Monday, December 10, 2012

MRSM Batu Pahat

10/12/12 hari yang agak bz utk Muslaily family... Mus & Ahmad seawal jam 6 pagi sudah bergegas ke Muar untuk badminton tournament ~ Muar Open... Aku plak jam 8.30 pagi ada kursus.. Si kakak plak jam 11.15 pagi ada interview & ujian bertulis di MRSM Batu Pahat... Jam 9.30 pagi, aku mintak izin dari urusetia utk keluar sekejap hantar Amnani ke MRSM Batu Pahat.. Agak laju jugaklah aku memecut dengan jayanya untuk pastikan boleh sampai awal di MRSM dan berkira-kira untuk pulang awal ke UTHM untuk sambung semula kursus...
 Tiba di MRSM jam 10.40 pagi, sudah ramai ibu bapa dan pelajar yang berada di dalam perkarangan sekolah. Rupa-rupanya banyak sesi ujian hari ini dan sesi Amnani adalah pada jam 11.15 pagi. Tidak menunggu lama, kumpulan sesi C13 (jam 11.15 pagi) sudah dipanggil untuk mendaftar dan bersedia di ruang menunggu. Di peringkat ini, ibu bapa sudah tidak lagi dibenarkan bersama anak-anak. Aku meninggalkan Amnani dengan ucapan 'good luck' dan segera bergegas ke surau untuk mengambil wuduk dan membaca Yasin, mudah-mudahan Amnani dipermudahkan menjawab soalan, diterangkan hati menjawab soalan, dan diberi ketenangan sewaktu menjawab soalan. Rasa-rasanya lebih 10 kali juga aku mengulangi bacaan Yasin sehinggalah jam beranjak ke angka 1.


Rupa-rupanya kata Amnani, lebih kurang jam 11.30 pagi, Amnani sudah dipanggil ke bilik temuduga untuk ujian lisan bersama penemuduga. Mana-mana pelajar yang telah menjalani ujian lisan akan disaringkan di Perpustakaan sementara menunggu pelajar lain siap ditemuduga. Kumpulan sesi C13, C14 & C15 kemudiannya dibawa ke Dewan Besar untuk ujian bertulis Matematik, Sains & Perihal Diri tepat jam 1.00 petang.

Aku tiba di UTHM semula jam 1.45 petang, dan segera mengisi perut yg sudah berkeriut sejak jam 12 t/hari tadi. Berita yang diterima daripada En.Mus, Ahmad telah kecundang di set pertama 'single' pagi tadi dan akan beraksi pula untuk 'double' pagi esok.

Memandangkan Amnani akan habis ujian bertulis sekitar jam 2.30 petang, aku mohon bantuan adik bongsuku Lina Farhana untuk menjemput Amnani di MRSM Batu Pahat yang teletak kira-kira 15km sahaja dari Parit Sulong. Dan En. Mus pula akan bergerak dari Muar untuk menjemput Amnani di Parit Sulong selepas tamat perlawanan di Muar.

Alhamdulillah Amnani sudah mula berminat untuk tinggal di asrama especially MRSM Batu Pahat ini.., walaupun pada mulanya langsung tidak mahu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat anak kecil ini. Kalau ditakdirkan Amnani tidak mahu ke asrama, atau tidak terpilih untuk ke asrama pun, aku redha.. Dia sudah berusaha, moga Allah jua yang menentukannya...




Friday, December 7, 2012

Y.E.S. ~ Year End Sale @ dateline hujung tahun

Arrrrgghhhhh... hujung tahun mmg selalu semput perut, tak cukup nafas, dada berombak kencang tak stabil nak kejar semua dateline... Boss nak kejar dateline SKT.. Mummy Iris pulak sedang tidak cukup nafas nak buat klaim boss... Dateline 17/12/2012, borang tuntutan mesti dah sampai ke Pejabat Bendahari Arggggggghhhhh nak jerit dulu boleh tak???? Klaim boss baru (big boss) ada dua bulan lagi belum settle... Bulan Ogos & Oktober... Klaim boss lama, bulan November belum settle.. Itupun nasib baik klaim boss lama utk bulan Ogos, September & Oktober, rakan sepejabat dah tolong buatkan.. Kalau tidak, memang haru biru... Ada 2 klaim boss lama yg kene reject, satu sebab tak lengkap, satu lagi sebab dah melebihi tempoh 3 bulan.. Bagus jugak bisnes macam nie kan, saper klaim lambat tak boleh bayar.. Kalau sorang staf klaimnya seribu lebih, seratus orang staf yg lambat hantar, sudah 100K derang bole jimatkan duit universiti.. Grrrrrrrrr....

Next week berderet-deret kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti kepada Mummy Iris memandangkan berdasarkan rekod latihan, MummyIris masih belum mencukupi 7 hari @ 44 jam berkursus.
10 & 11 Disember 2012 : Kursus Budaya Kerja Cemerlang
12 Disember 2012 : Kursus Penerapan Nilai Etika & Entegriti
13 Disember 2012 : Seminar Sehari Bersama Dato' Dr. Fadzilah Kamsah : Warga Kerja Idaman... Saya OK Bos...

Petang ni nak pulun buat klaim Big Boss sampai siap sebab next week dah tak boleh nak fokus buat kerja.. Tak taulah kul berapa nak balik hari nie.. Yang penting, kene siap!.... Chaiyok.. chaiyok.. mummyiris!!!