Sunday, May 10, 2009

Happy Mothers Day

hari ni banyak dpt sms dr kawan2 wishing happy mothers' day...

antara bait bait indah yg buat aku sbg seorang ibu pun boleh terpesona..
A mum is a rose whose petals are soft
A mum is a lily whose stem is tall and strong
A mum is a person you should love forever
Trust her believe her & never doubt her
Nobody & no one else will sacrifice anything for you
except your beloved mum

thanks friends... you are pretty good too!!!


gifts and wishes for our lovely mum... adik Una as a anak bongsu given a chance to deliver the gifts to Mak...






Eh! utk mummy pun ada!!... Many thanks my sweetheart!!... i luv u all so much!!!



Friday, May 8, 2009

Happy Birthday Ayah

birthday boy hari ni kena tahan seketika di wad Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTHM setelah menerima injection... kesian birthday boy...



malamnya ada surprise mini party utk birthday boy....




wishes from families



singing birthday song...



roses...



cards...


ribuan ros dan kad pun belum tentu dapat membalas kasih sayang dan tunjuk ajar yang dicurahkan pada kami semua... we all luv u so much!!!

Thursday, May 7, 2009

aiskrim and... ahmad

Kisah Ahmad bersama aiskrimnya ada byk versi… Minggu pertama persekolahan, sewaktu mengambil anak2 dari sekolah, dari jauh sudah kelihatan sebatang aiskrim batang di tangan Ahmad… Ahmad bgtau, aiskrim ni dibelikan oleh rakannya… Kata Ahmad, mula2 kawan dia tanya, awak nak beli aiskrim tak? Ahmad jawab, “nak!”… Tapi pada waktu itu, Ahmad dah takde duit… Mujurlah kawan Ahmad tu baik, dibayarkannya aiskrim Ahmad… (Dalam hati nak tergelak jugak… Member tu ajak beli aiskrim, bukanlah bererti boleh dapat aiskrim free, nak makan kenalah bayar… Abis tu, Ahmad dah takde duit lagi, kenalah kawannya bayarkan… thankyou my friend!)

Version kedua, keesokan harinya Ahmad mintak duit lebih sebab nak beli aiskrim… Tapi bila balik dari sekolah, terpancar raut duka di wajah Ahmad. “Why?” Adik nak beli aiskrim tapi dah lambat…. Adik dah beratur, tapi bila sampai my turn, aiskrim dah abis… Sian Ahmad…

Version ketiga di satu hari jumaat, “mom, don’t forget to give me extra 20cent, I’m going to buy aiskrim!” Balik dari sekolah tengahari itu, Ahmad dengan muka mencuka berkata “Hari ni takde jual aiskrim”.. Hai kecewa lagi..


Then the next week plak, macam biasa Ahmad akan mintak extra money to buy an ice-creadm.. Si mummy yg memang lembut hati, bagilah duit lebih.. One day tu, mummy langsung takde syiling so bagilah Ahmad duit kertas seringgit… Balik dari sekolah Ahmad diam membatu bersama sebatang aiskrim di tangan. Bila ditanya, Ahmad berkata, “I gave him one ringgit for this ice-cream but I forgot to get back the balance”… hai ahmad, seringgit sebatang aiskrim tu yea…

Kisah Ahmad di kantin sekolah pun banyak yang boleh dikongsikan di sini…

Di minggu pertama, sering didengar rungutan dari anak2 yang tidak dapat membeli makanan di kantin kerana perlu beratur panjang disamping sering ditolak tolak oleh abang-abang yang lebih besar.

Masuk minggu kedua, kami bekalkan anak2 dengan ‘lunch-pack’… Selesai sudah masalah beratur di kantin…

Masuk minggu ketiga, Ahmad sudah tidak mahu lagi makan bekalan yang dibawa. Kalau 3 biji karipap yang dibawa ke sekolah, 3 biji jugalah yang dibawa balik ke rumah.. Senario ini tidak kami sedari, hinggalah pada hujung minggu sewaktu memeriksa beg sekolah anak2, penuhlah poket beg Ahmad dengan bungkusan karipapnya… Hai… Ahmad… Ahmad…

Masuk minggu ke empat, setiap hari Ahmad sudah mula membeli nugget di kantin sekolah.. Masalah barisan yang panjang bukan lagi alasan (sebab sekarang Ahmad dah otai!!! Hehehe)… Yang kelakarnya si Ahmad ni memang tak pandai nak kira duit. Kalau bagi seringgit, seringgit la habis, kalau bagi dua ringgit dua ringgit la habis..

Bila diselidik, rupa2nya begini ayat si Ahmad

“Cik, beli nugget seringgit”… hahaha nugget biasanya satu 30posen, so bila mintak singgit tu memang takde baki lah jawabnya… (sebab lepas bayar Ahmad terus jalan, tak tunggu duit baki..)

So, mummy pun ajar Ahmad.. Next time you have to say like this

“makcik, berapa harga nugget ni? Lepas tu Ahmad bayarlah… “

OK esoknya Ahmad ikut pesanan mummy… tapi apa hasilnya?...

Ahmad kata “Cik ni satu berapa sen?” makcik tu jawab “tiga posen”… then makcik tu amik duit kat tangan adik bu!!!... hahahaa gelak besar aku!!!... hai gitulah pulak yea?... dah tau satu berapa sen, tapi tak tau nak kira seringgit boleh dapat berapa nugget... hai ahmad ahmad...

pernah juga satu kisah... seperti biasa, wang saku utk anak2 hanyalah seringgit sehari... satu hari tu, ahmad terlupa nak bawak turun botol airnya, so duit yg dibekalkan digunakan untuk membeli air... air apa lagi, kalau bukan air sirap bandung.. macam biasa, ayat Ahmad "cik, nak air seringgit...." padahal boleh mintak air yg kecil cuma lima puluh sen sahaja... abis tu, duit seringgit dah beli air, dah takde duit nak beli makanan... so, mcm biasa bila balik sekolah berceritalah si ahmad sambil menangis sebab dia lapar katanya... hai ahmad ahmad...

ok, sebenarnya ada cerita lagi pasal birthday party si ahmad.. oleh kerana lom ada masa nak upload gambar, so hari ni layan karangan je la yea.. esok esok masuk gambar birthday party ahmad part 2 plak...

adioooooooooooosss

Wednesday, May 6, 2009

AUKU

Apa itu AUKU?


Bagi penjawat-penjawat awam di sektof pendidikan terutamanya di institusi pengajian tinggi pasti sinonim dengan perkataan ini..

AUKU - Akta Universiti Kolej Universiti merupakan satu akta untuk membuat peruntukan bagi menubuhkan, menyelengara dan mentadbir universiti dan kolej universiti dan bagi perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini telah digubal pada tahun 1971 dan kini sedang dibuat pengemaskinian untuk digunapakai pada tahun 2009 ini.

Satu taklimat oleh Prof. Dr. Sheikh Mohd. Noor Alam S.M. Hussein, Pengarah Bahagian Perundangan Universiti Putra Malaysia telah diadakan pada 6 Mei 2009 jam 9 pagi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


Berdasarkan taklimat, nampak-nampaknya banyak sungguh pindaan yang telah dibuat bagi memantapkan AUKU 1971 ini... Almaklumlah, dah 38 tahun kan... pasti banyak penambahbaikan yang pastinya memberikan banyak kebaikan kepada banyak pihak.. Mudah2an lah...


mujurlah still camera sentiasa dalam handbag...


hmmm nape yea hari ni ramai sangat yang pakai kaler biru?... aku lak yg merah hari ni... hmmmm borak punya borak baru tau ada rahsia warna rupa2nya...

Isnin - putih
Selasa - pink/violet
Rabu - Biru
Khamis - Kuning/Oren
Jumaat - Hijau
Sabtu - Merah
Ahad - Hitam

Monday, May 4, 2009

Happy Birthday Ahmad

Hari ini genap 7 tahun usia si little prince...




Sambutan birthday Ahmad dibuat di Parit Sulong bersama kaum keluarga mummy... Sambutan cukup simple, hanya bertemakan kek, sate dan air sirap sahaja, tetapi ternyata cukup meriah dengan kehadiran seluruh ahli keluarga.. Sambutan birthday Ahmad juga sungguh istimewa kerana disambut bersama Mak Andak Ahmad yang menyambut kelahirannya pada 5 Mei... berkongsi zodiaklah kiranya Ahmad ngan Mak Andak yea!!...












sukanya Ahmad dapat banyak hadiah...





Mengenang kembali detik detik kelahiran Ahmad 7 tahun yang lalu...
4 Mei 2002 (Ahad)
hubby tiada di sisi tika itu kerana menghadiri Upacara Pentauliahan PALAPES UTM di USM Pulau Pinang. MakRadhi (ibu kepada mummyiris) yang sudah seminggu menjaga mummyiris pulang ke kampung halaman di Parit Sulong sebab ada urusan lain yang lebih penting... Yang tinggal di rumah hanyalah Angah (adik hubby) dan Ima (adik hubby yg no.3)...

Dari malam tadi mummyiris dah mula rasa sakit sakit perut, tapi belum ada apa-apa tanda lagi... Sepanjang pagi mummyiris hanya berehat di bilik sambil membaca Surah Yassin tanpa henti...

Menjelang tengahari, rasa sakit semakin kerap, panggilan dari bapa mertua menguatkan keyakinan mummyiris bahawa saatnya hampir tiba... Lalu, selepas menunaikan solat Zuhur, mummyiris mengambil keputusan untuk ke hospital. Adik-adik iparlah yang membawa mummyiris ke Hospital Kulai... Mummyiris memang memilih untuk bersalin di Kulai dengan alasan suami boleh menemani kita sewaktu bersalin..

Hubby sepatutnya dijadualkan pulang pada 5 atau 6hb Mei. Memandangkan mummyiris sudah mula sakit2, hubby mengambil keputusan untuk membeli tiket kapalterbang direct dari Pulau Pinang ke Johor Bahru. Malangnya penerbangan terawal hanyalah pada jam 3 ke 4 petang (kalau tak silap).. SO, sementara menanti penerbangan, hubby stay di surau Lapangan Terbang Bayan Lepas dan tidak henti-henti membaca Surah Yassin untuk mummyiris sambil doa yang tidak putus putus untuk keselamatan mummy...

Tiba di hospital, setelah diperiksa bukaan sudah ke angka 5cm. Mummy segera dimasukkan ke wad bersalin manakala adik ipar bergegas berpatah balik ke rumah dan Klinik Panel tempat mummyiris selalu membuat pemeriksaan kandungan. Kerna apa? Sebab, rekod mummyiris tiada di hospital tersebut? apsal lak? sebab mummyiris tak pernah datang ke hospital ni, so mana le ada rekod ye tak?...

3.40 petang mummyiris masuk ke wad bersalin, jam 5.40 petang mummyiris selamat melahirkan seorang putera lelaki yang sungguh comel... bibirnya merah, lambutnya lebat dan kulitnya putih...

Bila staff nurse yg menyambut kelahiran menunjukkan jantina bayi yang dilahirkan, mummy tergamam beberapa detik dan kemudiannya melepaskan senyuman kesyukuran dan kelegaan.. kenapa? sebab sepanjang mengandungkan anak kedua ini, mummyiris diberitahu oleh doktor bahawa bayi di dalam kandungan mummyiris adalah bayi perempuan. Jadi, mummyiris tidak membuat apa2 persiapan utk bayi lelaki samada dari segi pakaian mahupun nama...

Sebaik sahaja kapalterbang mendarat di Lapangan terbang Senai, mummyiris pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.. Adik ipar yang menyambut ketibaan hubby di lapangan terbang sudah dikhabarkan melalui telefon berita gembira tersebut.. Sebaik sahaja bersalaman dengan hubby, adik ipar terus bersuara "Along, akak dah selamat bersalin!.. anak kau lelaki Long!" Hubby tersenyum kepuasan, kelegaan berbaur dengan perasaan tidak percaya... namun kesyukuran tidak henti2 dilafazkan...


Saturday, May 2, 2009

Pasar Lambak Parit Sulong

Sejak usiaku 5 tahun aku dibesarkan di Parit Sulong, sebuah pekan yang sungguh sungguh sibuk terutama di pagi Sabtu.. Kenapa? Sebabnya setiap hari Sabtu pagi diadakan pasar minggu atau pasar lambak di pekan Parit Sulong..

Jumlah gerai kian bertambah saban tahun dan kini kedudukan gerai sudah kian hampir dengan pintu rumahku.... kawasan rumah yang lapang sering menjadi kawasan parking kereta oleh pengunjung pengunjung pasar.. Manakala kami penghuni rumah hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke pasar tersebut...


gambar diambil dari hadapan rumah...



gambar diambil dari balkoni tingkat atas rumah...

Friday, May 1, 2009

Makcik Korie Visited Taman Mekar

On 1st May, Makcik Korie and her boyfriend, Uncle Ayie came to visit us at Taman Mekar Air Hitam...




oouuuuuuuohhhh why everybody love to stand next to that silver guy? !@#$%^&*()_+

After Solat Maghrib, went to Parkson Square One Batu Pahat to buy Iris walker...
(will post the picas later.... )