Friday, December 7, 2012

Y.E.S. ~ Year End Sale @ dateline hujung tahun

Arrrrgghhhhh... hujung tahun mmg selalu semput perut, tak cukup nafas, dada berombak kencang tak stabil nak kejar semua dateline... Boss nak kejar dateline SKT.. Mummy Iris pulak sedang tidak cukup nafas nak buat klaim boss... Dateline 17/12/2012, borang tuntutan mesti dah sampai ke Pejabat Bendahari Arggggggghhhhh nak jerit dulu boleh tak???? Klaim boss baru (big boss) ada dua bulan lagi belum settle... Bulan Ogos & Oktober... Klaim boss lama, bulan November belum settle.. Itupun nasib baik klaim boss lama utk bulan Ogos, September & Oktober, rakan sepejabat dah tolong buatkan.. Kalau tidak, memang haru biru... Ada 2 klaim boss lama yg kene reject, satu sebab tak lengkap, satu lagi sebab dah melebihi tempoh 3 bulan.. Bagus jugak bisnes macam nie kan, saper klaim lambat tak boleh bayar.. Kalau sorang staf klaimnya seribu lebih, seratus orang staf yg lambat hantar, sudah 100K derang bole jimatkan duit universiti.. Grrrrrrrrr....

Next week berderet-deret kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti kepada Mummy Iris memandangkan berdasarkan rekod latihan, MummyIris masih belum mencukupi 7 hari @ 44 jam berkursus.
10 & 11 Disember 2012 : Kursus Budaya Kerja Cemerlang
12 Disember 2012 : Kursus Penerapan Nilai Etika & Entegriti
13 Disember 2012 : Seminar Sehari Bersama Dato' Dr. Fadzilah Kamsah : Warga Kerja Idaman... Saya OK Bos...

Petang ni nak pulun buat klaim Big Boss sampai siap sebab next week dah tak boleh nak fokus buat kerja.. Tak taulah kul berapa nak balik hari nie.. Yang penting, kene siap!.... Chaiyok.. chaiyok.. mummyiris!!!

2 comments:

  1. sama gak eh mana2 pun kursus kena cukup jam..kt usim pun kena cukup 7hari..hujung2 thn mmg byk kursus org buat nak tolong staff2 yg kekurangan jam kursus ni..

    ReplyDelete
  2. laki aku salu bebel pasal kursus ni..dia kata..anta aku kursus sana sini..tp aku camni gak..bazir duit je..buang masa aku..baik takyah anta..senang keje aku tak yah outstation sana sini..hehe..itu lah contoh org yg gi kursus tp tak ikhlas..hehe
    korang camne?..paksa atau rela bila diarah pegi kursus

    ReplyDelete