Wednesday, March 21, 2012

Hari ke 21 : Tunjukkan aku jalan

Perkembangan hari ke 21

Alhamdulillah, badan dah makin segar... Namun, seperti semalam semalam, di perut masih pedih pedih lagi. Esok genap 3 minggu... Masih belum nampak tanda-tanda dah betul betul sihat..

Hari ke 21, aku dah mula turun turun ke tingkat bawah.. At least, sekali dalam sehari untuk menonton TV atau melihat-lihat dapur..
Duduk tanpa apa-apa kerja di rumah, buat diri makin resah... Banyak perancangan yang memerlukan pelaksanaan... Ada tugasan besar yang menanti esok. Tak tahulah bagaimana kesihatan aku esok. Macamana pun, aku perlu settle'kan juga urusan itu.

Dan, sepanjang minggu ini, sedang siapkan satu paperwork utk satu lagi cabang bisnes.. Mudah2an Allah, permudahkan pelaksanaan, semudah perancangannya... Badan letih, tapi otak lagi letih berfikir... Ya Allah, moga aku terus diberi ilham dan petunjuk untuk setiap jalan yang dipilih...

2 comments:

  1. segala yg berlaku adalah kehendahNya.terima dgn redha kerana Allah Maha Mengetahui..semoga anda sihat dan ceria2 selalu...

    ReplyDelete
  2. Tq kaklong.. Syukur pd Allah, sebaik2 perancang.. Pasti Allah gantikan dgn yg lebih baik..insya Allah...

    ReplyDelete