10/12/12 hari yang agak bz utk Muslaily family... Mus & Ahmad seawal jam 6 pagi sudah bergegas ke Muar untuk badminton tournament ~ Muar Open... Aku plak jam 8.30 pagi ada kursus.. Si kakak plak jam 11.15 pagi ada interview & ujian bertulis di MRSM Batu Pahat... Jam 9.30 pagi, aku mintak izin dari urusetia utk keluar sekejap hantar Amnani ke MRSM Batu Pahat.. Agak laju jugaklah aku memecut dengan jayanya untuk pastikan boleh sampai awal di MRSM dan berkira-kira untuk pulang awal ke UTHM untuk sambung semula kursus...
Tiba di MRSM jam 10.40 pagi, sudah ramai ibu bapa dan pelajar yang berada di dalam perkarangan sekolah. Rupa-rupanya banyak sesi ujian hari ini dan sesi Amnani adalah pada jam 11.15 pagi. Tidak menunggu lama, kumpulan sesi C13 (jam 11.15 pagi) sudah dipanggil untuk mendaftar dan bersedia di ruang menunggu. Di peringkat ini, ibu bapa sudah tidak lagi dibenarkan bersama anak-anak. Aku meninggalkan Amnani dengan ucapan 'good luck' dan segera bergegas ke surau untuk mengambil wuduk dan membaca Yasin, mudah-mudahan Amnani dipermudahkan menjawab soalan, diterangkan hati menjawab soalan, dan diberi ketenangan sewaktu menjawab soalan. Rasa-rasanya lebih 10 kali juga aku mengulangi bacaan Yasin sehinggalah jam beranjak ke angka 1.
Rupa-rupanya kata Amnani, lebih kurang jam 11.30 pagi, Amnani sudah dipanggil ke bilik temuduga untuk ujian lisan bersama penemuduga. Mana-mana pelajar yang telah menjalani ujian lisan akan disaringkan di Perpustakaan sementara menunggu pelajar lain siap ditemuduga. Kumpulan sesi C13, C14 & C15 kemudiannya dibawa ke Dewan Besar untuk ujian bertulis Matematik, Sains & Perihal Diri tepat jam 1.00 petang.
Aku tiba di UTHM semula jam 1.45 petang, dan segera mengisi perut yg sudah berkeriut sejak jam 12 t/hari tadi. Berita yang diterima daripada En.Mus, Ahmad telah kecundang di set pertama 'single' pagi tadi dan akan beraksi pula untuk 'double' pagi esok.
Memandangkan Amnani akan habis ujian bertulis sekitar jam 2.30 petang, aku mohon bantuan adik bongsuku Lina Farhana untuk menjemput Amnani di MRSM Batu Pahat yang teletak kira-kira 15km sahaja dari Parit Sulong. Dan En. Mus pula akan bergerak dari Muar untuk menjemput Amnani di Parit Sulong selepas tamat perlawanan di Muar.
Alhamdulillah Amnani sudah mula berminat untuk tinggal di asrama especially MRSM Batu Pahat ini.., walaupun pada mulanya langsung tidak mahu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat anak kecil ini. Kalau ditakdirkan Amnani tidak mahu ke asrama, atau tidak terpilih untuk ke asrama pun, aku redha.. Dia sudah berusaha, moga Allah jua yang menentukannya...
susah eh skrg nk masuk sekolah2 prestige..ada temuduga bagai..didoakan amnani dpt reserve satu tpt n dia happy di sana nnt..
ReplyDeleteAmnani ada mtk sbp x?..mrsm ni klo pnggil pon lmbt lg..org kta bulan 2 gitu baru pggil. Moga liyana dpt jd salah seorg yg bertuah
ReplyDeleteinterview kat MRSM BP camne ek dia buat..saje je nk tau..mana tau lain
ReplyDeleteSemoga berjaya Liyana... auntie doakan kejayaan mu
ReplyDeleteAmiiiiiin... Amiiiiiin.... tq atas doa semua..
ReplyDeletesalam...maaf tumpang blog...sbb tercari-cari berita ttg mrsm....btw alhamdulillah..anak saya terpilih utk memasuki mrsm bp...utk semak keputusan bleh click pautan ni. Tq
Deletehttp://semakmrsmF1.mara.gov.my
Tq
terima kasih kerana sudi singgah blog saya.. sudi2kanlah layari posting saya di link berikut
Deletehttp://teratakmuslaily.blogspot.com/2013/01/untukmu-liyana-amnani.html
dan juga sedikit info mengenai IGCSE di link
http://teratakmuslaily.blogspot.com/2013/01/program-igsce-di-mrsm.html
Insya Allah kita jumpa nanti di MRSM Batu Pahat.. :)
saye masok mrsm bp,,saye form 1,,tapi saye begitu sedih tk meninggalkan ibu dan ayah saye yg tinggal di tmn setia indah johor bahru..sungguh memeritkan utk berjauhan ngan mereka..kalo boleh saye nk mintak pendapat kamu semua,,camne nk hilangkan perasaan homesick atau lebih dikenali sbgai sedih dan rindu terhadap ibu ayah..
ReplyDeletebaca ke hafaz yasin vang?
ReplyDeletemugo dipermudahkan.. aminn
salam tahun 2020