Friday, May 22, 2009

Puteri Ayu




A credit to Ima (mrs1zn1)...



today i would like to share the recipe of Puteri Ayu, my favorite traditional kuih...

resepi ni diperturunkan oleh AZIMAH AB AZIZ sewaktu mummy di UK dulu.. Ima siap belikan ovelate dan juga pencetak untuk mummy, dan poskan ke UK!!.. Many thanks Ima!!!


Bahan-bahannya :

3 biji telur
1 sudu makan ovelate
1 cawan gula
1 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna hijau


Cara-caranya :-

1. pukul telur, gula dan ovelate sehingga kembang
2. masukkan santan, esen vanilla dan pewarna hijan. then pukul lagi
3. masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit dan pukul lagi


4. masukkan kelapa muda + sedikit garam di dalam acuan (tekan-tekan sedikit)




5. Masukkan adunan tadi di atas kelapa


6. Kukus selama 5 - 10 minit (agak-agak je la heheehe)



7. sedia untuk dihidangkan...



amacam? senang je kan?

slownyer FB...



cuba nak jengah dan jeling jeling FB yang dah lama bersawang... tapi slow giler... jadik fedup... so update kat teratak je la...

25 & 26hb Mei 2009 : Kursus Bahasa Inggeris di UTHM

26 - 29/5/2009 : Kursus Pembantu Khas/Setiausaha Cemerlang di Kota Kinabalu Sabah

29 Mei 2009 : My birthday... :)




nota from kakak... (p/s biar derang rasa bila takde mummy and iris camner nanti kan iris kan... hehehe )

To : Mum
I hope you have good time at Sabah
I love you

Good Luck at Sabah

To : Mum
I hope you have a good time at Sabah.
I will always phone you.
And please take picture of you there and Iris.

I love you.

From : Liyana

Iris... kita gi jenjalan yok!

Hmmm couldn't wait till next Tuesday... Mummy, Iris and maksu are going to Kota Kinabalu!!!... Actually, mummy got to attend this course for 2 days (27 & 28 May 2009) : Kursus Setiausaha/Pembantu Khas Cemerlang at Promonade Hotel, Kota Kinabalu.

Oleh kerana Iris fully breasfeed so there's no other reason to leave iris alone with ayah, kakak and abang.. It's about time kan Iris utk kita ronda bandar Kota Kinabalu!..

Dan oleh kerana mummy should attend the class and iris needs somebody to entertain her, so mummy decided to sponsor adik bongsu mummy bersama-sama ke Sabah untuk menjaga iris sepanjang mummy duduk di kelas... (not really a class, tapi maybe bilik seminar ler.. ehheheehehe)...

Tapi, kita naik Air Asia je la yea Dik!... tak mampu la plak nak sponsor naik Malaysian Airlines heheehehee...


Thursday, May 21, 2009

7 month 7 day



Hari ni IRIS MARISSA dah 7 bulan 7 hari... hai cepatnyer masa berlalu...




Apa perkembangan Iris setakat hari ini?... Amazingly, Iris dah ada sebatang gigi... its still so tiny but you can still feel it when you put your finger on it!!...

Patutlah last 2 week, Iris demam, demam nak tumbuh gigi rupanya... Iris pun skrg dah mula merengek-rengek mesti kes rimas dengan pertumbuhan giginya itu... hmmm apa buat yea?... dulu-dulu, orang bagi makan gripe water.. tapi dengar2nya gripe water tu tak bagus so tak beranilah nak bagi kat Iris... sian Iris, habis semua bende di'honggeh'nya... (perhatian perhatian warga Johor, tau ke 'honggeh' tu haper?)...

ni aksi mummyiris berusaha mendapatkan shoot terbaik gigi Iris... hahahaha...




lagi satu, Iris dah mula angkat bum, nak merangkak... tapi tangan lom cukup kuat lagi... baru dapat angkat satu tangan, dah berdebub jatuhkan badan...





Iris juga dah mula nak belajar duduk...



penat wo posing! lama sgt nak tunggu mummy shoot!!!....

Wednesday, May 20, 2009

Happy Birthday Ayahanda

mummyiris panggil ayahanda mummy bukan ayah, abah, papa, daddy atau apa sahaja nama yang sewaktu dengannya... tapi kami adik beradik panggil 'encik'.. kenapa yea? sebab, aruah atok asal dari Terengganu... dan kata ayahanda, panggilan encik tu utk bapa... betul ke wahai org2 Terengganu? (p/s Naasibah! betul ker?)... ntah la, tapi itulah panggilan yang mummy panggil sejak sekian lama... adikberadik encik pun ramai yang menggunakan gelaran ini, contohnya pakandak, pakngah, paknajas, uncleIm (suami aruah mak kecik)....


Selamat Hari Lahir Ayahanda Samsudin b. Salleh... atau lebih dikenali dengan nama Pakdan... atau 'encik' di kalangan anak2...

gambar sewaktu meninggalkan tanahair pada 27 November 2006 yang lalu... :(


Terima kasih ayahanda kerana membesarkan anakanda...

Sunday, May 17, 2009

Jusco Bukit Indah





We've been to Jusco Bukit Indah at Johor Bahru last Sunday (17th May 2009)...
Kalau ler dekat, confirm jadi tempat melepak mummyiris di tengahari Jumaat...
2 cubby princess

makteh, iris n maksu

iris with makteh

makngah, iris n makcik

mummyiris,maklang,wan and makteh

in the lift



little cutie fatin



kids and their world

Saturday, May 16, 2009

oh cikgu...




16 Mei di Malaysia merupakan sambutan Hari Guru... Anak2 juga sibuk dengan persiapan menjelang sambutan tersebut... Ada yang berlatih untuk persembahan, ada juga yg sibuk membeli pelbagai hadiah untuk guru-guru tercinta...

Oleh kerana 16 Mei 2009 jatuh pada hari Sabtu, sambutan hari guru di SK Pt Raja disambut pada hari Isnin, 18 Mei 2009.

Friday, May 15, 2009

Hujan dan aku...

Yang aku rindukan di Malaysia...
Yang susah aku nak jumpa di UK...

Aku suka sangat duduk kat tepi jendela, tengok hujan mengalir turun, membasahi cermin tingkap, jatuh satu satu dari bumbung... kat uk ada sekali dapat rasa hujan lebat, dan aku duduk melanguk tepi tingkap sampai le hujan berhenti...




Rintik-rintik hujan berlagu sepi
Mengalun irama hati anak rantau
Jauhku berlari di tanah asing
Hati yang rindu masih di sini
Setiap titisan memberi aku seribu erti
Mensyukuri nikmat Tuhan
Bumi yang basah tersenyum riang
Setelah kemarau yang panjang
Dinginnya alam tidak dihirau
Leka menatap titis titis hujan
Yang kian lebat
Selebat airmata yang gugur
Tatkala tanah asing itu kutinggalkan...



Thursday, May 14, 2009

Sistem Perbankan

aku benci dgn sistem perbankan di malaysia.. sangat sangat benci!

aku benci dengan hutang2 yang melibatkan bank bank di malaysia.. sangat sangat benci!!

Pada 21 April 2009, aku ke salah sebuah bank di Johor Bahru.. (bank apa, dan di mana lokasinya malas nak didedahkan di sini).. Tujuan utama, nak dapatkan penyata akaun untuk tahun tahun yang sudah... untuk tujuan update buku akaun, pemilik akaun perlu datang sendiri ke bank tempat kita membuka akaun.. belasan tahun yang lalu, aku bekerja di Johor Bahru, pastinya di Johor Bahrulah aku bukak akaun ye tak?.. itupun nasib baik masa keje kat JB, dah update akaun tukar ke JB, kalau idak nampak gayanye kene la aku ke Teluk Ramunia utk print penyata akaun sebab di situlah bank yg mula2 sekali aku bukak akaun.. ok lah hentikan seketika cerita 15 tahun dulu..

ni yg kisah tahun ini, nak mintak penyata perlu datang sendiri ke bank. setelah isi borang dimaklumkan bahawa perlu ambil masa 3 hari bekerja untuk dapatkan penyata tu. dah le kena bayar, kene tunggu lagi!.. ok takpelah, 3 hari pun 3 hari lah... tunggu punya tunggu, dah sampai 14hb mei dah berapa hari tu? dah 3 minggu!!! bukan 3 hari lagi dah!...

ok lah, cubalah telefon ke bank berkenaan... "eh cik! kalau mohon statement utk setahun tak boleh siap 3 hari cik! kene seminggu!" hek eleh... "ni bukan seminggu lagi nie!!! dah dekat sebulan dah nie", aku jawab (berdesing telinga adik tu!)..

ok cik, bagi no telefon dan no akaun ye, saya semak dulu... selang lima minit, telefon berdering.. "cik! cik nak teruskan ke?" eh budak nie "of course ler!! kenapa?"

"maaf ye cik! kita dah cari borang tu tapi tak jumpa. cik bagi kat sape?"

"bagi kat staf yg bertugas di kaunter khidmat pelanggan"
(ceh! beriya-iya benar ada pegawai khidmat pelanggan! borang sekeping pun hilang!!)

"takpe cik, nanti kami buatkan ye, cik nak saya fax ke pos?"
(Ceh! boleh pulak nak fax je?)

"ha! fax je la senang!" aku jawab

"hmm saya rasa saya pos je la ye cik, apa alamat cik yea?"
(ceh! pos la plak..)

hai ke manalah hilangnya borang aku tu yea?.. mintak maklumat kemain macam2 lagi!.. hampeh tul!

orang luar selalu kutuk kutuk org gomen keje macam2.. aku tgk'kan yg keje swasta especially bank bank ni pun bukannya bagus sgt wat keje.. sori yea kalau ada sesapa yg terasa, maybe bukan suma tapi sama gak la yg keje kerajaan tu pun bukan sumanya mengular.. ada gak yg keje betul betul demi mencari rezeki yg halal utk keluarga..

yang aku menyampah ngan bank ni kalau nak potong duit orang laju bebenor, tapi kalau nak soh wat keje kemain lembab... aku memang menyampah dengan bank-bank kat malaysia ni yg memang cekik darah rakyat dengan pelbagai interest dan charge.. menyampah menyampah!..

I'm Yours



Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
Nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And it's our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Scat

Well I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
My breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I've been saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

But I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find that the sky is yours

There's no need to complicate
Cause our time is short
This is our fate, I'm yours


(p/s a credit to izan... mekacih... :))

Wednesday, May 13, 2009

buah hati makngah

geram tgk muka budak dua orang nie.. comey sangat!



yang boboy ni namanya daniyal.. nama penuh... hmmm tak ingat...
yang gugurl ni lak... qibah.. nama penuh.. Nur Naqibah agaknya... dah lupa hehehe...





yang gugurl ni tak pernah jumpa sejak lahir.. bila balik mesia baru jumpa... matanya bulat besar macam maknya kalau tgh marah... rambut canti ikal dan panjang.. tapi selalu kena tarik ngan abang dia.. sian.. hehee...


yang boboy ni sangatlah kuat menangis.. dan suka dengki kat adik dia... apa sahaja benda yg dipegang oleh adiknya pasti akan dirampas oleh daniyal... kalau mengaruk atau menangis memang tak boleh berenti.. tak boleh dipujuk langsung!.. yang boleh pujuk cuma 'nenen' emaknya sahaja.. hahahaha...





Sebagai makluman mummyiris ada 9 anak sedara!... kira2nya kalau semua dok berkumpul kat umah tu, leh tunggang langgang haru biru ler jawabnya...

ni family besar mummyiris... bukan senang nak berkumpul ramai2 cam nie... ni 1st time sejak balik dari UK dapat kompolkan suma ahli keluarga....