Rindunya dengan Teratak Muslaily... dah hampir genap 2 bulan blog ini terbiar sepi. Bukan tidak mahu singgah, tapi kesibukan yang terlalu-lalu menghimpit... Hakikatnya terlalu banyak kisah untuk dikongsikan tapi waktu sangat mencemburui. Bagi rakan-rakan yang sentiasa follow di facebook, pasti mengetahui setiap inci pergerakan Muslaily Family sebab aku memang jenis yang akan sentiasa update setiap pergerakan di face. Hasrat untuk melayari blog kawan-kawan pun just 'touch n go' jer.
Sebenarnya dalam banyak perkara indah yang diabadikan di laman muka buku, kami sekeluarga ada banyak perkara pahit dan sedih yang melingkari kehidupan kami. Tapi, belum terlintas di hati untuk mencatatkan di mana mana laman sosial pun lagi. Yang pahit biarlah ditelan sendiri, yang perit biarlah ditanggung sendiri. Kita di sini berkongsi cerita cerita gembira ajer lah yer.. Biarlah aura-aura negatif tidak membayangi laman blog yang indah ini kan..
Mood nak menulis tak datang-datang. Fikiran kosong. Jari kaku. Sekarang sedang baca novel "Aku Bercerita" karya Ramlee Awang Murshid. Ada 4 atau 5 naskhah travelog yang telah dibeli tapi belum sempat dibaca, menyemarakkan lagi hasrat untuk menulis travelog sendiri.. Mudah2an impian ini akan terlaksana juga nanti. Insya Allah...
TERATAK MUSLAILY.... Love of my life ~ pieces of a moment in my life ... The place for me to show all my love to my family, my lovely hubby MUSTAFA KAMAL, my little-princess LIYANA AMNANI, my little-prince AHMAD QAMARUL and my little-angel IRIS MARISSA.
Thursday, April 18, 2013
Tuesday, February 19, 2013
Monday, February 18, 2013
Messnite di PERSADA JOHOR BAHRU ~ 30/1/2013
Setiap tahun, acara yang paling aku suka ialah mess nite.. Apa itu "mess nite"? Mess nite ni actually makan malam beradat yang lebih dikenali dengan nama Majlis Makan Malam Rejimental untuk meraikan Pegawai Kadet Palapes UTHM yang telah ditauliahkan. Kebiasaannya Sultan akan mencemar duli berangkat ke Majis Makan Malam ini. Yang bestnya pegawai-pegawai dibenarkan bawa pasangan bersama.. Yes!! I like makan-makan!...
Tahun ini messnite dibuat agak lewat sedikit. Pegawai-pegawai kadet ini telah ditauliahkan bulan Julai lalu di UUM tapi pada 30 Januari 2013, barulah dapat diadakan majlis makan malam ini. Semua ini bergantung kepada tarikh yang telah ditentukan oleh pihak istana.
Aku memang rapat dengan adik2 PALAPES Batch 5.. Selalu ajak derang dtg rumah, makan2, BBQ atau jamuan raya... Ramai yang dah grad, dan dah kerja merata-rata.. Ini jerlah yg tinggal... Pastu kan... derang ni ber'couple' sesama mereka jerk.. ^_^
Saksikanlah gambar gambar gediks mummyiris di sekitar majlis makan itu yer..
Honestly, makanan di Persada ni memang terbaeeek! Sebab, dah byk hotel kami makan messnite, baik hotel di Kluang hatta di Prince Hotel di KL pun, tidak sesedap ini.. Mmg nak bagi 10star lah kat PERSADA!.. ^_^
Tiap-tiap tahun pun collect tandanama..
Yang lama-lama dulu, ntah dalam kotak mana ntah... Nanti carik...hehe
The best part was the last part of messnite.. Semua orang beratur sewaktu keberangkatan pulang DYMM Sultan & Sultanah Johor... Wanita di sebelah kanan, dan lelaki di sebelah kiri.. Pertama kali dalam hidup, dapat salam dgn Sultan & Sultanah Johor tau!.. Kau hado? hehe.. Apsal la laki den tak amik gambar den? haish!
Friday, February 15, 2013
2nd intake di MRSM Batu Pahat
Amnani selalu cerita kisah-kisah di MRSM.. Saban minggu ada sahaja cerita baru samada yg sedih, gembira mahupun yang kelakar.. Dari kisah dimarah Warden, kisah terbangun lewat hingga ditulis nama, kisah rakan2 yang kehilangan wallet, hilang h/phone, kisah dirotan di tangan oleh guru Bahasa Melayu kerana kesalahan ejaan, kisah di"aim" oleh kakak senior, kisah diejek oleh kakak senior kerana berbual dlm bahasa inggeris sehinggalah kisah jumpa ulat di dalam sup ketika sarapan pagi...
Ada juga award yang diterima kerana berjaya menjawab soalan guru..
Ada juga kisah "gula2" dan "samping".. Macam2 istilah budak2 mrsm ni
yer..
Selasa lalu 12.2.2013, sewaktu hantar kakak balik ke asrama, berkesempatan menjengah bilik kakak sekali lagi.. Spotcheck locker.. Ok not bad.. good girl kakak.. U r matured now.. Ibu dah tak bimbang lagi.. Please take good care of your belonging, ramai sgt yg panjang tangan di sini..
Sempat juga meninjau blog Cikgu If.. Hari ni Cikgu If belanja murid Form 1C aiskrim.. Sgt baik lah Cikgu If nie.. Mudah2an Allah melimpahi rezeki kepada Cikgu If dan semua guru yang mendidik anak2 kami di MRSM ini.. Amiiiin...
Gambar yg dicilok dari blog Cikgu If.. Cikgu If jangan marah yer... Terselit juga gambar anakanda Liyana Amnani (Am) di situ.. Tengok lah kawan2 yang lain, kecik comey jer...
Hari Rabu yang lalu (13.1.13) merupakan hari pendaftaran untuk 2nd intake program IGCSE di MRSM Batu Pahat. Seramai 8 orang pelajar baru telah masuk ke kelas kakak (Form 1C). Tahniah utk semua. Kakak pun rasa seronok sebab kawan dah makin ramai.
Next week, bermula 19-21 Februari 2013 akan diadakan ujian Selaras 1. Harapan ibu agar kakak dapat study hard utk capai kejayaan cemerlang dalam ujian ini. Jangan tunggu final exam baru nak pulun study giler-giler.. Ada masa lapang jer, mesti study tau! I wish u all the best my dear! I know u can do it!
Thursday, February 14, 2013
Perkhemahan di Sembrong Agrotourism Zone - Resort And Training Centre (Saztac)
Cuti CNY yang lalu (10 & 11/2/2013), di saat ramai orang meredah kesesakan lalulintas di lebuhraya, di saat ramai yg memilih utk bergangnam bersama PSY di Penang, kami memilih untuk mencari damai di pinggir Empangan Sembrong yang terletak di Jalan Air Hitam-Kluang.
Berdasarkan carian di google, nama tempat ni kalau tak silap beginilah namanya "Sembrong Agrotourism Zone - Resort And Training Centre (Saztac)".
Boleh cuba search & like page "Sembrong Agro-Tourism (Seat-Zone Pages)"
http://www.facebook.com/pages/Sembrong-Agro-Tourism-Seat-Zone-Pages/283755555027128
Boleh juga cuba baca petikan akhbar Utusan Malaysia di sini.. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm
Dari Plaza Tol Air Hitam ke simpang nak masuk kawasan Sembrong Agro Tourism Zone ni lebih kurang dalam 5km jer, terletak kira-kira 500 meter sebelum sampai ke Zenxin Organic Park, Air Hitam. Juga tidak berapa jauh dari Institut Pertanian Air Hitam (IPAH). Then dari pintu masuk (pondok pengawal) tu, jauh juga nak masuk ke kawasan perkhemahan, lebih kurang dalam 2km ada rasanya... Pemandangan kiri dan kanan sepanjang perjalanan nak sampai ke kawasan perkhemahan memang ala ala countryside macam di UK lah! sangat mengimbau memori lampau!...
Next trip will be on 24-25th of May.. Siapa berminat nak join, sila kosongkan diari anda...
Subscribe to:
Posts (Atom)