Wednesday, February 6, 2013

150 juta Ainan Tasneem & Fynn Jamal

Pertama kali dengar lagu 150 juta ni, masa tu tgh drive kereta, tapi lagu dah separuh jalan dah.. Dengar suara.., macam suara Ainan Tasneem, tapi tajuk lagu tak tahu.. Tapi adalah terdengar penyanyi ni sebut perkataan 150 juta, 2-3 kali... Esoknya, kat ofis try lah goole "150 juta" terus keluar klip video Ainan Tasneem... Oooo betullah, Ainan Tasneem yang nyanyi..

http://www.youtube.com/watch?v=Owh2Co3k2JI

Petang semalam, balik kerja dengar lagi lagu ni kat Era. Hari ni  tergerak nak bukak youtube sebab nak dengar lagilah lagu nie, macam best la plak.. Tetiba ternampak klip nie kat youtube.. Perggh dah 1 juta lebih viewer...

http://www.youtube.com/watch?v=Zune7-TPPCA

Eh! kenapa Fynn Jamal? Bila baca komen komen di bawah, eh! macam ada isu jer lagu nie.. So, I dengan rajinnya pun goole lah "fyn jamal".. pergghhh banyak la plak cerita Fynn Jamal & Ainan Tasnem.


http://buahmulut.com/xtvt/2012/11/05/150-juta-ainan-tasneem-fynn-jamal-ok/

Kalau tak boleh bukak link, meh baca ni...

I dah memandai 'copy' dari blog orang.. Minta izin share yer tuan blog!

150 Juta Ainan Tasneem, Fynn Jamal OK!

Tidak memerlukan masa yang lama untuk lagu 150 juta nyayian Ainan Tasneem menerima pelbagai kritikan dari pendengar. Lagu yang karakternya manja tapi tidak mengedik ini asalnya dinyanyikan oleh pemilik lagu ini, seorang penulis yang berbakat iaitu Fynn Jamal. Bagaimana pun kini telah menjadi hak ekslusif Ainan.

Fynn Jamal
Fynn jamal yang kini menetap diluar negara berjaya kami hubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut kenapa lagu ini diberikan kepada pendatang baru itu.
Menurut Fynn Jamal beliau mengakui sudah mendengar sendiri lagu versi penyanyi itu. Walaubagaimanapun mengambil sikap berhati hati apabila enggan mengulas tentang pembaharuan yang dibawakan oleh penyanyi tersebut.
Jelasnya “Saya maklum akan maklumbalas yang diberikan oleh pelbagai pihak tentang lagu yang dibawakan oleh Ainan. Tapi biasalah mesti akan ada perbandingan diantara yang lama dan yang baru. Apabila isu perbandingan ini timbul saya lebih suka menggunakan analogi ‘Masakan Mak’ utk menjawab soalan ini.
“Masakan mak kita macam mana tepat sekali pun kita tiru resepinya, tetap takkan sama. Tapi tak bermakna masakan versi kita tidak sedapkan? kita suka masakan mak kita, anak-anak kita pula suka masakan kita walhal resepinya sama. Bagi saya Ainan tak mencacatkan lagu 150 juta. Itu adalah caranya dan saya tidak ada masalah dengan itu.”

'Fynn Jamal
Apabila ditanya tentang Hak Ekslusif itu bagaimana perjanjianya, Fynn Jamal menegaskan bahawa lagu itu masih lagi hak mutlak miliknya dimana lagu ini masih terpahat namanya sebagai pencipta lagu tersebut. Ianya sekaligus menolak andaian yang Ainan juga merupakan penulis lagu 150 juta.
Ada juga cakap-cakap sesetengah pihak yang mengatakan lagu ini sebenarnya terpaksa diberikan tanpa rela hati oleh Fynn Jamal kerana memerlukan dana bagi membiayai kos perubatan anaknya iaitu Juna akibat jantung membengkak dan kos untuk melakukannya mencecah RM35 ribu. Dan kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh syarikat rakaman untuk mendapatkan hak ekslusif tersebut. Kami sempat mendapatkan komen dari beliau berkenaan isu ini.
“Memang betul ketika itu saya sedang mencari dana untuk Juna. Bukanya terpaksa mahupun dipaksa, sebagai seorang ibu saya cuba mencari jalan bagi memastikan kesihatan anak saya berada dalam keadaan baik. Dan pihak tersebut datang pada tepat masanya. Dah ada yang berkenan kenapa tidakkan?
“Bagi saya itu dah rezeki mereka sebab lagu 150 juta ini juga pada awal dulu pernah mahu dibeli oleh Heliza Helmi. Tapi sebab masa itu belum ada rasa hendak jual jadi biar dan peram saja. Lagipun sebenarnya lagu ini untuk suka-suka je buat suami dan dinyanyikan di satu majlis tertutup bersama kawan-kawan. Kemudian salah seorang rekodkan dan upload di youtube. Tak sangka pula penerimaan melodinya sebegini rupa sehingga mahu diangkat ke dunia mainstream.” Ujar Fynn Jamal.
Apabila ditanya kenapa tidak mahu mengkomersialkan sendiri lagu ini di dunia mainstream, Fynn menjelaskann yang dia lebih senang jika hanya dikenali sebagai seorang penulis sahaja berbanding mengejar populariti sebagai penyanyi.
“150 juta adalah SATU2NYA lagu yang ditulis ringan. Itu pun KERANA ia adalah lagu seorang isteri manja pada suaminya. Kalau betul mahu tahu apa perjuangan sebenar saya dengarkan “biar” yang sudah dimainkan berkali – kali di drama kekeluargaan di astro. Dengar “sampai tua” yang saban waktu dimainkan di majlis keraian suami isteri. Jangan terus dihukum siapa Fynn Jamal semata-mata dari 150 juta.” Ujarnya yang mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment