Hari ni on d way ke tempat kerja terdengar bual bicara di siaran hotfm... ada seorang abang nie ceritakan kisahnya yang diberhentikan kerja masa tgh recession pada tahun 1998 dulu. bila dah diberhentikan kerja, 8 bulan abg ni tak mampu nak bayar kete... dia sorok kete dia kat kg lah, kat rumah kawanlah merata2 dia sorok kete dia... then, satu hari tu ter'kantoi'lah dia, dan keretenya pun ditarik oleh pihak bank... semua sijil2nya tertinggal di dalam kereta, terlupa nak diambil hinggakan nak pegi interview pun tak dapat sebab sijil2 suma ada kat dlm kete...
Tak lama kemudian, abg ni pun mendapat surat arahan dari pihak mahkamah untuk hadir perbicaraan... Kali pertama pergi, perbicaraan tidak dapat dilakukan sebab pihak bank tidak hadir.. kali kedua pergi, pun masih tak dapat dibicarakan sebab pihak mahkamah tunda perbicaraan la pulak... then, abg ni pun macam dah hampir lupa pasal kes kete dia nie..
Tiba2 selepas berbulan2, pihak mahkamah panggil lagi abang ni ke mahkamah utk perbicaraan, tapi abg ni malas nak layan... 2,3 kali jugaklah pihak mahkamah panggil tapi abang ni tak pegi... sampailah pada satu masa tu, after few years jugaklah, abg ni dah stabil sikit, dah buat biznes sendiri jalan2 kat shopping complex dan try buat credit card. Terperanjat besar abg ni bila permohonannya diluluskan.. terus buat solat kesyukuran kerana Allah memberikannya peluang kedua, dan bersyukur namanya tidak di'black-list' oleh pihak bank... Dan sekarang ni, kata abg tu, dia pakai sebijik BMW525 dan 2 bijik Alfa Romeo, dan Alhamdulillah dia mampu bayar semua kete kete tu...
Tersentuh gak hati nie bila dgr bual bicara nie... mengharapkan 'miracle' je yg berlaku ke atas diriku ini... dah bertahun2 aku try apply credit card tapi tak pernah approve. Ni angkara kete wira JEY yg ayahanda beli dulu la nie.. pada tahun 2004, ayahanda trade-in kete tu, amik wira yang JHB nie... tapi telah ditipu oleh Salesman... Amik amik kete tapi tak tukar nama, jual sana jual sini, ntah sapa2 je yg pakai kete nie... sudahnya nama aku yg black list... aku mmg sumpah salesman yg macam ni! hidup menyusahkan orang tak sudah2... biarlah dia hidup dengan rezeki yang tak berkat nak bagi anak bini makan hari hari... sebab tula, hidup derang ni tak pernah senang, susah jer... tak cukup je duit...
tunggulah aku jadi kaya mcm abang yg kat radio tadi tu, aku bayar suma hutang2 kete yang orang dah tipu2 aku tu, pastu halalkan je semua duit duit tu... tak kuasa aku nanti nak melayan derang ni bila derang tahan tahan aku masa dalam perjalan ke Padang Mahsyar nanti.. masa tu la nanti baru sibuk nak carik aku, mintak maaf dan mintak halalkan... melambatkan perjalanan aku jer... dah ler aku ni jalan slow, bertambah slow ler nanti...
No comments:
Post a Comment