Monday, November 30, 2009

Old Country Roses 90pcs



ooo i'm crazy of all these roses... really make my day unbalanced wakakaa... for all those 90 pcs items, will cost me thousand pound!!... mana wa nak cekau duit banyak tu?... so, for now just cuci cuci mata je la yea..... mana tau, ada putera diraja britain nak bagi xmas present kat i ker... wakakaka...

Kursus Format Surat Menyurat & Minit Mesyuarat

Mengabadikan kenangan berkursus di DK7, UTHM pada 27 & 28 November 2009.. Bagus juga sesekali refresh apa yng kita dok buat hari hari ni... samada mengikut sistem atau pekeliling ker ataupun mengikut sistem saka a.k.a turun temurun wakakakaka.. byk juga ilmu2 baru yang diperolehi... tak sangka selama ini ada sistem yang kita suka suka buat rupa2nya salah... apa2pun kursus ni memang berbaloi!... bagi 5 bintang lah!!...




Tuesday, November 24, 2009

Kursus : 24 & 25 November 2009

Hari ini dan esok (24 & 25 November 2009), mummyiris takde di Ofis kerana perlu menghadiri Kursus Format Surat Menyurat dan Pengurusan Mesyuarat...

Insya Allah, akan kembali semula mewarnai blog dan FB bila keadaan dah reda sedikit..

Friday, November 20, 2009

Jon at D'Impian Inn Parit Raja

Oleh kerana t-shirt Capital One Jon ni hangat diperkatakan di Facebook, so diabadikan di sini gambar kenangan ketika Jon melawat hotel Bahar...



Thursday, November 19, 2009

SevenDrops sleep over at Taman Mekar

Sleep over bukanlah sesuatu yang asing di bumi Notts.. Entah dari mana asalnya, entah bila ia bermula aku tidak pasti.. Tapi, yang aku tahu anak2 amat menggemari aktiviti ini.. Mereka berpeluang bertandang ke rumah kawan2 dan tidur di rumah kawan2....

Dan kali ini, sleep over dihidupkan kembali di bumi Malaysia... Tapi kali ini bezanya ibu bapa terpaksa sleep over bersama-sama dek kerana kedudukan rumah yang jauh di antara satu sama lain.. Kalau dekat-dekat jangan mimpilah nak sleep over! tido rumah sendiri di bilik sendiri lagi best! hehehe...

Sejak balik, pernah jugak kami sleep over di rumah KakNas dan juga rumah Izan... saje je kan mengada2... nak buat mcm kat UK lak, bila gi jenjalan memana mesti carik kawan2 sedara mara yang boleh kita menumpang tido dan bermalam, tak perlu nak book hotel...

Kami amat berterima kasih di atas kunjungan KaK Nas and family ke teratak kami awal bulan yang lalu 6 & 7 November 2009... Anak2lah yang paling gembira! mereka boleh bermain dan berbual hingga pagi!


6 November 2009
Kak Nas tiba di rumah kami jam 8 malam... Bila dah sampai, barulah Kak Nas realized, "tak jauh rupanya Johor nie yea... "

Aktiviti wajib ialah makan-makan dan borak-borak... Sebelum keluar rumah, kami bergambar kenangan di pot wajib di chesterfield ku itu... wakakaka... (jgn sakit ati ye kawan2)







7 November 2009
Selepas sarapan, kami bawa kakNas mencuci-cuci mata di Pekan Air Hitam.. tapi, nampaknya Kak Nas tidak berminat dengan Royal Claytan yang ada di sini... Hatinya masih terpaku pada Royal Doultan dan Royal Albert dari England nampaknya... hehehe...


Kemudian kami singgah di Hotel Bahar, D'Impian Inn Parit Raja sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Bahar di Sg.Balang Muar...






Hidangan ikan asam pedas ternyata membuka selera semua orang yang memang kelaparan!... Petangnya setelah melepaskan lenguh dan melegakan perut yang kekenyangan, kami membawa anak2 bersantai di Kolam Air Panas Sg. Resik, Muar, terletak tidak jauh dari rumah Baha..







Tidak lama kemudian, Man dan Ida sampai dari JB.. Tapi Man je yg join kitorang kat kolam, manakala Ida dan Aidan tinggal di rumah, tolong-tolong Awin apa2 yang patut utk jamuan BBQ sebelah malamnya...






Sebelum senja melabuhkan tirainya kami telah sampai di rumah Baha.. Bersiap2 utk BBQ dan makan2 dan borak2 sambil ber'meeting' hingga jam 2 ke 3 pagi.. sajer je nak break record borak2 kat rumah aku malam sebelumnya...

Keesokan paginya kami dibawa oleh Baha melawat kandang lembu, rumah cacingnya serta ladang serai... kagum kami dengan kejayaan yang diraih oleh Bahar...

Sebelum meninggalkan rumah Baha, kami bergambar kenangan.. Entah bila dapat berkumpul lagi seperti ini...





Dan aktiviti terakhir hari ini sebelum berpisah ialaaaaaaaaaaaaaaah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pekene asam pedas PT JAWA MUAR lah!!!....





tq En.Baha dan En.Mus yang menaja!!!

Wednesday, November 18, 2009

Iris 1 year and 1 month

Diabadikan di sini gambar-gambar kenangan Iris di Klinik Kesihatan Air Hitam sewaktu berusia setahun sebulan dan kami bawa ke klinik utk imunisasi pada 11 November 2009...

(jgn lupa next appointment is on 6th January 2010)








Tuesday, November 17, 2009

Permata Hati Bonda...



Puluhan tahun yang lalu... seringkali mak datang ke sekolahku di Sek. Keb. Parit Sulong untuk menyaksikan aku naik pentas untuk menerima hadiah atau membuat persembahan pentas (menari le tu!)...

Dan hari ini (17/11/2009), tanpa aku sedari rupa2nya aku kini berada di barisan ibu bapa yang menyaksikan anakku pula naik ke atas pentas.. betapalah masa itu sudah berlalu... (dan menunjukkan sudah tua rupanya kami nie..)

Syukur Alhamdulillah aku dikurniakan putera dan puteri yang boleh dibanggakan.. Doa kami, ayah dan ibumu tidak pernah putus putus mendoakan kejayaanmu anak-anakku!.. Moga kalian membesar dengan sempurna dengan ilmu di dada buat bekalan di hari akhirat kelak..

Kakak berjaya memperoleh Anugerah Terbaik Bahasa Inggeris untuk Tahun 3.. "Well done kakak! You've prooved it!"




Adik pula only got trophy for his Bijak Sifir Tahap 1... Actually in his class, he'd done well in his Science and English!... He got 100% for his Science and 98% for his English!... we are so proud of you son!.. But, the assessment is for the whole Tahun, so maybe dia kalah dgn pelajar kelas lain. But its OK Mat!... something speacial is waiting for you soon!... walaupun ayahnya kata, he never got anything for his excellence on his childhood (walaupun semua hadiah/kategori ayah sapu bersih!) but I hardly believe that we should appreciate our kid's effort by giving something...

Actually, I had promised to them that they can put anything in their wish list but only for the first, second and third place in class... This is as an encouragement for them to perform well (actually it was my aim honestly to see them got the 3rd best place in class!) and they'd started to put many things in their note book but maybe its not the time yet.. InsyaAllah, next year we'll try to guide them seriously... they still need full concentration from parents obviously...

Ahmad got the 6th place in the class, and kakak pulak tak tau ler no brapa coz lom dapat penyata lagi.. but I think still in the best 5... kira ok ok je la derang ni.. nak kata pandai sangat pun tidak, nak kata kategori yang tak pandai pun tidak.. mudah2an semakin hari semakin meningkat pencapaian mereka!.. Insya Allah..




Friday, November 6, 2009

Walaupun dah abis raya...

Oleh kerana penghujung Syawal hari tu, kami sekeluarga ke Melaka.. (Actually, mummy ada Kursus untuk PA-PA di Air Keroh.. mummy hangkut semua sekali bercuti ke Melaka...) so, bila dah abis raya pun, masih ada kawan2 yang tak smpt nak bertandang ke rumah time raya hari tu, datanglah pada hari Isnin (19 Oktober)selepas raya tu...

Antaranya ialah :-
1. Omar & CT (Ex-notts) and family


2. CT Hasnah n family (x-collegues kat FPT dulu)

Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak kami yea kawan2...


Dan dimaklumkan juga, kami sempat beraya ke rumah CT KHir dan Ustaz Agus di Melaka pada 18/10/2009 yang lalu.. maaf ye kualiti gambar kurang memuaskan...




Terima kasih CT atas jamuan ikan sweet sour yg sungguh mabeles itu!!!.. 5 bintang lah!!...

actually, before gi umah Ustaz Agos, kami telah melepak2 di rumah Izan dan Iko, tapi ntah kenapa takde satu pun gambar yang di'snap'.. Jamuan sangat special!... gado gado tau!... bukan senang nak dapat!... huhuhu... nyesal sungguh!!!