Friday, September 11, 2009

Antarabangsa

Sekarang ni Antarabangsa sering meniti di bibir... Al-maklumlah dah duduk kat Pejabat Antarabangsa... Aku menerima pertukaran ini dengan hati sungguh positif... bukan bererti aku tidak suka ofis lama, tapi aku rasa sudah terlalu lama aku berada di bawah bumbung fakulti.. Bermula Mei 1997 di Fak Kej Awam UTM, dan kemudiannya Dis '04 di Fak.Peng.Teknologi UTHM, bagiku 10 tahun (12 - 2tahun) bukanlah satu tempoh waktu yang singkat...

Angin perubahan seperti inilah yang aku rasa mungkin boleh memberi sinar baru dalam hidupku.. Mungkin di sini mereka akan lebih mengenali aku, menyedari bakatku dan mengakui bahawa adanya sebutir bintang yang sedang bersinar di sini... cheewaaaaaaaah.. sering aku berangan2 sendiri... hahahhaa...

Di ofis baru ini, hanya ada 8 orang staf sahaja termasuk boss, satu angka yang sangat2 jauh berbeza dengan fakulti.. tapi aku senang di sini... anak2 buahnya semua muda muda belia, jauh lebih muda daripada aku yg boleh dipanggil kakak or makcik sahaja oleh mereka... tapi, keramahan, kemanisan, kerjasama yang diberikan amat excellent!... mudah dibawa berunding, berbincang dan sangat sangat sporting!... tidak perlu risau adanya komplot komplot kecil yang bisa meruntuhkan ukhwah, tidak juga perlu berlumba2 sambil memijak-mijak orang bawah untuk mendaki tangga...

Bila surat arahan pertukaran diterima, ramai yang memberikan komen2 positif, antaranya :-
1. dulu aku pernah berada di luar negara utk beberapa ketika, jadi ini merupakan tempat yang paling sesuai utk aku duduk dan mengaplikasikan apa yang pernah kucedok di sana..
2. bertahun sudah aku di tangga ini, statik tidak bergerak ke mana2, mungkin rezekiku lebih cerah di sini untuk aku mendaki setapak lagi..

Apapun andaiannya, segalanya kuterima dengan fikiran terbuka... Mungkin benar kata2 mereka... Hanya kesyukuran yang mampu dipanjatkan... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya...


No comments:

Post a Comment