Monday, May 4, 2009

Happy Birthday Ahmad

Hari ini genap 7 tahun usia si little prince...




Sambutan birthday Ahmad dibuat di Parit Sulong bersama kaum keluarga mummy... Sambutan cukup simple, hanya bertemakan kek, sate dan air sirap sahaja, tetapi ternyata cukup meriah dengan kehadiran seluruh ahli keluarga.. Sambutan birthday Ahmad juga sungguh istimewa kerana disambut bersama Mak Andak Ahmad yang menyambut kelahirannya pada 5 Mei... berkongsi zodiaklah kiranya Ahmad ngan Mak Andak yea!!...












sukanya Ahmad dapat banyak hadiah...





Mengenang kembali detik detik kelahiran Ahmad 7 tahun yang lalu...
4 Mei 2002 (Ahad)
hubby tiada di sisi tika itu kerana menghadiri Upacara Pentauliahan PALAPES UTM di USM Pulau Pinang. MakRadhi (ibu kepada mummyiris) yang sudah seminggu menjaga mummyiris pulang ke kampung halaman di Parit Sulong sebab ada urusan lain yang lebih penting... Yang tinggal di rumah hanyalah Angah (adik hubby) dan Ima (adik hubby yg no.3)...

Dari malam tadi mummyiris dah mula rasa sakit sakit perut, tapi belum ada apa-apa tanda lagi... Sepanjang pagi mummyiris hanya berehat di bilik sambil membaca Surah Yassin tanpa henti...

Menjelang tengahari, rasa sakit semakin kerap, panggilan dari bapa mertua menguatkan keyakinan mummyiris bahawa saatnya hampir tiba... Lalu, selepas menunaikan solat Zuhur, mummyiris mengambil keputusan untuk ke hospital. Adik-adik iparlah yang membawa mummyiris ke Hospital Kulai... Mummyiris memang memilih untuk bersalin di Kulai dengan alasan suami boleh menemani kita sewaktu bersalin..

Hubby sepatutnya dijadualkan pulang pada 5 atau 6hb Mei. Memandangkan mummyiris sudah mula sakit2, hubby mengambil keputusan untuk membeli tiket kapalterbang direct dari Pulau Pinang ke Johor Bahru. Malangnya penerbangan terawal hanyalah pada jam 3 ke 4 petang (kalau tak silap).. SO, sementara menanti penerbangan, hubby stay di surau Lapangan Terbang Bayan Lepas dan tidak henti-henti membaca Surah Yassin untuk mummyiris sambil doa yang tidak putus putus untuk keselamatan mummy...

Tiba di hospital, setelah diperiksa bukaan sudah ke angka 5cm. Mummy segera dimasukkan ke wad bersalin manakala adik ipar bergegas berpatah balik ke rumah dan Klinik Panel tempat mummyiris selalu membuat pemeriksaan kandungan. Kerna apa? Sebab, rekod mummyiris tiada di hospital tersebut? apsal lak? sebab mummyiris tak pernah datang ke hospital ni, so mana le ada rekod ye tak?...

3.40 petang mummyiris masuk ke wad bersalin, jam 5.40 petang mummyiris selamat melahirkan seorang putera lelaki yang sungguh comel... bibirnya merah, lambutnya lebat dan kulitnya putih...

Bila staff nurse yg menyambut kelahiran menunjukkan jantina bayi yang dilahirkan, mummy tergamam beberapa detik dan kemudiannya melepaskan senyuman kesyukuran dan kelegaan.. kenapa? sebab sepanjang mengandungkan anak kedua ini, mummyiris diberitahu oleh doktor bahawa bayi di dalam kandungan mummyiris adalah bayi perempuan. Jadi, mummyiris tidak membuat apa2 persiapan utk bayi lelaki samada dari segi pakaian mahupun nama...

Sebaik sahaja kapalterbang mendarat di Lapangan terbang Senai, mummyiris pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.. Adik ipar yang menyambut ketibaan hubby di lapangan terbang sudah dikhabarkan melalui telefon berita gembira tersebut.. Sebaik sahaja bersalaman dengan hubby, adik ipar terus bersuara "Along, akak dah selamat bersalin!.. anak kau lelaki Long!" Hubby tersenyum kepuasan, kelegaan berbaur dengan perasaan tidak percaya... namun kesyukuran tidak henti2 dilafazkan...


4 comments:

  1. kak..illya tgk gambar ni..dia tanya mana illya?? nape illya x de...bising makcik ni tau....hehehe..happy b'day amat..moga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. tq auntie sya...

    tq auntie dal...

    tq auntie ima... weekend ni kita potong potong kek lagi yea... khas utk ilya lak.. hehee..

    ReplyDelete