Friday, September 11, 2009

Teman...

Minggu ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari kawan lama yang sudah terlalu lalu lama tidak ditemui.. kami tidak memerlukan facebook utk mencari dan dicari kerana ikatan instinct antara kami amat kuat. Walaupun dunia ini bulatannya terlalu besar, namun kecanggihan teknologi dengan maklumat di hujung jari membolehkan apa sahaja yang tida boleh.. Terima kasih teman kerana masih sudi menghubungiku... Mendengar suaranya sahaja sudah hampir luluh hati ini, betapa aku merinduimu teman.. Andai ada waktu, pasti sahaja mahuku dakap sekujur tubuhmu menyatakan kerinduan ini. Maafkan aku teman, kerana tidak mengutus sebarang berita, bukan bererti aku telah melupaimu.. Tidak sama sekali.. Terima kasih kerana pernah mewarnai hidupku..

No comments:

Post a Comment