Tiba sahaja di bawah, saya terus terbaring di lantai kerana sudah kehabisan daya dan tenaga untuk berdiri.  Saya mendesak Mus untuk menarik saya sahaja ke dalam kereta, tapi Mus tidak sampai hati hendak menarik tangan saya. Terpaksalah saya merangkak hingga ke kereta. Namun, sekali lagi saya pengsan! Kali ini Mus benar-benar panik kerana wajah saya sungguh pucat katanya, dan mata hitam juga sudah tidak nampak, hanya mata putih sahaja yang kelihatan.. Saya hanya tersedar bila Mus menjerit memanggil-manggil nama saya sambil beristighfar berkali-kali.

Tiba di klinik UTHM, nurse yg bertugas terus memasukkan air ke dalam badan bila melihat keadaan saya yang sudah tidak bermaya.  Saya mula merasakan kesakitan yang saya alami ketika itu, mungkin ada kaitan dengan kandungan saya! Sejujurnya saya tidak tahu saya mengandung, tapi saya dapat merasakan yang saya mengandung kerana saya sudah lama tidak datang kotor.

Sebenarnya, kali terakhir saya period ialah pada 15/10/2011. Saya pernah buat UPT sendiri pada 3/1/2012, namun hasilnya negatif. Dalam hati, musykil juga dah lebih 2 bulan, kenapa tak period lagi? Stress ke? Entah la, saya tiada jawapan kepada soalan itu. Bila masuk ke bulan Februari pun, masih tidak period, saya macam dapat rasa yang saya pregnant tapi saya lengah2kan buat UPT sebab tak mahu resultnya negatif lagi. And my very big mistake was saya tak buat scan. Doktor di UTHM memang marah bila dapat tahu saya tidak buat check-up dan scan.
Bila diberitahu saya sudah beberapa bulan tidak datan kotor, MA (Medial Assisstant) minta saya ke bilik air untuk mendapatkan urine, namun saya menolak kerana tidak mampu untuk bangun apatah lagi berdiri atau berjalan.

Saya mengadu sakit perut yang teramat sangat, nurse yang bertugas segera memanggil Dr Zul.. Bila Dr. Zul mendapati tekanan darah saya terlalu rendah, dia minta ditambah satu lagi air di tangan kanan pula. Dr. Zul terus membawa saya ke bilik scan untuk memeriksa perut. Saya terlihat kegusaran di wajah Dr Zul bila dia melihat ke skrin komputer yang ada di bilik scan.  Saya terdengar Dr Zul berkata, 'I think she's pregnant but............(dah tak dengar dah....)

Saya segera dibawa semula ke bilik kecemasan klinik UTHM dan Dr Zul pula menyiapkan surat rujukan ke Hospital Batu Pahat. Nurse yang bertugas pula memasukkan salur kencing. Bila dapat sedikit urine, Dr Mai segera membuat UPT dan hasilnya memang 2 LINE!!!

Dr Mai menghampiri saya dan menerangkan kepada saya 'condition' saya ketika itu. Menurut Dr Mai, saya disahkan mengandung luar rahim, iaitu di salur felofium dan malangnya sudah pecah. Berdasarkan scan yang dibuat oleh Dr Zul, didapati darah sudah memenuhi keseluruhan abdomen saya. Untuk menyelamatkan saya, saya perlu dibedah untuk membuang salur felofium yan sudah pecah itu serta membuang dan mencuci darah yang banyak di dalam perut.  Saya diminta banyak beristighfar, berselawat dan bertenang. Pada waktu itu, saya masih blur tidak tahu samada pembedahan ini merupakan pembedahan minor atau major.. Segala-galanya saya serahkan kepada Allah, sebaik-baik perancang..

Sempat juga saya menoleh ke arah jam dinding di klinik UTHM, sekitar hampir jam 12, saya dibawa ke Hospital Batu Pahat oleh ambulan UTHM.. Tercapai juga hajat saya nak naik ambulan yer! :) Pagi tadi, En.Mus taknak panggilkan ambulan, sekarang dapat naik! hehe... Sepanjang perjalanan saya tidak-tidak putus membaca doa La Ila Ha Illa Anta subhanaka inni kuntu minazzolimin...

Tiba di Wad Kecemasan, 4,5 orang doktor sudah bersedia menanti kehadiran kami. Rupa-rupanya pihak UTHM telah menghubungi pihak Hospital Batu Pahat untuk menerangkan keadaan diri saya. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Semua doktor memainkan peranan masing-masing, ada yang cucuk tangan kanan, ada yang cucuk tangan kiri, ada yang salinkan baju operation, ada yang scan perut, ada yang selimutkan dengan 'warm blanket'.  Ketika doktor memanggil Mus, saya lihat mata Mus sudah basah.. Saya tahu dia menangis kerana terlalu risaukan saya.

Saya diminta untuk menandatangani beberapa helaian dokumen untuk proses pembedahan. Entah apa isi kandungan dokumen itupun, tidak saya ketahui. Entah-entah kalau kata kat situ ada tulis, pihak hospital tidak akan bertanggungjawab di atas segala implikasi ke atas pembedahan pun, aku main setuju ajer...hehehe... Oh!ya ditambah juga satu lagi borang, implikasi pembedahan yang dijalankan tanpa cukup syarat berpuasa. Oleh kerana kali terakhir saya makan adalah sekitar jam 10 pagi dan pembedahan dijalankan sekitar jam 1 petang (tidak cukup 6 jam), besar kemungkinan akan ada implikasi kepada organ-organ tertentu. Doktor tiada pilihan lain, condition saya cukup kritikal ketika itu. Jika pembedahan lewat dijalankan, kemungkinan saya boleh kehilangan nyawa. Syukur, Allah itu sebaik-baik perancang. Mujur cepat saya dibawa ke hospital.

Saya ditolak ke bilik pembedahan (OT) jam 1.10 petang. Keadaan saya ketika itu, semakin 'worst'.. Kaki sudah mula menggeletar, perut pula asyik ber'dug'dag'..(susahnya nak explain hehehe). Seorang doktor Chinese muda memanggil Mus untuk menerangkan implikasi pembedahan yang akan dijalankan. Sister di sebelah pula tidak henti-henti menyuruh saya beristighfar, berselawat, berdoa dan bertenang. Di mulut saya, doa itu tidak henti-henti dilafaz... Sempat juga saya pesan pada Mus, 'Abang, tolong bacakan Yasin untuk Laily..' Ya Allah, selamatkanlah aku dalam pembedahan ini. Semoga dipermudahkan pembedahan.

Di OT, saya hanya nampak lampu di atas muka saya sahaja, yang lain-lain tak sempat untuk dijeling. Saya rasa, ada lebih kurang 5-6 sedang mengelilingi saya, setiap orang dengan tugas masing-masing. Ada yang ambil darah, (cucuk lagi! saya orang yang paling penakut kalau doktor ambil darah!) Ha, ambik! rasa-rasanya dekat 5-6 tempat jugalah saya kene cucuk! sampaikan di leher pun ada. Kata doktor, di leher salur darah adalah lebih besar. Mungkin, masuk darah di situ kot. Mata saya galak meliar ke kiri ke kanan, memerhatikan petugas yg sibuk dgn tugas masing-masing.. Secara tiba-tiba, mata saya kian layu, dan akhirnya saya langsung tidak sedar apa lagi yang berlaku ke atas saya.. Saya hanya tersedar bila terdengar seseorang memanggil-manggil nama saya... Saya rasa bagai baru tersedar dari mimpi, di dalam mimpi itu seolah-olah saya sudah mati.. Tapi, ianya berlaku bagai sekelip mata, dan tiba-tiba mimpi itu hilang!

Pembedahan mengambil masa sekitar satu jam lebih. Saya rasa macam baru bangun dari tidur, bila seseorang memanggil nama saya. Syukur Alhamdulillah, saya masih bernafas!... Syukur, Allah masih memanjangkan usia saya... Hampir jam 4 petang, baru saya ditolak keluar dari OT dan dibawa ke Wad ICU. Demi terpandang wajah Mus di hadapan OT, saya mengukirkan senyuman buat Mus, sebagai tanda segala-galanya sudah selesai, sudah selamat dan berjalan lancar!

Menurut doktor, 3 darah baru dimasukkan ke dalam badan saya..huhuhu.. Ntah darah sapalah agaknya yer?... Kata doktor lagi, doktor telah bersihkan dan buang hampir 3 botol darah kotor yang ada dalam perut saya.

Sepanjang malam di Wad ICU, perut saya berdenyut-denyut kesakitan. Setiap satu jam, nurse bertugas mengambil tekanan darah. Alhamdulillah, tekanan darah semakin baik dari masa ke semasa. Doktor yang menjalankan pembedahan juga ada datang meninjau perkembangan diri saya malam itu. Satu ayat doktor Chinese ni yang amat saya ingat 'I think you must be very kind person, your God help you.. You are so lucky there's some people around you when you fall down' Doktor kata, amatlah bahaya jika sudah pengsan berkali-kali. Dalam hati, tidak henti-henti saya lafazkan kesyukuran di atas kekuasaan Allah...

2 Mac 2012
sekitar jam 9 pagi, saya dipindahkan ke wad biasa Wad 6. Keadaan saya pada hari itu, masih lemah. Perut juga masih berdenyut-denyut.  Saya masih belum dibenarkan makan dan minum kecuali air masak sahaja. Sekitar jam 12, baru saya dibenarkan minum air berperisa.  Saya hanya dibenarkan makan bubur sekiranya sudah membuang angin. Sebelah malamnya, barulah saya berpeluang makan bubur dan sup ikan haruan yang Mus masak. Nikmatnya makan hanya Allah yang tahu.. Syukur Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat itu.

3 Mac 2012
Jam 8 malam, saya dibenarkan keluar dari hospital bila doktor berpuashati dengan kesihatan saya. Syukur Alhamdulillah...

Insya Allah, di lain posting, saya akan terangkan dengan lebih mendalam apa itu ECTOPIC PREGNANCY... Insya Allah...