Cuti CNY yang lalu (10 & 11/2/2013), di saat ramai orang meredah kesesakan lalulintas di lebuhraya, di saat ramai yg memilih utk bergangnam bersama PSY di Penang, kami memilih untuk mencari damai di pinggir Empangan Sembrong yang terletak di Jalan Air Hitam-Kluang.
Berdasarkan carian di google, nama tempat ni kalau tak silap beginilah namanya "Sembrong Agrotourism Zone - Resort And Training Centre (Saztac)".
Boleh cuba search & like page "Sembrong Agro-Tourism (Seat-Zone Pages)"
http://www.facebook.com/pages/Sembrong-Agro-Tourism-Seat-Zone-Pages/283755555027128
Boleh juga cuba baca petikan akhbar Utusan Malaysia di sini.. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0829&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm
Dari Plaza Tol Air Hitam ke simpang nak masuk kawasan Sembrong Agro Tourism Zone ni lebih kurang dalam 5km jer, terletak kira-kira 500 meter sebelum sampai ke Zenxin Organic Park, Air Hitam. Juga tidak berapa jauh dari Institut Pertanian Air Hitam (IPAH). Then dari pintu masuk (pondok pengawal) tu, jauh juga nak masuk ke kawasan perkhemahan, lebih kurang dalam 2km ada rasanya... Pemandangan kiri dan kanan sepanjang perjalanan nak sampai ke kawasan perkhemahan memang ala ala countryside macam di UK lah! sangat mengimbau memori lampau!...
Next trip will be on 24-25th of May.. Siapa berminat nak join, sila kosongkan diari anda...
No comments:
Post a Comment