Wednesday, November 4, 2009

Ex-SKPS @ TeratakMuslaily and Ex-Notts @ D'Impian Inn

Hmmm lama sungguh blog'ku terbiar sepi... bz tak renti-renti... tapi dah keje kan, takleh la nak mengeluh je saban masa ye tak?...

So, hari ni nak curik tulang sket melepaskan ke'tepu'an otakku yang tak renti-renti berfikir dan bekerja saban hari...

hmmm apa citer nak masuk dulu yea? Aku lebih suka up-date yang terkini hinggalah yang ter'lama'... so, cerita terbaru weekend yang lalu ialah cerita Taman Mekar diserbu oleh Hang Lias and family...

Ceritanya begini...
Hari Rabu yang lalu, aku mendapat panggilan misteri dari no yang tidak dikenali... setelah puas bersoal jawab, barulah aku dapat menangkap siapakah empunya suara lunak di hujung talian sana!... amatlah aku teruja!... dalam kepala,serta merta ligat memikirkan apakah sajian yang paling best yg mesti kuhidangkan untuk mereka!...

Dan, pada masa yang sama juga aku terkenang2kan rakan2 lama di sekolah rendahku yang telah lama tidak ditemui.. Walaupun aku telah kembali semula ke tanah kelahiranku, namun rakan2 yang masih setia di daerah Batu Pahat ini masih belum berkesempatan untuk kutemui...

So, aku merancangkan satu pertemuan ringkas dengan menjemput mereka (Apit, Suzi, Zarina dan Ckin) ke rumahku di Taman Mekar, Air Hitam... Hasratku disambut dengan riang oleh rakan2...

30 Oktober 2009
Jam 8.30 malam : Zarina + her 3 heroes and Apit with her sister Ayu tiba di rumah... Sungguh seronok mengimbau memori daun pisang waktu zaman kanak2... walaupun dah bertahun tak jumpa, ternyata kemesraan kami masih sama seperti zaman kami masih di sekolah rendah lagi... wording 'eh! ko ingat tak si polan tu' or ' eh! ko tau tak si polan tu katne skrg?' bertali arus keluar dari mulut..

Pertemuan kali ini dirancang tanpa kehadiran para suami kerana kami ingin menghabiskan masa mengimbau kenangan bersama 'pakwe2' cinta monyet kami di zaman persekolahan dulu.. hahaha... ngaku jgn tak ngaku!... agak terkilan juga kerana Suzi tak dapat join the gossip di saat2 akhir.. takpe ji! next time kita gi wet world lak heh!...




Jam 10.30 malam : kami bergerak ke Hotel Baha (D'impian Inn) kerana khabarnya kat CT dan abg lias telah tiba di sana.... Untuk meraikan kedatangan kak CT/Abg Lias sekeluarga, Dato' Bahar telah belanja kami makan di Parit Raja...





selesai makan, kami duduk bersembang2 di lobi hotel Dato' Bahar...







pastu yg bestnyer, kami yang tinggal sekangkang kera je dari pt raja pun dipaksa oleh Bahar utk bermalam di hotelnya.. Kami sekeluarga ditaja penginapan Apartment 3 bilik yang berharga ratusan ringgit semalam!... macam nak menitik airmata dapat bermalam di hotel Bahar.. kalau saja saja nak pi book hotel bahar, memang takkan buatlah! sebab tersangat la dekatnya.. hehehe...

tgk je la aksi Iris yang kepenatan tunggu mummy dan ayahnya berborak hingga jam 2 pagi tak hingat hingat dunia hehehehe...


No comments:

Post a Comment