Potong potong potong potong
potong potong potong
potong saja lah...
itu lagu yg kami sering dendangkan sejak seminggu yg lalu untuk menyakat my little prince si Ahmad Qamarul... Ahmad macam biasa hanya tersengih sahaja...
21 November 2010 ~ 8.30malam...
kami membuat sedikit kenduri doa selamat sempena Ahmad mahu berkhatan... Jiran2 selorong serta jiran2 yang berdekatan kami undang untuk memeriahkan majlis... Rakan2 pejabat, rakan2 rapat serta saudara mara yang tinggal berhampiran juga kami jemput... Tidak ketinggalan juga rakan2 notts yang telah kembali ke tanahair juga dimaklumkan... Selain daripada itu, jemaah surau Parit Sikun juga kami jemput...
Sebenarnya, aku tak plan masak banyak2 sangat, ingat nak buat kenduri biasa-biasa sahaja... Aku pun tak tahu rupa-rupanya majlis berkhatan ni rupa2nya majlis yang besar bagi sesetangah orang (orang jawa jer kot... ntah aku pun tak pasti sbb aku tak pernah pegi kenduri berkhatan dan mak pun tak pernah cakap)... tapi bila mak datang rumah, mak marah kenapa aku tak sediakan goodies utk para tetamu... at least, beli cup cake ke, bahulu ke... pastu tetamu yang datang, balik tangan kosong, cuma dapat bubur putih bubur merah jer... tak dapat bawak balik 'berkat' atau 'boncrot'... Kesian la kat sedara mara yang datang dari kg (parit sulong) balik tak bawak apa-apa... wadus wadus... aku mmg tak tahu... sebab aku tgk kawan2 yang lagi dua orang tu (yg sama2 khatankan anak2nya), jgn kata boncrot, kenduri pun takde!!!
Menu aku malam itu adalah masakan kampung... Ayam masak pecel, sambal hati/pedal, ikan keli masak berlada, sayur boncis campur tempe serta sayur nenas campur ikan sepat masin masak lemak cili api. Pencuci mulut pula puding cocktail dan kuih bakar. Air pula teh 'O' panas dan air anggur sejuk...
Satu lagi perkara yang aku tak sangka, rupa-rupanya adat orang berkhatan ni pun dapat 'salam keruk' juga dari tetamu... Ahmad sangat suka hati dapat banyak duit hehee... Aku dpt lihat perbezaan perasaan takut dan sakitnya sedikit terubat dgn melihat duit di tangan.. Yalah... budak2 kan... tentu suka dapat duit...
Aku mula masak sejak awal pagi sebaik sahaja pulang dari pasar beli ayam, ikan dan sayur... Memasak dgn penuh ketenangan dan relaks... Tidak kelam kabut... Dibantu oleh bibik... Sebenarnya aku lebih suka memasak berdua jer dengan bibik, tak serabut kat dapur tu... Kalau ramai-ramai sangat ada kat dapur pun, lagi pening kepala... Byk sgt kepala, byk sgt arahan dan tindakan... Kusut!!...
Syukur Alhamdulillah, semua makanan habis dan tiada pembaziran... Cuma satu yg aku ralat, tak dapat nak bungkuskan utk para tetamu yg datang... Tapi, aku berniat di dalam hati, bila aku dah lapang-lapang sikit, aku nak masak2 sikit, dan hantar ke rumah jiran-jiran... Insya Allah...
22 November 2010
8.30 pagi : kami bergerak ke rumah kawan di Pt. Daun Pt.Raja... Doktor yang mengkhatankan anak2 ni pun sudah sampai... Seramai 4 orang anak telah dikhatankan pada pagi ini...
Anak pertama ~ anak Shafee(6 tahun)senyap sunyi tiada bunyi...
Anak kedua ~ anak Shahrome (7 tahun) menangis dari awal hingga akhir...
Anak ketiga ~ Ahmad Qamarul (8 tahun) menangis semasa dibaringkan kerana takut, tapi bila ditenangkan oleh ayahnya barulah Ahmad diam dan sepanjang 'dikerjakan' oleh doktor Ahmad terbaring dengan tenang tanpa sebarang reaksi...
Anak keempat - anak Shafee (5 tahun) juga senyap sunyi...
(ini jerla gambar2 yg dapat di upload... inilah sebabnya aku dah mula bosan dengan blog.. lambat, lemau, lembab... waduuuuuuuuuus...keje cepat dan senang jadi susah dan lambat...)
No comments:
Post a Comment