Thursday, May 7, 2009

aiskrim and... ahmad

Kisah Ahmad bersama aiskrimnya ada byk versi… Minggu pertama persekolahan, sewaktu mengambil anak2 dari sekolah, dari jauh sudah kelihatan sebatang aiskrim batang di tangan Ahmad… Ahmad bgtau, aiskrim ni dibelikan oleh rakannya… Kata Ahmad, mula2 kawan dia tanya, awak nak beli aiskrim tak? Ahmad jawab, “nak!”… Tapi pada waktu itu, Ahmad dah takde duit… Mujurlah kawan Ahmad tu baik, dibayarkannya aiskrim Ahmad… (Dalam hati nak tergelak jugak… Member tu ajak beli aiskrim, bukanlah bererti boleh dapat aiskrim free, nak makan kenalah bayar… Abis tu, Ahmad dah takde duit lagi, kenalah kawannya bayarkan… thankyou my friend!)

Version kedua, keesokan harinya Ahmad mintak duit lebih sebab nak beli aiskrim… Tapi bila balik dari sekolah, terpancar raut duka di wajah Ahmad. “Why?” Adik nak beli aiskrim tapi dah lambat…. Adik dah beratur, tapi bila sampai my turn, aiskrim dah abis… Sian Ahmad…

Version ketiga di satu hari jumaat, “mom, don’t forget to give me extra 20cent, I’m going to buy aiskrim!” Balik dari sekolah tengahari itu, Ahmad dengan muka mencuka berkata “Hari ni takde jual aiskrim”.. Hai kecewa lagi..


Then the next week plak, macam biasa Ahmad akan mintak extra money to buy an ice-creadm.. Si mummy yg memang lembut hati, bagilah duit lebih.. One day tu, mummy langsung takde syiling so bagilah Ahmad duit kertas seringgit… Balik dari sekolah Ahmad diam membatu bersama sebatang aiskrim di tangan. Bila ditanya, Ahmad berkata, “I gave him one ringgit for this ice-cream but I forgot to get back the balance”… hai ahmad, seringgit sebatang aiskrim tu yea…

Kisah Ahmad di kantin sekolah pun banyak yang boleh dikongsikan di sini…

Di minggu pertama, sering didengar rungutan dari anak2 yang tidak dapat membeli makanan di kantin kerana perlu beratur panjang disamping sering ditolak tolak oleh abang-abang yang lebih besar.

Masuk minggu kedua, kami bekalkan anak2 dengan ‘lunch-pack’… Selesai sudah masalah beratur di kantin…

Masuk minggu ketiga, Ahmad sudah tidak mahu lagi makan bekalan yang dibawa. Kalau 3 biji karipap yang dibawa ke sekolah, 3 biji jugalah yang dibawa balik ke rumah.. Senario ini tidak kami sedari, hinggalah pada hujung minggu sewaktu memeriksa beg sekolah anak2, penuhlah poket beg Ahmad dengan bungkusan karipapnya… Hai… Ahmad… Ahmad…

Masuk minggu ke empat, setiap hari Ahmad sudah mula membeli nugget di kantin sekolah.. Masalah barisan yang panjang bukan lagi alasan (sebab sekarang Ahmad dah otai!!! Hehehe)… Yang kelakarnya si Ahmad ni memang tak pandai nak kira duit. Kalau bagi seringgit, seringgit la habis, kalau bagi dua ringgit dua ringgit la habis..

Bila diselidik, rupa2nya begini ayat si Ahmad

“Cik, beli nugget seringgit”… hahaha nugget biasanya satu 30posen, so bila mintak singgit tu memang takde baki lah jawabnya… (sebab lepas bayar Ahmad terus jalan, tak tunggu duit baki..)

So, mummy pun ajar Ahmad.. Next time you have to say like this

“makcik, berapa harga nugget ni? Lepas tu Ahmad bayarlah… “

OK esoknya Ahmad ikut pesanan mummy… tapi apa hasilnya?...

Ahmad kata “Cik ni satu berapa sen?” makcik tu jawab “tiga posen”… then makcik tu amik duit kat tangan adik bu!!!... hahahaa gelak besar aku!!!... hai gitulah pulak yea?... dah tau satu berapa sen, tapi tak tau nak kira seringgit boleh dapat berapa nugget... hai ahmad ahmad...

pernah juga satu kisah... seperti biasa, wang saku utk anak2 hanyalah seringgit sehari... satu hari tu, ahmad terlupa nak bawak turun botol airnya, so duit yg dibekalkan digunakan untuk membeli air... air apa lagi, kalau bukan air sirap bandung.. macam biasa, ayat Ahmad "cik, nak air seringgit...." padahal boleh mintak air yg kecil cuma lima puluh sen sahaja... abis tu, duit seringgit dah beli air, dah takde duit nak beli makanan... so, mcm biasa bila balik sekolah berceritalah si ahmad sambil menangis sebab dia lapar katanya... hai ahmad ahmad...

ok, sebenarnya ada cerita lagi pasal birthday party si ahmad.. oleh kerana lom ada masa nak upload gambar, so hari ni layan karangan je la yea.. esok esok masuk gambar birthday party ahmad part 2 plak...

adioooooooooooosss

8 comments:

  1. hehehe tergelak baca kisah si ahmad ni :)

    ReplyDelete
  2. kelakar la ahmad..untung mak cik kantin tu klu ada 10budak mcm ahmad ni..hihihi..kak laily daftar la facebook cpt..

    ReplyDelete
  3. ahmad... ahmad... kartun betul... kelakolah... memang kaya makcik kantin tu ada student macam ahmad ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. ahmad yg kelako... biasa la budak2 baru masuk sekolah kan pening pasal nak kira duit.

    ReplyDelete
  5. insyirah.. tula abg amat tu punye kisah... kadang2 geram kadg2 kesian.. hehee..

    ReplyDelete
  6. auntie farah... akak dah daftar facebook tapi dah lama tak activate.. kat opis nie, time opis hour kena block.. nak bukak kenan b4 8.00am and after 5.00pm.. nantilah bila2 free, akak log in yea..

    ReplyDelete
  7. auntie izan, itulah kisah si amat... mmg kaya makcik kantin tu kalau hari hari selama setahun amat buat keje mcm tu hahahha

    ReplyDelete
  8. anonymous... (p/s siapa ni yea?)
    gitulah budak2.. kadang2 kesian dgr, kadang2 rasa klakar nak tergelak bila kenang2kan laku derang nie... nanti bila dia dah besar, dia baca blog mummy dia ni, mesti dia gelak sorang2...

    ReplyDelete