Friday, February 15, 2013

2nd intake di MRSM Batu Pahat


Amnani selalu cerita kisah-kisah di MRSM.. Saban minggu ada sahaja cerita baru samada yg sedih, gembira mahupun yang kelakar.. Dari kisah dimarah Warden, kisah terbangun lewat hingga ditulis nama, kisah rakan2 yang kehilangan wallet, hilang h/phone, kisah dirotan di tangan oleh guru Bahasa Melayu kerana kesalahan ejaan, kisah di"aim" oleh kakak senior, kisah diejek oleh kakak senior kerana berbual dlm bahasa inggeris sehinggalah kisah jumpa ulat di dalam sup ketika sarapan pagi...

Ada juga award yang diterima kerana berjaya menjawab soalan guru.. Ada juga kisah "gula2" dan "samping".. Macam2 istilah budak2 mrsm ni yer..

Selasa lalu 12.2.2013, sewaktu hantar kakak balik ke asrama, berkesempatan menjengah bilik kakak sekali lagi.. Spotcheck locker.. Ok not bad.. good girl kakak.. U r matured now.. Ibu dah tak bimbang lagi.. Please take good care of your belonging, ramai sgt yg panjang tangan di sini.. 

Sempat juga meninjau blog Cikgu If.. Hari ni Cikgu If belanja murid Form 1C aiskrim.. Sgt baik lah Cikgu If nie.. Mudah2an Allah melimpahi rezeki kepada Cikgu If dan semua guru yang mendidik anak2 kami di MRSM ini.. Amiiiin...
Gambar yg dicilok dari blog Cikgu If.. Cikgu If jangan marah yer... Terselit juga gambar anakanda Liyana Amnani (Am) di situ.. Tengok lah kawan2 yang lain, kecik comey jer...
 
Hari Rabu yang lalu (13.1.13) merupakan hari pendaftaran untuk 2nd intake program IGCSE di MRSM Batu Pahat. Seramai 8 orang pelajar baru telah masuk ke kelas kakak (Form 1C). Tahniah utk semua. Kakak pun rasa seronok sebab kawan dah makin ramai.
 
Next week, bermula 19-21 Februari 2013 akan diadakan ujian Selaras 1. Harapan ibu agar kakak dapat study hard utk capai kejayaan cemerlang dalam ujian ini. Jangan tunggu final exam baru nak pulun study giler-giler.. Ada masa lapang jer, mesti study tau! I wish u all the best my dear! I know u can do it!





3 comments:

  1. parents bule masuk dorm ek..tmpt maisarah masa daftar tu la pertama aku masuk dorm dia..pastu takleh lagi dah..teringin gak nk tgk kadaan dia kat sana lagi tp tak diidjinkn..
    wah cadar pon bule kaler2 ek..cantik la kalo bule bwk cadar sendiri..(aku nmpk cadar pink kat blakang tu)..ke tu mmg kaler cadar mrsm?..

    ReplyDelete
  2. wajib pakai cadar rasmi, kaler biru.. yg pink tu actually selimut bratz ke princess ke hapa ntah.. beli kat uk hehe... actually bukan beli, tapi liyana dpt hadiah birthday drpda aunty Rosnawati (i punya guest, ingat tak? hehe)
    sbnarnya takleh masuk, tapi hari tu liyana bwk byk sgt barang so konon reasonnya nak tolong hantarkan barang ler.. lepas hantar cepat2 turun (tapi smpt snap gambo dulu) heheehe... mmg teringin nak tgk keadaan locker dia, so Alhamdulillah diberi kesempatan.. maybe after this dah takde peluang nak naik lagi dah.. hehe...

    ReplyDelete
  3. salam kenal, anak saya juga ada di MRSM Batu Pahat, 13 tahun juga. Nama kelas start dgn V, lupa pulak..hihi

    ReplyDelete