Thursday, September 3, 2009

New Office

Hari ni dah seminggu duduk kat opis baru... ape citer yea? buat masa ni bz buat new filing for new PTJ (Pusat Tanggungjawab). International Office ni memang ofis baru, baru ditubuhkan pada 1 Ogos 2009, so everything still new.. and currently kami sedang sibuk dapatkan new office equipment such as, perabot, komputer, printer, mesin fotostat dan macam2 lagilah... buat sementara waktu kami menumpang di bangunan PEKA lama (now PEKA dah tak wujud lagi dah) dan Insya Allah lepas raya kami masuk ofis baru....

Hari ni taknak citer sgt pasal ofis baru tapi nak cite pasal 'SAH JAWATAN'. Bagi kakitangan kerajaan perkataan ini bukanlah sesuatu yang asing. Secara ringkasnya, aku dah disahkan jawatan semasa berkhidmat di UTM dulu. dah tak ingatlah tahun bila, maybe around 2000 kot... so, bila berpindah ke UTHM (perpindahan dengan izin) aku perlu menghadiri Kursus Induksi (Khusus) sahaja untuk disahkan jawatan di UTHM pula. Dan, aku dah ikuti kursus tu pada 15/12/2005.

Setahun kemudian (Disember 2006), aku Cuti Tanpa Gaji... Bila sambung semula perkhidmatan di UTHM awal Januari 2009, aku hampir terlupa tentang pengesahan jawatan aku... Sampailah satu saat tu, aku teringin nak beli tanah menggunakan pinjaman kerajaan, baru terlintas di kepala, eh! aku ni dah sah jawatan ke belum yea? rasa2nya belum pernah terima apa2 surat pengesahan jawatan lagi nie... segera aku hubungi Pejabat Pendaftar dan jawapan yang kuterima.......................................................................

"Puan, untuk pengesahan jawatan, puan perlu mengambil Peperiksaan Perkhidmatan Untuk Pembantu Tadbir Kesetiausahaan"

'Aik? nape dulu tak pernah sebut pun hal ni yea?' dalam hati berbicara sendiri...

"Ataupun, puan boleh buat surat kepada Unit Latihan untuk memohon pengecualian daripada mengambil Peperiksaan Perkhidmatan, dan puan perlu sertakan surat pengesahan jawatan puan di UTM dulu..."

'Aik? Aik? (dua kali Aik?) nape dulu tak pernah bagitau pun yea?' aku termenung seketika menerawang jauh ke tahun 2006 untuk mengimbas kembali di mana kuletakkan surat2 dan fail2 peribadiku....

'Aik? Aik? Aik? (3 kali pulak)... aku yg dah mati gaji, dah langgar dinding ni masih belum sah sah jawatan lagi?'

Kesimpulan...

1. salah aku la tak follow up dgn mereka berkenaan pengesahan jawatan aku nie... ikutkan boleh disahkan jawatan dalam tempoh 1 - 3 tahun, tak perlu tunggu 3 tahun pun takper...

2. salah aku juga tak tanya betul2 dengan mereka syarat2 pengesahan jawatan di tempat baru.. tapi rasa2 aku la, dulu aku pernah tanya.. tapi dah lama sangat, aku pun dah lupa...

3. mungkin derang pun lupa nak sahkan jawatan aku sebab aku dah takde di universiti, cuti tanpa gaji mengikut suami...

4. minggu ni nak balik parit sulong, nak carik fail aku, maybe ada dalam salah satu kotak kotak yang ada di parit sulong tu... jenuhlah nak cari ni karang... huhuhu...

5. sekarang ni nak buat apa suma tak boleh selagi lom sah jawatan, nak beli rumah tak boleh, nak beli tanah tak boleh, nak wat loan uthm beli moto pun tak boleh.. so, apa yg boleh?

lu pikirlah sendiri...............

2 comments:

  1. Laily,

    Point for you to ponder......kalau tak sah lagik jawatan macammana boleh ambil cuti tanpa gaji.....setahu kak tim mesti dah sah jawatan baru boleh ambil CTG....bior diorang pikir

    ReplyDelete
  2. macam2 sebenonya ko bole buat laily such as...
    Boleh...

    bole blah...
    bole jalan...
    bole la bole (versi dangdut)
    hahahaha sakit hati tak dengo ayat aku..heheh sowy aa lama tak gurau ngan ko...realease sket...

    lu fikir la sendirikkk...

    ReplyDelete