Thursday, November 5, 2009

Bila Iris dapat kaki!!!





31 Oktober 2009 : petang selepas kak CT dan Abg Lias balik, kami berangkat ke Johor Bahru untuk menghadiri majlis Cukur Jambul di rumah makcik di BBU. Selesai majlis, kami bersantai-santai di Plaza Angsana Johor Bahru...

Ini kali kedua Iris outing dengan 'kaki'nya.. Kali pertama hari tu, masa raya. Waktu tu Iris masih jalan jalan jatuh! Masih lesen 'L' but this time, Iris dah dapat lesen Penuh 'P'.. Lihat saja aksi-aksi Iris yang sungguh gembira bila dilepaskan di ruang yang terbentang luas itu.. Ke sana ke mari berjalan tanpa henti, dan asyik senyum ketawa sepanjang masa... Iris memang best lah!!!...







Then, malamnya sebelum bertolak balik ke Air Hitam, kami dinner di Restoran Asam Pedas Addin yang terletak di Jalan Pendidikan, Taman Universiti milik anak saudaraku, Mohamad Din bin Samat.. Tahniah Din!...






Alamak! keciknye gambo!.. Untuk makluman gambar2 ini di'copy' dari facebook Pakteh yea... nanti len kali, kalau ada kesempatan mummy edit semulalah yea...

No comments:

Post a Comment